Hktdc Dg Studio Membawakan Pelbagai Produk Menarik Dari Hong Kong
HKTDC DG Studio | Hong Kong bukan sahaja terkenal dengan drama serta movie yang menarik, malah kini anda boleh mendapatkan pelbagai barangan menarik dari Hong Kong! Hong Kong Trade Development Council (HKTDC)DG Studio telah menganjurkan inisiatif pembangunan perniagaannya di Malaysia tahun ini sebagai sebahagian daripada usahanya dalam penjenamaan bandar Hong Kong. Dimulakan sejak tahun 2015, inisiatif ini bertujuan membangunkan platform perniagaan online dan offline (luar talian) di negara-negara ASEAN dalam memasarkan jenama gaya hidup Hong Kong.
Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong
Bertemakan 'Gaya Hidup Trendydari Hong Kong', promosi HKTDC DG Studio telah berlangsung di IOI City Mall (LG-K5A, Sayap Barat) bermula dari 19 hingga 30 Jun ini di mana 14 jenama Hong Kong yang inovatif dipamerkan. Dua daripada jenama ini juga akan mengambil bahagian di Toys, Anime, Games & Comic Con (TAGCC) 2019 yang bertempat di PWTC (Dewan 4 Booth 101, 102, 107, 108) dari 22-23 Jun.
14 jenama DG Studio ialah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, FLUFFY House, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab, Team Green and TINY. Dua jenama yang dipamerkan di TAGCC adalah SOAP Studio dan TINY.
Menurut Puan Hoh Jee Eng, Pengarah, Malaysia, HKTDC, "14 jenama ini menawarkan pelbagai hadiah dan barangan premium berkualiti dan unik untuk kegunaan peribadi atau korporat. Pembeli dan peniaga Malaysia akan rambang mata dengan produk kegunaan isi rumah kami yang bukan sahaja menawarkan fungsi, malah juga inovatif, menyeronokkan dan berwarna-warni. Tambahan lagi, Hong Kong dikenali sebagai tempat kelahiran banyak jenama tempatan unik yang telah membawa kreativiti dan imaginasi ke tahap yang lebih tinggi untuk memenuhi imaginasi dan kepuasan pengguna. Barisan produk ini benar-benar menarik. Pembeli dan peniaga pastinya akan dapat menghargai kesungguhan, inovasi dan kualiti yang dtawarkan oleh setiap jenama.
"HKTDC juga gembira dapat kembali ke Malaysia untuk kali kedua tahun ini berikutan kejayaan acara kami pada awal tahun ini, di mana kami mengalami peningkatan jualan yang ketara berbanding perolehan purata bulanan kami. Sudah tentu, ini menandakan bahawa Malaysia merupakan pasaran penting bagi jenama kami dan kami cukup teruja dengan peluang perniagaan yang bakal memanfaatkan kedua-dua negara, "katanya.
Produk Hong Kong yang menarik & eco friendly
Artiart merupakan jenama produk kegunaan isi rumah dengan rekaan inovatif. Jenama ini menghasilkan perkakasan untuk rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan-bisnesdengan rekaannya yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cup, dengan cengkaman bawah, dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor, produk yang dikatakan dihantar dari ‘syurga’ untuk individu yang kerap ditimpa ‘kemalangan’ dan menjadi produk yang paling laris bagi syarikat itu.
CN sendiri dah grab Artiart Suction Bottle yang 100% bebas bocor ni tau. Melekap je dekat meja. Best betul!
Konstar pula mengutamakan peralatan isi rumah yang kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah Red Dot Design. Amat membanggakan apabila Super Apple Peeler juga meraih anugerah penghormatan Red Dot 2014, manakala Salad Master Berjaya meraih anugerah Red Dot 2014.
Antara produk Konstar yang glamer & menjadi pilihan CN
Bagi yang mengutamakan kesedaran alam sekitar, permainan puzzle mesra-alam rekaan Green Team ini diperbuat daripada kayu dan sumbernya diambil secara beretika. Permainan puzzle 3D Ferris Wheeler, Kotak Muzik dan Menara Eiffel sungguh mempesonakan serta mampu memberikan hiburan berpanjangan.
Pelbagai pilihan puzzle dari Green Team
Bagi pejuang alam sekitar, cawan dan mug biodegradasi daripada Eco Concepts yang kreatif dan diperbuat daripada 100% sekam jagung juga cukup menarik, inovatif dan menyeronokkan. Produk-produk ini membuktikan bahawa konsep cintakan hijau tidak semestinya membosankan.
