Homestay Capsule Di Kl Yang Terbaik
Hotel Kapsul Hanya RM28 Semalam, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Berbaloi
Bagi seorang backpackers, mereka sangat mementingkan percutian atau istirahat yang tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi
Jika pergi bercuti, mereka tidak mementingkan penginapan mewah, sebaliknya hanya memilih untuk bermalam di hotel atau pun homestaymurah
Jadi disebabkan itu, hotel kapsul menjadi pilihan kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding tempat penginapan lain
Seperti yang dikongsi oleh seorang warga twitter, ramai yang bertanyakan kepada Adam Mickail tentang hotel kapsul yang memang cantik dan berbaloi dengan hanya berharga RM28 semalam
Wah, biar betul? Murahnya
Jom kita ikuti thread lelaki ini tentang macam mana dia boleh mendapatkan harga kapsul dengan semurah itu
hotel yang disebutkan adalah Capsule Hotel Town KL, jadi perkara pertama yang korang perlu buat adalah tempah di booking.com
Search “Capsule Town Hotel Kl” di booking. Com dan kalau boleh bookawal sebab takut tak dapat pula harga RM28 tu. Mungkin akan naik sikit dalam RM34 macam tu disebabkan high demand ramai foreigners dan traveller dah book awal-awal
Korang boleh menaiki LRT atau MRT terdekat di Pasar Seni dan berjalan sekitar 10 minit sebelum sampai ke hotel tersebut. Ada je bilik biasa dan bilik kapsul. Kapsul untuk seorang dan bilik biasa ada katil queen size. Ikut kesesuaian dan bajet korang
Sediakan depositKalau book last minute kena bayar dekat sana, tapi kalau korang booking awal boleh je bayar guna online banking
Sediakan RM50 sebagai deposit. Deposit ini akan dipulangkan sebaik saja korang check out. Asalkan bilik berada dalam keadaan yang baik
Jangan risau, security memang terbaik. Ada locker, ada access carduntuk keluar masuk kapsul. Tapi pastikan korang tak tercicir barangan peribadi
Dalam kapsul tersebut juga ada tempat usb, untuk charge devices, aircond dan air ventilation pun ada. Jadi tak perlu risau, korang tak akan rasa sesak nafas dalam kapsul tu
Bukan hanya untuk percutian, korang juga boleh merasai pengalaman bermalam di hotel kapsul ini sebagai weekend getaway
Seharian penat bekerja atau belajar, why not ambil masa untuk berehat menenangkan fikiran daripada hiruk pikuk kota
Active Search Results Search Engine
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://feedproxy.google.com/~r/adajewnet/~3/A-3osi6wzfc/homestay-capsule-di-kl-yang-terbaik.html