Hoi Sanusi Anwar Nak Jawatan Perdana Menteri Apa Kelas Jadi Broker






Di sebalik Anwar Ibrahim sudah menegaskan tuduhan Menteri Besar Kedah terhadapnya adalah merapu, bahkan cabaran Saifuddin Nasution Ismail agar Sanusi Md Nor mengemukakan bukti juga belum bersambut sehingga ini, kalau difikir secara logik pula, lagi tak masuk buku apa yang dipertuduhkan kepada Perdana Menteri itu.


Mengikut apa yang dituduh Sanusi, Anwar telah datang ke Kedah bersama kawannya daripada Indonesia, Riza Chalid untuk memohon lesen melombong unsur nadir bumi atau REE di negeri tersebut.


Dalam erti kata lain, tuduhan itu bermaksud sementara pelbagai serangan kepadanya berkaitan REE, terutama hubungannya dengan seorang rakyat China yang kini menjadi kontroversi, Anwar juga sebenarnya pernah mencari peluang yang sama.


Kata Sanusi lagi, sebab itulah pelbagai serangan ditujukan terhadapnya oleh Saifuddin Nasution.


Dalam bahas mudah, jika mengikut apa yang dituduh oleh Sanusi itu, Anwar adalah lebih kurang seorang “broker” yang mungkin akan beroleh sejumlah komisyen daripada kerja yang dilakukannya itu.


Hoi Sanusi, sejak bila Anwar pernah dan berminat jadi “broker”?


Di ketika PH berkuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, atas kedudukannya selaku Pengerusi PH dan Presiden PKR, pernahkah kita dengar Anwar jadi “broker” membawa mana-mana ahli perniagaan ke negeri-negeri sembilan?


Kalau di negeri yang PH berkuasa dan kehendaknya lebih mudah dipenuhi pun kita tidak pernah dengar Anwar menjadi “broker”, di mana munasabah beliau mahu berbuat demikian di negeri di mana parti yang berkuasa dan Menteri Besarnya begitu amat membenci dirinya?


Agak-agaklah Sanusi oiii kalau ia pun nak bikin gebang dan buka temberang?


Sekali lagi, hoi Sanusi….cita-cita Anwar ialah untuk jadi Perdana Menteri, bukan nak kumpul kekayaan dengan jadi “broker”.


Apa kelas bakal Perdana Menteri pada ketika itu nak jadi “broker”?


Mengikut apa yang tular di media sosial hari ini, kunjungan Anwar bersama Riza Chalid ke Kedah sebenarnya berlangsung pada 2 Oktober 2022 iaitu lebih kurang sebulan lebih sikit sebelum pengundian PRU15 iaitu pada 19 November 2022.


Beliau ke Kedah bersama Riza Chalid adalah semata-mat untuk tujuan mengadap Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar.


Seperti mana kata Saifuddin dalam ceramahnya semalam, Riza Chalid hanya menemani Anwar dan selepas mengadap Sultan Kedah, mereka terus balik dan tiada apa-apa urusan lain lagi selepas itu.


Lagi pun, ada ke logik Anwar dan Riza Chalid mengadap Sultan Kedah untuk bercerita soal perniagaan dan memohon lesen melombong REE dengan baginda?


Lebih tidak logik lagi, pada Oktober 2022 itu juga, bahang PRU15 sedang membahang dan ketika itu, rata-rata rakyat meletakkan harapan yang menggunung kepada PH dan Presiden PKR itu untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada dua era Perdana Menteri sebelumnya yang dilihat tidak bermaya.


Jadi, dengan tumpuannya ialah untuk menjadi Perdana Menteri, masuk akalkah Anwar masih ada masa untuk jadi “broker” pada ketika itu?


Hoi Sanusi…hoi ya hoi betullah hang ni….(ShahbudinHusin 03/08/2023)


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/hoi-sanusianwar-nak-jawatan-perdana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Menteri Ambil Tanah Balak Akan Dilucut Jawatan

Anwar Menteri Ambil Tanah Balak Akan Dilucut Jawatan

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 171 hits
BernamaDUNGUN Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak mengizinkan mana mana Jemaah Menteri atau pemimpin bawah kerajaan pimpinannya mengambil tanah atau hasil aktiviti pembalakan Beliau berkata mana mana menteri dan pemimpin di...
Sanusi Hantar Surat Saman Kononnya Nak Gertak Menteri Kdn Sekali Saifuddin Ajak Berentap Dalam Mahkamah

Sanusi Hantar Surat Saman Kononnya Nak Gertak Menteri Kdn Sekali Saifuddin Ajak Berentap Dalam Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 189 hits
Sanusi hantar surat saman kononnya nak gertak Menteri KDN sekali Saifuddin ajak berentap dalam mahkamah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan telah menerima notis undang undang daripada Menteri Besar Kedah Da...
Prn Dari Jeneri Ke Alor Setar Usaha Anwar Lawan Gelombang Sanusi Di Kedah

Prn Dari Jeneri Ke Alor Setar Usaha Anwar Lawan Gelombang Sanusi Di Kedah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 281 hits
Isabelle Leong Raveena NagotraTidak jauh dari perlawanan bola sepak persahabatan yang disertai Muhammad Sanusi Md Nor di Stadium Darul Aman di Alor Setar Pengerusi PH Anwar Ibrahim berusaha meraih sokongan bagi melawan menteri besar sementa...
Alahai Yang Nak Lawan Sanusi Jadi Mb Tu Pun Cokia Saja

Alahai Yang Nak Lawan Sanusi Jadi Mb Tu Pun Cokia Saja

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 261 hits
HANYA berbaki beberapa hari lagi sebelum pilihan raya negeri 12 Ogos ini gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mula melakukan pecutan akhir kempen termasuk menonjolkan poster boy masing masing Di Kedah persaingan ...
Anwar Nak Terajang Perasuah Sebelah Dia Siapa

Anwar Nak Terajang Perasuah Sebelah Dia Siapa

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 159 hits
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memimpin kerajaan dengan sombong malah penuh angkuh apabila berucap mahu menerajang perasuah masuk dalam penjara Ahli Parlimen Arau Dato Seri Dr Shahidan Kassim berkata bagaimanapun di sebalik kata ka...
From Kl To Alor Setar Anwar Seeks To Upend Sanusi Wave In Kedah Blitz

From Kl To Alor Setar Anwar Seeks To Upend Sanusi Wave In Kedah Blitz

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 392 hits
STATE POLLS While Muhammad Sanusi Md Nor suffered a 2 3 defeat in a friendly football match at the Darul Aman stadium in Alor Setar last night just 6 5km away Prime Minister Anwar Ibrahim was whipping up support to turn the tide against the...
Anwar Dakwaan Ada Komplot Tangkap Kita Kenal Sanusi Macam Mana

Anwar Dakwaan Ada Komplot Tangkap Kita Kenal Sanusi Macam Mana

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 243 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Anwar Ibrahim menggambarkan Sanusi Nor terkenal membuat teori baharu mengulas dakwaan menteri besar Kedah berhubung plot menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya dirancang sejak enam bulan lalu Perdana menteri ber...
Sanusi S Lawan Anwar Hand Raise A Viral Campaign Trend

Sanusi S Lawan Anwar Hand Raise A Viral Campaign Trend

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 267 hits
STATE POLLS Caretaker Kedah menteri besar Mohammad Sanusi Md Nor s pose with his arm raised at the courthouse before he was charged with sedition last month may have been a snide take by the controversial politician But the move reminiscent...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense