9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo


Merancang perjalanan ke Tokyo tetapi bimbang tentang mencari tempat tinggal? Sekiranya hotel skala besar atau butik hotel masih melebihi bajet anda, jangan risau! Hotel kapsul adalah pilihan yang tepat dengan harga yang perpatutuan dan sangat popular yang terdapat di seluruh bandar, ada beberapa hotel yang menawarkan kemudahan kelas pertama dengan harga yang rendah. Hotel-hotel ini pada umumnya bersaiz kecil tetapi terletak di kawasan-kawasan yang mudah untuk pelancong. Ia akan berfungsi dengan baik terutamanya jika anda menggembara secara solo atau bersama rakan anda. Setelah berjimat untuk penginapan, kini anda boleh berbelanja lebih untuk barang cenderahati!
Untuk memulakan perancangan anda, berikut adalah 9 hotel kapsul yang berpatutan untuk penginapan anda seterusnya. Pelancong wanita, jangan bimbang kerana terdapat juga hotel kapsul khas buat wanita sahaja dan kami telah memasukkan satu dalam senarai kami! Tetapi, kebanyakan hotel kapsul biasanya memisahkan lelaki dan wanita pada lantai yang berbeza. Walau bagaimanapun, sesetengah hotel kapsul mempunyai pilihan kapsul lebih besar atau bukan kapsul bagi mereka yang melancong bersama keluarga atau dalam kumpulan.
Tip: Harga untuk hotel kapsul ini nyatakan untuk 1 orang setiap malam antara 8 – 9 Oktober 2019. Harga mungkin berbeza-beza semasa tempoh waktu kemuncak, dan kami mencadangkan untuk membuat pemeriksaan secara langsung dengan pihak hotel untuk harga atau tawaran terkini. Semua harga disebut dalam USD – kadar pertukaran pada masa penerbitan adalah USD100 = SGD135.70 / MYR414.15 / IDR1,413,610.
 
1. Stesen Ueno Hostel Oriental I

Terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari stesen JR Okachimachi dan 5 minit berjalan kaki dari stesen JR Ueno, hotel kapsul ini terletak dikawasan mudah diakses oleh pelancong. Ia juga terletak berhampiran dengan Taman Ueno yang akan menarik perhatian penggemar muzium dengan adanya Muzium Nasional Tokyo dan Muzium Seni Barat Negara yang terletak di kawasan tersebut. Bilik-bilik kapsul dilengkapi dengan TV, radio dan jam penggera. Terdapat juga loker bagasi yang disediakan untuk menyimpan barangan anda. Bagi mereka yang mengembara dalam berkumpulan / bersama keluarga, hotel kapsul ini juga tersedia bilik bukan kapsul.
 
Alamat: 6-9-9 Ueno, Taito 110-0005 Prefektur Tokyo
Nombor Telefon: +81 3-3839-2444
Harga: dari USD27 / malam pada Agoda
Facebook
 
 2. Tokyo Ginza Bay Hotel

Keselamatan adalah keutamaan bagi hotel ini. Ia mempunyai lantai khas buat wanita sahaja dan setiap tingkat memerlukan kad akses untuk anda masuk. Pintu masuk utama hotel juga dikunci pada waktu malam, oleh itu, sentiasa bersedia kad akses bersama anda sepanjang masa. Hotel ini terletak di kawasan yang sangat mudah di mana ia berada dalam jarak pejalan kaki ke stesen seperti Shimbashi (Ginza Line), Higashi-Ginza (Hibiya Line), Ginza (Marunouchi, Ginza dan Hibiya Line), Tsukijishijo (Oedo Line) dan akhirnya Shimbashi (JR Line). Semua stesen berada dalam jarak 5-10 minit dari hotel dengan berjalan kaki.
 
Alamat: 7-13-15 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-0061
Nombor Telefon: +81 3-6226-1078
Harga: dari USD38 / malam pada Agoda
Laman web | Facebook | Instagram
 
3. Nihonbashi Muromachi Bay Hotel

Jarak hanya 200m berjalan kaki dari Mitsukoshimae (Ginza dan Hanzomon Line), hotel ini pasti mudahkan anda selepas seharian berjalan di sekitar bandar. Ingin berkongsi bahawa tempat penyimpanan bagasi adalah kecil and terhad. Ia biasanya bersaiz beg kabin. Sekiranya anda melakukan perjalanan dengan bagasi daftar masuk, semak dengan pihak hotel jika ada ruang penyimpanan.
 
Alamat: Chuo-ku Nihombashi Honcho 2-4-7, Chuo Ward, Tokyo, 103-0023
Nombor Telefon: +81 3-3242-2777
Harga: dari USD29
Laman web | Instagram
 
4. First Cabin Tsukiji

Ia seperti memilih kelas dalam penerbangan, First Cabin Tsukuji terdapat ekonomi premium, perniagaan dan kabin kelas pertama untuk anda. Kabin kelas pertama juga mempunyai ruang untuk meja dan ruang yang cukup untuk bersolat. Ia sedikit mahal daripada bilik-bilik lain tetapi anda pasti lebih selesa. Cabin First Tsukiji terletak berjarak 1 minit berjalan kaki dari Stesen Subway Tsukiji. Pasar luar Tsukiji yang terkenal hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel.
 