Menyokong inisiatif pertanian dalam bandar, Paris Garden menampilkan dengan kit berkebun di rumah untuk mereka yang baru berjinak-jinak mencucuk tanam dengan menanam pokok-pokok herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga di rumah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya dengan panduan langkah-demi-langkah yang terdapat pada kit berkebun tersebut. Kit bagi menanam pokok herba daripada jenama tersebut cukup popular terutamanya dalam kalangan chef-chef yang inginkan taman herba sendiri.
Pelbagai pilihan produk dari Paris Garden yang sangat sesuai untuk mereka yang busy & mempunyai ruang laman yang terhad untuk berkebun
Produk isi rumah oleh Hoobbe pula direka dengan cukup kreatif dan pintar, memadai untuk menjadi tajuk pembuka perbualan yang menarik ketika menjadi tuan rumah kepada tetamu yang mengunjungi. Direkabentuk dengan elemen-elemen unik dan menyeronokkan, peralatan seperti Wooly Pins Pushpin, Floaty Duck Salt & Pepper Shaker, Right Cake Measuring Cups danThanks Giving Salad Server, sememangnya direka bagi membangkitkan minat pada sesiapa pun yang melihatnya.
Untuk yang berjiwa muda, MH Blocks merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro yang membangkitkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri. Bas HK Kowloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur, adalah antara cenderamata unik Hong Kong yang popular dan banyak disokong oleh orang ramai.
FLUFFY House bermatlamat untuk menyebarkan keseronokan, menggembirakan yang tersayang dan melakar senyuman di wajah mereka dengan barangan “plushes” dari karakter yang diminati ramai dan haiwan comel yang ceria.
TINY mengkhusus dalam model ikonik, model kereta, aksesori dan pemandangan Hong Kong yang mengabadikan binaan dan kemudahan yang sinonim dengan Hong Kong, di dalam dunia yang pesat membangun pada hari ini.
Pelbagai permainan menarik dari Green Team, Fluffy Cafe serta MH Blocks
Bagi mereka yang menyukai perkara-perkara halus dan berseni pula, Tea Lab mungkin merupakan jenama paling tepat untuk anda. Bersesuaian dengan namanya, ia membawa pengguna menerokai sebarang perkara mengenai teh. Pencinta teh akan mendapati bahawa proses membancuh secawan teh merupakan sesuatu yang menyeronokkan dengan menggunakan penyeduh dan akseseori membuat teh yang kreatif daripada jenama tersebut. Penceduk dan penyeduh teh yang unik merupakan kegemaran di kalangan penggemar teh.
Penggemar teknologi pula pasti akan menyukai rangkaian produk Hyone. Ia memasarkan rekaan yang pintar dan bergaya untuk semua acara, dengan fokus utamanya kepada gajet telefon mudah alih dan aksesori eklektronik. Kekunci, Chic Crystal Keys yang cantik dilekatkan pada telefon mudah alih dapat digunakan sebagai pemegang telefon dan Stand Firm Cup, pemegang cawan bebas tumpah telah menjadi item yang paling laris. Mini Selfie Stick dengan unit kawalan jauh Bluetooth amat berguna kepada personality-personaliti Instagram.
Cantik kan handbag dari silikon ni? Ini adalah antara produk dari DG Studio yang sangat menarik
Penggemar teknologi juga akan menyukai jenama Cardhoda, rangkaian kad pelindung dompet dan pemegang kad nama. Bekas aluminium menghalang pihak-pihak yang berniat jahat daripada membaca kandungan kad yang mengandungi cip untuk aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab.
SOAP Studio pula berkolaborasi dengan artis terkenal b.wing bagi melahirkan karakter-karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Woman dan Batman dalam produk-produk cenderamata dan item-item kolektor yang pasti akan memikat hati peminat-peminat adiwira.
Antara produk Konstar, Artiart, Green Team & Paris Garden
Bagi mereka yang tercari-cari helah-helah unik dalam barang-barang harian mereka, Kilovest menghasilkan pelbagai produk seperti jam, beg dan pemegang pasport, kesemuanya menggunakan bahan-bahan silikon yang tahan lasak dan bergaya.
Hoh juga berkongsi bahawa 2 pemilik jenama, Encik Adran Chong dari SOAP Studio dan Encik Steve Ng dari TINY akan berada di tapak TAGCC untuk bertemu peniaga dan pembeli serta berkongsi pandangan mengenai perjalanan mereka dalam industri ini, dari tercetusnya sebuah idea hinggalah merealisasikan produk dan pengkomersialan.
Produk-produk DG Studio boleh terus diperoleh di kedai-kedai berikut.
• Parkson Elite di Pavilion KL
• Parkson di 1 Utama Shopping Centre
• CM3 di Sunway Pyramid
• Times Bookstore di Pavilion KL
• Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
• Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang
#DGStudioHK #DGStudio
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cekgunorazimah.com/2019/06/hktdc-dg-studio-dari-hong-kong.html