Cara Terbaik Melupakan Masa Silam Pasangan Tanpa Sakit Hati
Sakitnya hati dan cemburu meluap-luap bila tahu masa lalu pasangan kan. Tapi, tahukah anda apa hukumnya anda mengungkit masa lalu pasangan menurut Islam? Ini jawapannya. Jika anda suami isteri bukan berkenalan (atau bercinta) sejak kecil, pastinya mereka pernah ada pasangan dan masa lalu.
Cara Terbaik Melupakan Masa Silam Pasangan Tanpa Sakit Hati
Credit Pic : SUMBER
Ada sesetengah orang memang tak ambil tahu langsung tentang masa lalu pasangannya. Tapi, ada juga yang ingin tahu masa lalu pasangan dan akhirnya cemburu malah sakit hati apabila mengetahui “semua perkara” itu.
Cara Terbaik Melupakan Masa Silam Pasangan Tanpa Sakit Hati
Bila sakit hati dan cemburu itu, mulalah kita pun rasa nak mengungkit dan memerli-merli pasangan kita. Apakah hukumnya jika mengungkit masa lalu menurut Islam?
Islam amat melarang jika sepasang suami isteri mengungkit masa lalu masing-masing, terutamanya yang berkaitan kemaksiatan. Suami atau isteri tidak perlu menjelaskan masa lalu masing-masing.
Tambahan pula, jika difikirkan dengan sebaiknya, apakah faedahnya yang kita dapat jika kita mengungkit masa lalu pasangan? Ini hanyalah akan membuatkan pergaduhan dan boleh tercetusnya penceraian.
Memang bukan senang nak kendali masa lalu pasangan jika anda sudah mengetahuinya. Namun, 5 sebab kenapa tidak perlu anda mengungkit masa silam pasangan anda ialah :
1. Perkara Yang Lepas Tidak Boleh Diubah
Mengungkit masa lalu menurut Islam, masa lalu pasangan, suami selalu mengungkit kesalahan istri, mengungkit masa lalu pasangan, melupakan masa lalu yang buruk, firman allah tentang masa lalu, jangan ungkit masa lalu seseorang, hukum mengungkit kesalahan orang lain, menerima masa lalu pasangan dalam Islam,
Walaupun anda tidak menyukai masa lalu pasangan, tiada apa yang anda boleh buat kini sebab masa lalu tidak boleh diubah. Namun, pasangan anda itu telah berubah sekarang!
Jadi, kenapa masih berpegang pada masa lepasnya ?
2. Mereka Tidak Kenal Anda Semasa Ianya Berlaku
Anda tidak sewajarnya berasa sakit hati dan cemburu dengan masa lalu pasangan kerana ia tiada kaitan dengan anda. Bukannya mereka kenal anda pun lagi masa itu!
3. Hubungan Anda Sekarang Ini Lagi Penting
Masa lalu dan masa hadapan bukanlah di bawah ketentuan kita. Namun apa yang kita ada sekarang hanyalah masa sekarang ini.
Jadi, gunakannya dengan sebaik-baik. Hargailah bagaimana pasangan melayan anda kini. Mereka telah berubah dan melupakan masa lalu mereka. Kenapa tidak anda ?
4. Kejujuran Mereka Itu Lebih Penting
Jika mereka yang menceritakan kisah lalu mereka kepada anda, itu maknanya mereka amat mempercayai anda. Kejujuran adalah landas hubungan komunikasi yang sihat.
5. Cemburu Itu Nafsu Yang Berat
Tak salah untuk rasa cemburu. Anda boleh cemburu jika pasangan anda kini rapat dengan mana-mana kawan yang anda tidak berapa suka (mungkin sebab kaki goda atau gatal).
Tapi cemburu pada bekas kekasih mereka tiada faedahnya !! Lainlah kalau mereka masih berhubungan dengan bekas kekasih itu, ops !!
Cintailah pasangan dengan sepenuh hati Jika anda kenal dan percaya dengan pasangan anda, pasti anda tidak akan risau masa lalu pasangan akan menjejaskan kebahagiaan anda kini.
Jangan “bina” alasan yang hanya akan merenggangkan kalian berdua. Apa yang penting adalah cinta pada masa kini – yakni cinta mereka pada anda.
SUMBER
Baca Juga : Kelebihan Mempunyai Teman Istimewa Satu Pejabat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dakcaii.blogspot.com/2019/07/cara-terbaik-melupakan-masa-silam.html