Bilik Sauna Mini Pawagam Kolam Besar Rumah Pengasas V Asia Memang Next Level


Melangkah masuk ke kediaman mewah ini sudah cukup buat sesiapa teruja. Gabungan dekorasi eksklusif, sentuhan landskap ala resort, dan suasana rumah yang begitu “hidup” menjadikan setiap ruang seolah-olah bercerita tentang gaya hidup si pemiliknya yang penuh warna dan inspirasi.
Figura yang dimaksudkan adalah Dato’ Azril Mohd Radzi, pengasas kepada jenama terkenal V’Asia Cosmetic & Healthcare. Seorang figura yang bukan sahaja berjaya dalam dunia perniagaan, malah cukup menjaga kesihatan, kekeluargaan, dan spiritual.
Di sisi beliau, sentiasa setia menyokong adalah Datin Balqish hussni isteri tersayang yang menjadi tulang belakang dan sumber ketenangan dalam kehidupan seharian.
Baru-baru ini Pa&Ma mendapat peluang untuk berkunjung ke kediaman usahawan yang berjaya ini bagi program Projek Dekorasi Parenting. Nak tahu jom ikuti lanjut perbualan kami dengan Dato’ Azril.
Dekorasi Rumah Ala Resort  Gabungan Elegan & Inspirasi Global

Apabila berbicara mengenai dekorasi kediamanya, menurut Dato’ Azril dia memilih kediaman yang menyatukan elemen modern tropical resort, dihiasi warna-warna menenangkan seperti hijau dan biru lembut, mural dinding yang diinspirasikan dari Eropah, serta gabungan perabot dan idea daripada pereka antarabangsa  itulah konsep kediaman mereka.
Setiap sudut ada ceritanya. Ruang famili misalnya, diberi sentuhan mural Eropah, menggambarkan cinta Dato’ Azril  terhadap travel dan seni.
FULL VIDEO KEDIAMAN DATO’ AZRIL:


“Dekorasi dari inspirasi dari designer antarabangsa, tapi semua tetap ikut taste dan gaya saya sendiri,” kongsinya.
Ketika pandemik, rumah ini didekor bersama ID (interior designer), namun hasil akhir masih mengekalkan jiwa pemiliknya.
 Infrared Sauna & 10,000 Langkah Sehari
Bila ditanya tentang ruang istimewa di rumah, Dato’ Azril terus menyebut tentang gym room dan sauna inframerah yang ada di kediaman mereka. Katanya, demi jaga kesihatan, dia pastikan setiap hari berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah.
 
“Saya pastikan setiap hari saya buat 10,000 langkah untuk kekal sihat dan bertenaga,” kata Dato’ Azril.
Tidak hanya mengamalkan gaya hidup sihat, rumah ini juga dilengkapi dengan infrared sauna.
“Saya pun guna sauna lepas bersenam. Isteri pula memang akan gunakan sauna setiap kali berpantang untuk keempat-empat anak kami,” tambahnya lagi.
Ruang Hiburan Seperti Mini Pawagam
Selain itu, rumah ini turut dilengkapi mini pawagam. Bila tiba hujung minggu, keluarga ini akan “berpindah” ke bilik hiburan mereka yang lengkap dengan skrin besar, kerusi empuk seperti panggung wayang, serta set karaoke .
“Saya tak pandai menyanyi. Tapi anak-anak memang suka menyanyi . Karaoke ini biasanya kami guna  bila ada tetamu  kata Dato’ dengan senyuman.
Set Hi Tea Jenama Mewah 
Selain itu, Pa&Ma juga berpeluang meninjau di ruangan dapur. Masuk ke dapur, mata pasti tertumpu pada ruang yang luas dan moden, dengan rekaan konsep kaca.
“Saya masak setiap hari, itu rutin dan terapi bagi saya,” kongsi Datin Balqish . Tak hairanlah, koleksi pinggan mangkuk beliau pun memang luar biasa. Daripada Royal Albert yang dibeli di London  dan set hi-tea Noritake yang lazimnya harga mencecah RM1,000. Semuanya menggambarkan cita rasa elegan dan premium mereka suami isteri.
Malah, menurut datin, Dato’ Azril turut meminati koleksi pinggan mangkuk, menjadikan hobi ini sebagai aktiviti bersama yang unik.
Mini Surau dan Misi Kemanusiaan
Lebih dari sekadar kemewahan, kediaman ini juga menyimpan nilai spiritual yang tinggi. Mereka memiliki sebuah surau yang boleh memuatkan 20 orang dalam satu masa. Di sinilah diadakan kelas mengaji dan majlis ilmu.
Malah, dari hasil penjualan produk dan perniagaan, menerusi Yayasan V’Asia, Dato’ Azril  turut menyumbangkan misi kemanusiaan antaranya membina masjid di Gilgit, Pakistan, sebuah kawasan sejuk yang sebelum ini tidak memiliki masjid.
“Bila ada perayaan, ibadah korban pun banyak kami salurkan ke sana,” kongsi Dato’ dengan rendah hati.
Kolam Luas, Rumah Kucing & Taman Kanak-Kanak Siapa sangka, rumah ini turut menjadi tumpuan kerana konsep landskap ala hotel. Ada kolam air yang dikelilingi pokok hijau, deruan air yang menenangkan, dan suasana tropika yang mendamaikan.


