Hitam Putih Masa Depan Sendiri Yang Menentukan
Salam dan Hai!
Tajuk artikel hari ini adalah dipetik dari bait-bait lirik lagu Hitam Putih Kehidupan dendangan Sheila Majid.
Ini adalah antara lagu kegemaran saya hehe!!
Lagu ini selalu berputar dalam minda saya, nak-nak lagi selepas murid-murid SPM dapat keputusan UPU baru-baru ini.
Selepas masing-masing mendapat keputusan UPU, maka sibuklah naik pemberitahuan dalam Whatsapp Group bekas pelajar SPM.
Deretan ucapan tahniah dari bekas guru-guru kepada anak murid. Alhamdulillah ramai yang berjaya menempatkan diri institusi dalam negara. Tahniah!
Namun begitu, ada juga yang senyap seribu bahasa. Mungkin tidak mendapat tawaran UPU, atau telah mendapat tempat di institusi tetapi tidak kena dengan selera. Hehe.
Lalu, adalah di antara mereka itu yang bertanya kepada saya secara peribadi dengan pelbagai soalan seperti:
"Cikgu, kalau ambil kursus ini, nanti nak kerja apa?""Kerjalah apa yang awak rasa sesuai"
"Cikgu, kalau saya nak jadi Polis, boleh ke ambil kursus ini?""Boleh"
"Cikgu, saya tak boleh buat keputusan, pada cikgu, mana satu lebih baik?""Saya tak boleh buat keputusan untuk awak, awak yang kena bertanggungjawab dengan keputusan awak"
"Cikgu, makcik saya kata, kalau ambil diploma nanti, susah nak dapat kerja""Makcik awak kerja apa?"
"Cikgu, kawan ayah saya, dia cikgu jugak, dia kata anak dia ambil kursus ini, lepas tu susah nak dapat kerja""Jadi, sekarang ni, anak dia kerja apa?"
Ini adalah antara soalan-soalan yang biasa saya terima bila UPU dah keluar. Seperti biasa, saya jawab semua soalan-soalan itu ya.
Pada saya, soalan senang ke dapat kerja dengan kursus ini, sangatlah subjektif. Susah saya nak jawab. Kalaulah saya ada mangkuk macam Pak Belalang, tentunya saya bagi jawapan yang sangat tepat! Hehe
Apapun, semua benda dalam kehidupan kita, pasti ada buruk dan baiknya. Tiada satu pun yang sangat terbaik yang tiada langsung cacat celanya.
Semakin meningkat usia saya, saya lebih terbuka dengan jalan dihadapan saya. Saya faham akan kerisauan anak murid-anak murid saya. Kebiasaannya, kita sudah diajar supaya tidak melakukan kesilapan. Tapi, sebenarnya tiada istilah kesilapan pun, yang ada ialah istilah pengajaran.
Bak kata mentor saya Dan Lok, jangan pernah menyesal dengan semua keputusan yang telah kita buat. Kita kena meraikan atau menerima "pengajaran" itu.
Perasaan takut nak buat silap itu akan mengekang kita untuk bergerak.
Kaku di situ.
Mati!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://akuseorangkaunselor.blogspot.com/2020/06/hitam-putih-masa-depan-sendiri-yang.html