Lokasi: 2 Chome-11-10 Tsukiji Chuo City, Tokyo 104-0045
Nombor Telefon: +81 3-5148-1130
Harga: dari USD38 / malam pada Agoda
Laman web | Facebook
 
 
5. Centurion Hotel Cabin Tower
Centurion Hotel Residential Cabin Tower terletak di tengah-tengah bandar Tokyo dan berjarak 3 minit berjalan kaki dari Stesen Akasaka (Chiyoda Line). Ia mengambil masa kira-kira 20 minit menaiki kereta api untuk tiba di stesen Tokyo. Hotel ini juga terletak di kawasam yang strategik dengan yag memudahkan untuk akses ke kawasan tarikan seperti Menara Tokyo, Imperial Palace, Meiji Jingu dan banyak lagi. Ia juga berhampiran dengan restoran Gyukaku Akasaka yang terkenal yang menawarkan makanan halal Jepun.
Alamat: 3 Chome-12-16 Akasaka, Minato City, Tokyo 107-0052, Jepun
Nombor Telefon: +81 3-6229-6336
Harga: dari USD33 / malam pada Agoda
Laman web | Facebook | Instagram
 
6. Nine Hours Shinjuku-Utara

Salah satu pilihan utama untuk hotel kapsul pada tahun 2018, Nine Hours Shinjuku-North terletak 2 minit dari stesen Shin-Okubo (Yamanote Line). Stesen Shinjuku hanya 3 minit dengan menaiki keretaapi di laluan Yamanote dan Shibuya adalah kira-kira 10 minit jauhnya di atas landasan keretapi yang sama. Shinjuku Gyoen berjarak 30-minit berjalan kaki dari hotel yang pasti akan menarik perhatian pelancong.
Alamat: 169-0073 Prefektur Tokyo, Shinjuku-ku, Hyakunin Cho 1-4-15
Nombor Telefon: +81 3-5291-7337
Harga: dari USD40 / malam pada Agoda
Laman web | Facebook
 
7. Capsule Hotel Anshin Oyado Premier Tokyo Shinjuku Station

Hanya 2 minit berjalan kaki dari stesen Shinjuku, Capsule Hotel Anshin Premier Tokyo pasti menjadi salah satu hotel yang paling mudah diakses di kawasan ini. Walau bagaimanapun, hotel ini merupakan hotel untuk para lelaki. Ia berjarak 10 minit berjalan kaki ke Taman Negara Shinjuku Gyoen dan Restoran Robot yang popular. Shinjuku adalah pilihan yang hebat untuk pelancong yang berminat untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan yang mesra, membeli-belah dan mencari makanan tempatan. Informasi lain, hotel ini mempunyai rawatan urutan badan beserta dengan bayaran untuk membantu menghilangkan kepenatan setelah seharian berjalan. Plihan lain, anda boleh menikmati kerusi urut yang berada di hotel. Bagi para pertualangan, bas untuk ke Gunung Fuji biasanya berangkat dari stesen Shinjuku.
Alamat: 160-0022 Prefektur Tokyo, Shinjuku-ku Shinjuku 4-2-10, Jepun
Nombor Telefon: +81 120-083-184
Harga: dari USD48 / malam pada Agoda
Laman web
 
8. MYCUBE oleh MYSTAYS Asakusa Kuramae

Terletak 2 minit berjalan kaki dari Stesen Kuramae (laluan Asakusa dan Oedo), hotel ini mudah diakses ke kawasan tarikan utama di Tokyo seperti Tokyo Skytree dan Asakusa. Kawasan Taito sangat sesuai untuk pelancong yang berminat dengan kuil dan berlegar di bandar. Kuil Sensoji dan Muzium Edo Tokyo berada pada jarak 17 minit berjalan kaki dari hotel. Ia adalah sebuah hotel yang sangat disukai oleh pelancong solo!
 
Alamat: 111-0051 Prefektur Tokyo, Taito-Ku, Kuramae 2-6-7, Jepun
Nombor Telefon: +81 3-5835-3181
Harga: dari USD37 / malam pada Agoda
 
9. Nadeshiko Hotel Shibuya

Hotel ini adalah khas buat pelancong wanita sahaja dan seperti yang anda mungkin telah menebak, ianya berhampiran dengan kawasan membeli-belah. Ia berdekatan dengan Shibuya dan Harajuku kompleks membeli belah. Walaupun terletak di kawasan hanya bersebelahan Shibuya, suasana di Shinsen adalah  sangat berbeza. Ia tenang dan damai tidak seperti kesibukan di Shibuya. Jika anda tertanya-tanya restoran makanan berdekatan semasa anda menginap di sini, berkunjunglah ke Masjid Camii Tokyo, ia juga mempunyai seni bina Turki yang indah.
 