Mereka turut membina rumah kecil lengkap dengan gelongsor khas untuk anak-anak, serta rumah kucing untuk haiwan kesayangan mereka.
Nyata, Dato’ Azril  tidak kisah berhabis untuk memberikan yang terbaik buat keluarganya.
Satu Harapan, Banyak Inspirasi
Melihat rumah ini bukan sekadar menilai rekaan atau gaya, tapi juga menyerap semangat dan inspirasi yang dibina dari usaha gigih, kasih sayang keluarga, dan kepercayaan kepada rezeki Tuhan.
“Kami hanya berkongsi, mana tahu boleh beri inspirasi pada orang lain.” – Dato’ Azril
Dan ya, sememangnya ia memberi semangat pada yang melihat  bahawa kejayaan bukan hanya tentang kemewahan, tapi bagaimana ia digunakan untuk beri nilai kepada orang lain.

The post Bilik Sauna, Mini Pawagam, Kolam Besar, Rumah Pengasas V’Asia Memang ‘Next Level’! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bilik-sauna-mini-pawagam-kolam-besar-rumah-pengasas-vasia-memang-next-level/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 220 hits
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar Satu realiti yang menyedihkan ramai anak muda pasangan baru berkahwin tak mampu beli rumah sendiri walaupun sudah bekerja bertahun tahun Masalah utama Tak cukup duit ...
Pengasas Ehati Suami Anak Dan Peserta Antara 6 Direman

Pengasas Ehati Suami Anak Dan Peserta Antara 6 Direman

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 178 hits
SHAH ALAM Pengasas program motivasi eHATI bersama suami dan anak perempuannya direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program motivasi yang disyaki bersifat songsang dan menyimpang Turut direman dalam tempoh sa...
Gaya Mewah Tak Selamatkan Pengasas Produk Kecantikan Dari Penjara

Gaya Mewah Tak Selamatkan Pengasas Produk Kecantikan Dari Penjara

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 168 hits
Mira Hayati pengasas produk kecantikan dari Makassar Indonesia dipenjara 10 bulan dan didenda 1 bilion rupiah selepas produknya dikesan mengandungi merkuri bahan beracun yang membahayakan kesihatan pengguna Sorotan utama Mahkamah Daerah Sur...
Anak Robert Kuok Dilantik Sebagai Ceo Shangri La Asia Terima Gaji Rm312 000 Sebulan

Anak Robert Kuok Dilantik Sebagai Ceo Shangri La Asia Terima Gaji Rm312 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 172 hits
Kuok Hui Kwong anak perempuan individu terkaya Malaysia iaitu Robert Kuok dilaporkan akan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Shangri La Asia bermula 1 Ogos ini Menurut laporan beliau tidak lagi asing dalam Shangri La Asia dan ...
Polis Kelantan Ramai Pengasas Produk Dan Pempengaruh Disyaki Terlibat Jenayah

Polis Kelantan Ramai Pengasas Produk Dan Pempengaruh Disyaki Terlibat Jenayah

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 162 hits
KOTA BHARU Polis Kelantan masih menjalankan risikan terhadap beberapa pengasas produk dan pempengaruh di negeri ini yang dipercayai terbabit dalam aktiviti jenayah serius Apa yang berlaku Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata...
Terbang Ke Perth Australia Dengan Air Asia Sempena Wedding Anniversary

Terbang Ke Perth Australia Dengan Air Asia Sempena Wedding Anniversary

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 205 hits
Alhamdulillah 13 tahun bersama Setiap tahun saya dan suami akan cuba lakukan sesuatu yang bermakna untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami ianya bukan sekadar sambutan tetapi waktu berkualiti yang mendekatkan hati dan mengukuhkan ikatan...
Buat Rumah Untuk Penjawat Awam Pun Mereka Kecoh

Buat Rumah Untuk Penjawat Awam Pun Mereka Kecoh

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 138 hits
Pembangkang semua tak kena dimata mereka semua salah itu salah ini semasa mereka memerintah 33bln apa satu tak boleh fikir nk mula dekat mana satu pun xde perubahan projek utk rakyat xde utk negara xde tahu duit hilang berjuta masuk akaun p...
Mayat 3 Sekeluarga Ditemui Dalam Rumah Di Seremban

Mayat 3 Sekeluarga Ditemui Dalam Rumah Di Seremban

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 193 hits
Kejadian itu disedari oleh jiran mangsa yang menghidu bau busuk dari dalam rumah Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata siasatan lanjut mengenai penemuan mayat tiga sekeluarga itu di sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal masih dij...
Rider Sepenuh Masa Tinggal Di Rumah Rm1 4 Juta

Rider Sepenuh Masa Tinggal Di Rumah Rm1 4 Juta

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 166 hits
Rider sepenuh masa tinggal di rumah RM1 4 juta AFIQ pernah memperoleh pendapatan hamper RM20 000 Foto Tangkap Layar YouTube Ringgit Dollars SINGAPURA Walaupun kehidupan mewah mungkin tidak dapat dicapai oleh ramai orang di Singapura seorang...
Effective Networking In Your Industry

Kelantan Mayat Pemancing Ditemui Dalam Sawah Padi

Happy168 100 500 Top 6 By Federico Happy168 Nl 27 October

Montigo Botol Minum Bergaya Yang Jadi Pilihan

Top 21 By Lindsay Jinda55 Jin55 Co 2 Website 1 2025

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Lorry Driver Who Ran Over Cop With 4wd Charged With Attempted Murder


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global

Badan Greges Tapi Tidak Demam Ini Penyebabnya

Netizen Pecah Dada Tengok Harga Bib Anak Datin Intan Najuwa Macam Bajet Makan Aku Sebulan

Poco M7 Dilancarkan Bateri Besar Harga Bermula Rm469