Homemade Asam Keping
Sabtu dah! Bila musim PKP ni, hari apa pun dah tak tahu dah. Tahu tahu dah sabtu! Aduhaiii, tak elok pulak nak mengeluh. Bersyukur sepatutnya duduk rumah ni. Kalau menjalani hidup yang normal, hari sabtu ni dah planning dah nak jalan kemana kan. Dah berminggu-minggu tak kemana ni, makanya kat rumah aktiviti memasak, mengemas, marathon movie, berblog dan lagi satu photoshoot. Tapi since cuaca mendung ni, mood pun mendung sebab lighting tak on point. Sia-sia ambil gambar tapi tak cantik tanpa cahaya.
Okay, berbalik kepada tajuk tu. Asam keping atau ada yang panggil asam gelugor salah satu bahan asas yang wajib ada bagi orang Malaysia. Kalau tak ada tu, mungkin lebih suka gantikan asam keping dengan bahan lain yang lebih kurang penggunaannya. Ada orang suka gantikan dengan limau, lemon dan asam jawa. Fiza panggil asam keping. Tapi buah dia panggil asam gelugor sebab belum menjadi asam keping gitu
model : Encik husbandAsam keping ni banyak khasiatnya dan digunakan untuk kesihatan dan kecantikan. Tapi guna nama saintifik Garcinia Atroviridis lah. Tak guna nama kampung asam keping ni. Mana kelas kan. Tapi kita kat dapur ni gunanya untuk cuci bahan bahan basah untuk hilangkan bau hanyir dan memasak sambal atau menu-menu masakan kampung yang sepatutnya letak asam keping
Biasanya Fiza akan letak dalam lauk yang bersambal merah, sambal goreng dan juga masak lemak cili api wajib letak asam keping. Tapi ada orang gunakan asam keping juga untuk goreng telur sebab nak hilangkan bau hanyir telur tu. Stok asam keping kat rumah ni pun mak mertua yang bagi. Homemade asam keping sebab ada pokok sendiri kat kampung. Cuma itulah, kalau berbuah lebat je lah baru boleh buat asam keping. Kalau tidak, memang tak dapatlah buat stok
Untung kan duduk kampung macam-macam boleh dapat. Lagipun orang dulu suka bercucuk tanam tepi tepi rumah untuk kegunaan sendiri juga masa akan datang. Nak buat asam keping pun mencabar betul lagi-lagi bab memotong tu kena nipis nipis. Pernah give up jugaklah nak memotong tu. Sudahnya potong je ikut suka janji dah jemur dia kecut nanti. Itupun nak kena tunggu cuaca panas baru cantik hasilnya dan tak berkulat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/04/homemade-asam-keping.html