Alamat: 150-0045 10-5 Shinsen-cho, Shibuya-ku, Tokyo
Nombor Telefon: +81 3-5489-3667
Harga: dari USD54 / malam pada Agoda
Laman web | Facebook | Instagram
 
Hotel kapsul yang disenaraikan di atas hanyalah sebahagian banyak dari apa yang terdapat di Tokyo. Hotel kapsul menjadi lebih popular di kalangan pelancong solo kerana ia lebih privasi berbanding dengan asrama backpackers. Kami berharap bahawa anda akan dapat peluang untuk mencuba salah satu hotel kapsul ini untuk percutian anda seterusnya.
 
Sumber: Have Halal Will Travel
The post 9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo (Dari USD27!) appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/9-hotel-kapsul-yang-terbaik-untuk-menginap-di-tokyo-dari-usd27/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Hotel Riverine Garden Chukai Kemaman

Pengalaman Menginap Di Hotel Riverine Garden Chukai Kemaman

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 1129 hits
Semasa kami bercuti di Kemaman tempohari kami menginap di Hotel Riverine Garden yang terletak di bandar Chukai Hotel ini terletak mengadap sungai Kemaman Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 6 Kami parking di bahu jalan bersebelahan hote...
9 Hotel Di Tokyo Berhampiran Makanan Halal Untuk Percutian Anda Yang Seterusnya

9 Hotel Di Tokyo Berhampiran Makanan Halal Untuk Percutian Anda Yang Seterusnya

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 515 hits
Sumber Tokyo adalah destinasi yang hebat untuk dikunjungi tetapi kawasan yang mana tempat terbaik untuk menempah penginapan Kemudahan tarikan utama berdekatan dengan pengangkutan dan tentu saja di sekitar makanan halal adalah faktor yang sa...
City Car Terbaik Di Tahun Ini

City Car Terbaik Di Tahun Ini

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 404 hits
Mengikuti perkembangan zaman memang tidak ada habisnya Apalagi jika sudah berkaitan dengan gaya hidup berbagai cara pun turut dilakukan agar penampilan menjadi terlihat berkelas Salah satunya yang sedang menjadi trend di kalangan masyarakat...
Farid Suami Dan Ayah Terbaik Diana Danielle Jawab Persoalan Netizen

Farid Suami Dan Ayah Terbaik Diana Danielle Jawab Persoalan Netizen

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 256 hits
Farid Suami Dan Ayah Terbaik Diana Danielle Jawab Persoalan Netizen Pelakon jelita Datin Diana Danielle menyifatkan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan rumah tangganya dengan Datuk Farid Kamil menguatkan hubungan cinta mereka Jelas ...
Warong Leleh Terbaik

Warong Leleh Terbaik

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 426 hits
Hai korang Assalammualaikum apa khabar korang semua ok hari ni akak nak review pasal makan kat sebuah restoran ni Ni pertama kali akak datang ke restoran ni bersama cik suami Ok Pertama kali masuk suasana restoran dia ok n style macam warun...
Saya Kenal Suami Saya Dia Suami Ayah Terbaik

Saya Kenal Suami Saya Dia Suami Ayah Terbaik

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 508 hits
Berita mengenai pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah ternyata mengejutkan ramai pihak Bagaimanapun Datin Diana The post appeared first on
Btn Sabet Penghargaan Emiten Terbaik Versi Analis

Btn Sabet Penghargaan Emiten Terbaik Versi Analis

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 204 hits
Ketua Pelaksana sekaligus Anggota Dewan Juri CSA Awards Haryajid Ramelan mengatakan penghargaan CSA Awards kepada BTN tidak terlepas dari komitmen perbankan pelat merah tersebut yang sudah menerapkan GCG melihat likuiditas di pasar kemudian...
7 Jenis Durian Terbaik Yang Terdapat Di Malaysia Yang Terakhir Tu Paling Rare

7 Jenis Durian Terbaik Yang Terdapat Di Malaysia Yang Terakhir Tu Paling Rare

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 778 hits
Sebut saja durian pasti kita boleh menghidu aroma buah tempatan ini dari jauh Orang kata tak kenal maka tak cinta tetapi ada juga yang telah mengenalinya dan masih tidak suka kerana dikatakan busuk oleh haters durian dan rasanya yang kuat b...
Meski Bukan Ayah Kandungnya Sosok Sonny Septian Bagi Anak Fairuz Galih Adalah Yang Terbaik

Meski Bukan Ayah Kandungnya Sosok Sonny Septian Bagi Anak Fairuz Galih Adalah Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 304 hits
Di saat Galih Ginanjar meragukan apakah King Faaz beneran anak kandungnya Sonny justru memperlakukan sang anak seperti darah daging sendiri
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord