Hl Dragon Fruit Ecofarm Lokasi Agrotourism Wajib Dilawati Di Sepang


Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah menyertai FamTrip Lawatan ke Sepang, Selangor yang dianjurkan oleh Tourism Selangor. Antara tempat-tempat menarik yang AM lawati adalah HL Dragon Fruit Ecofarm. Ini merupakan kali kedua AM singgah ke HL Dragon Fruit ini. Banyak betul perubahan dari lawatan AM sebelum ini. Malahan terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan sepanjang berada di sini. 
Buah Naga ataupun Dragon Fruit merupakan sejenis buah tropika yang banyak memberi manfaat kepada tubuh badan dan dikategorikan sebagai buah eksotik yang tumbuh pada sejenis pokok kaktus. Buah Naga mempunyai rupa yang unik berbanding buah-buahan lain. Kulitnya bersisik seakan-akan kulit haiwan iaitu naga.


HONG LONG INTERNATIONAL GROUP SDN. BHD. "HL GROUP" adalah sebuah syarikat yang berinovatif dalam mengubah pertanian tradisional menjadi model perniagaan moden dengan mempromosikan gabungan pelancongan dan pendidikan sebagai sebuah platform untuk "Agropelancongan"

Pada tahun 2014, HL GROUP telah memulakan penanaman buah naga. Pada tahun 2016, HL GROUP menubuhkan sebuah restoran bertemakan buah naga yang pertama di Malaysia yang berkonsepkan "Buah Ladang ke Meja".

Pada tahun 2020, HL GROUP berjaya membina mercu tanda "Menara Buah Naga Terbesar di Malaysia" di Sepang. Menara ini dianugerahkan "The Malaysia Book of Records" pada tahun 2021 sebagai Malaysia Largest 'Dragon Fruit' Shaped Structure.

Selain pengunjung yang datang dapat nikmati buah naga yang segar dan dipetik terus dari ladangnya, HL GROUP juga telah mula memproseskan buah naga segar menjadi produk-produk makanan dan minuman.

AGROTOURISM
HL DRAGON FRUIT ECO FARM



AM rasa kagum apabila melihat Menara yang diinspirasikan dari BUAH NAGA yang terletak di dalam sebidang tanah yang penuh dengan buah naga. Ia direka dan dibina oleh pengasas HL GROUP pada tahun 2020 untuk mempamerkan keindahan buah naga dan menjadikannya mercu tanda di Sepang, Malaysia.
MENARA BUAH NAGA Menara yang berketinggian dua tingkat ini diperbuat daripada konkrit dan mempunyai platform pemerhatian. Dari sudut pemerhatian di tingkat atas, AM dapat melihat dengan jelas persekitaran keseluruhan ladang buah naga. AM berpeluang untuk masuk dan melihat isi kandungan di dalam Menara Buah Naga. 
Di bahagian bawah menara, AM dapat melihat lukisan mural yang mencerminkan dan menceritakan pendapatan dan penghasilan utama penduduk di sekitar Sepang iaitu Lada Hitam, Gambir dan Kopi. 
Di tingkat 1 pula terdapat lukisan mural dengan gambaran penanaman buah naga, ikan kerapu yang menjadi sumber perikanan penduduk setempat dan juga lukisan kapal terbang yang sering dapat dilihat di sekitar Sepang. 
Di puncak menara buah naga ini juga dapat melihat kawasan keseluruhan HL Dragon Fruit Eco Farm seluas 3 hektar dengan ketinggian 9700mm. 
HL DRAGON FRUIT ECO FARM terdiri daripada pelbagai jenis buah naga. Kira-kira 90% daripada tumbuhan buah naga di sini adalah spesies RED RUBY (daging merah kulit merah), yang berbentuk bulat dan rasanya manis dan berair.

Ada 4 jenis buah naga yang terdapat di HL Dragon Fruit

HYLOCEREUS UNDATUS (HONEY WHITE)
memiliki ciri-ciri kulit buah merah dan daging buah yang berwarna putih.


HYLOCEREUS COSTARICENSIS (RED RUBY)
memiliki kulit buah naga yang berwarna merah dengan daging buah berwarna super merah.

HYLOCEREUS POLYRHIZUS (PINK RUBY)
memiliki kulit buah berwarna merah dengan daging buah berwarna merah keunguan.

SELENICEREUS MEGALANTHUS (YELLOW KING)
memiliki ciri-ciri kulit buah yang berwarna kuning dengan daging buah yang berwarna putih.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di HL Dragon Fruit adalah:


Pengalaman Memetik Buah NagaPengalaman Menanam Tanaman Buah NagaAlami Pendebungaan Bunga Buah NagaPengalaman Membuat Roti Jumbo Buah Naga







RESTORAN HL DRAGON FRUIT



HL RESTAURANT & CAFE ini yang bertemakan buah naga menyajikan pelbagai masakan & minuman. Setiap pelanggan yang datang juga berpeluang menikmati masakan dan minuman berasaskan buah naga. AM juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba menu-menu yang menarik yang terdapat di sini.

SIGNATURE MENU



Antara menu-menu menarik dan wajib di cuba di sini adalah:

Dragon Fruit Jumbo Curry Bun l Roti Kari Ayam Buah Naga l 火龙果面包王
Paduan rasa Roti Dragon Fruit yang lembut bersama dengan kari ayam yang pedas dan enak ini cukup sedap. Sebenarnya inti kari ayam berada di dalam Roti Dragon Fruit ini. Jadi staff akan datang dan membuat secara live untuk membelah dan memotong Roti Kari Ayam Buah Naga ini tau!! Jadilah bentuk seperti bunga buah naga. 




Dragon Fruit Nasi Lemak l Nasi Lemak Buah Naga l 火龙果椰浆饭

AM sangat sukakan rasa dan wangian yang datang dari nasi lemak buah naga ini terutamanya sambal buah naga yang sedap dan wajib dicuba. Kombinasi rasa yang sangat padu dan enak!


Dragon Fruit Prawn l Udang Buah Naga l 火爆虾

Peminat udang semestinya tidak akan melepas peluang untuk mencuba Udang Buah Naga yang disalutkan dengan sos enak berasaskan buah naga ini. 


Dragon Fruit Braised Chicken l Ayam Buah Naga l 火龙果焖鸡
Rasa ayam buah naga yang juicy dengan perapan sos buah naga sememangnya menarik perhatian dan menambah selera. 


LOKAL Dragon Breath Juices / Smoothies

AM paling teruja mencuba minuman Dragon Breath Juice. Rasa buah naga yang diblender halus sememangnya lazat dan wajib dicuba. Di bahagian atas juga terdapat potongan buah naga segar yang enak dimakan. 
Oh ya! jangan risau. Setiap sajian menu di HL Dragon Fruit Ecofarm ini disahkan halal dan mendapat mengiktirafan dari segi penyediaan makanan, kebersihan dan pembungkusannya. 

KATA ALONGMURNI


Secara peribadi AM sukakan konsep yang cuba diketengahkan di HL Dragon Fruit Eco Farm ini. Selain mencuba menu sajian yang unik berasaskan Buah Naga, banyak info yang AM dapati ketika berada di Menara Buah Naga iaitu lebih mengenali sejarah dan masyarakat sekitar Sepang ini melalui lukisan mural yang menarik. AM berterima kasih kepada Tourism Selangor dengan kerjasama pihak pengurusan HL Dragon Fruit Ecofarm kerana menjemput AM untuk melihat sendiri keunikan dan keistimewaan yang terdapat di Sepang, Selangor. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2023/07/hl-dragon-fruit-ecofarm-lokasi-agrotourism-wajib-dilawati-di-sepang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidden Gems Bukit Bintang 10 Lokasi Tempat Makan Yang Menarik Di Sekitar Bukit Bintang Wajib Cuba

Hidden Gems Bukit Bintang 10 Lokasi Tempat Makan Yang Menarik Di Sekitar Bukit Bintang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 626 hits
Bukit Bintang adalah lokasi utama pusat pelancong dan pusat membeli belas yang terkemuka di Kuala Lumpur Berikut adalah 5 lokasi utama tempat makan yang menarik di sana Anda pasti tidak menyesal untuk mencubanya sendiri 1 Kunafa Crisp Jika ...
5 Sebab Rakyat Malaysia Wajib Mengundi Barkoba Dalam Abpbh

5 Sebab Rakyat Malaysia Wajib Mengundi Barkoba Dalam Abpbh

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 358 hits
Selama aku hidup tak pernah lagi peduli pasal Anugerah Bintang Popular bagai nih Apatah lagi mengundi calon calonnya Tapi tahun ni terbaca post sapa tah yang lalu kat dinding pesbuk timbul perasaan nak mengundi mamat Barkoba ni Oleh itu bua...
Mengenal Thawaf Wada Wajib Haji Sebelum Meninggalkan Makkah

Mengenal Thawaf Wada Wajib Haji Sebelum Meninggalkan Makkah

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 162 hits
Thawaf wada adalah thawaf yang dilakukan setelah melakukan seluruh manasik ketika akan meninggalkan kota Makkah Thawaf ini gugur bagi wanita haidh Thowaf wada biasa disebut pula thowaf shodr atau thowaf akhirul ahd Menurut jumhur hukum thaw...
Cara Mandi Wajib Selepas Haid

Cara Mandi Wajib Selepas Haid

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 423 hits
Mandi wajib ataupun mandi junub disebut juga mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan Har...
Scan Bayi Bukan Sebab Nak Tengok Wajah Bayi Sahaja Tapi Wajib Untuk Ukur Tahap Kesihatan Janin

Scan Bayi Bukan Sebab Nak Tengok Wajah Bayi Sahaja Tapi Wajib Untuk Ukur Tahap Kesihatan Janin

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 182 hits
Berkenaan ujian imbasan apakah ada ujian imbasan khas yang perlu dilalui selain daripada ujian imbasan yang biasa dilakukan setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal Semua wanita hamil perlu menjalani ujian imbasan nucheal transluscency p...
Projektor Inlab Senz Wajib Ada Dalam Setiap Rumah

Projektor Inlab Senz Wajib Ada Dalam Setiap Rumah

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 259 hits
PROJEKTOR INLAB SENZ WAJIB ADA DALAM SETIAP RUMAH Assalammualaikum semua Hari ini Ruby ingin berkongsi dengan anda tentang produk yang memberi lebih manfaat kepada gaya hidup keluarga kita pada hari ini Memperkenalkan Projektor INLAB Senz P...
Tebus Pupuk Subsidi Petani Di 5 Provinsi Ini Wajib Sertakan Ktp

Tebus Pupuk Subsidi Petani Di 5 Provinsi Ini Wajib Sertakan Ktp

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 252 hits
Kementerian BUMN bekerja sama dengan Kementerian Pertanian telah mengembangkan digitalisasi kios pupuk di 5 provinsi yakni Bali Aceh Riau Bangka Belitung dan Kalimantan Selatan
Info Dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Semua Orang Wajib Tahu

Info Dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Semua Orang Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 667 hits
Info dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Semua Orang Wajib Tahu Bermula 10 Zulhijah hingga 13 Zulhijah adalah hari kemenangan umat Islam dalam melaksanakan ibadah korban Korban semua orang tahu tapi sejauh mana kita hayati maksudnya Bab ib...
Pengalaman Menginap Di Avani Sepang Gold Coast Resort

Pengalaman Menginap Di Avani Sepang Gold Coast Resort

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 215 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga hari anda dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah tanpa melengahkan masa kali ini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku yang cukup berharg...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord