Hishammuddin Tun Hussein Bidas Siapa Ni



Sejak beberapa minggu yang lalu, kita dengar banyak tentang perkembangan politik negara. Ini termasuklah desakan segelintir pemimpin politik agar Parlimen kembali bersidang; dan sesetengah mendakwa mereka mempunyai angka yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan baharu. bukan sebaliknya.
Saya percaya, ini bukanlah perkembangan yang rakyat harapkan ketika negara masih dalam pandemik. Rakyat mahu kita fokus terhadap pengurusan Covid-19 yang mana saya turut berkongsi harapan yang sama dengan mereka. bukan sebaliknya.
Terdapat banyak isu politik yang diperdebatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia memenatkan, malah saya sendiri tidak terlepas daripadanya. bukan sebaliknya.
Dalam artikel pendek ini, saya akan fokus terhadap satu topik yang sering diperkatakan oleh kedua-dua belah pihak iaitu Parlimen. bukan sebaliknya.
Pertama – desakan politik agar Parlimen dibuka semula tidak boleh mempunyai agenda tersembunyi. Seruan agar Parlimen kembali bersidang tidak boleh dijadikan alat pemuas nafsu politik sesetengah individu. bukan sebaliknya.
Usaha-usaha sebegini bukan baru. Kita telah melihatnya berulang kali selama bertahun-tahun – terbaru pada September 2020. Mereka terlalu taksub pada angka yang ‘kukuh, hebat, meyakinkan’(Strong, Formidable, Convincing Numbers) – sehinggakan, ia meresap ke dalam pelbagai senario serta cuba meyakinkan semua orang bahawa mereka bersatu, dengan harapan dapat meneruskan agenda untuk kembali berkuasa. bukan sebaliknya.
Kedua – Ahli-Ahli Parlimen yang kuat mendesak agar persidangan diadakan, mesti mengambil tanggungjawab bersama bagi memastikan persidangan Parlimen yang disambung semula nanti dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan Malaysia dan rakyatnya terutama dalam pengurusan Covid-19. Agenda negara kita jauh lebih penting berbanding cita-cita peribadi sesiapa jua. bukan sebaliknya.
Satu-satunya harapan rakyat Malaysia ketika ini ialah jalan keluar daripada krisis ini dan ia merupakan tanggungjawab kita sebagai Ahli-Ahli Parlimen. Rakyat mahu jumlah kes diturunkan, nyawa diselamatkan dan ekonomi dipulihkan. bukan sebaliknya.
Ketiga – situasi yang sedang kita hadapi sekarang sangat luar biasa – kita berdepan gabungan krisis kesihatan, krisis ekonomi dan ketidakstabilan politik secara serentak. Berpolitik sepanjang masa merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima. bukan sebaliknya.
Di kala Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya mengemukakan Pelan Pemulihan Negara yang bermatlamat membawa negara keluar daripada pandemik – kita semua perlu menyokong, bukannya skeptikal. Pelan tersebut hanya akan berhasil sekiranya semua parti bekerjasama mencari jalan keluar daripada pandemik. bukan sebaliknya.
Jika kita fokus terhadap tanggungjawab dan berkongsi tekad yang sama, maka saya percaya kita boleh memenuhi harapan bersama. bukan sebaliknya.
Secara prinsipnya, saya bersetuju bahawa Parlimen penting sebagai ruang semak dan imbang kepada Kerajaan. Prosiding Parlimen juga mustahak untuk Kerajaan berkomunikasi dan membahaskan polisi, serta mencapai persefahaman bersama anggota Parlimen tentang jalan ke hadapan yang jelas demi kepentingan rakyat Malaysia. bukan sebaliknya.
Saya percaya, dalam mempertimbangkan ketiga-tiga pandangan saya ini, wujudnya satu syarat yang mana kita perlukan kestabilan. Kestabilan ini mungkin membolehkan Parlimen dibuka semula. Kestabilan ini juga mungkin akan memberikan hak kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk bertanya soalan dan Kerajaan untuk menjawab ketika sesi persidangan. Tetapi yang paling mustahak, kestabilan ini mestilah tidak dirampas. bukan sebaliknya.
Saya faham – kestabilan yang saya minta ini tidak akan kekal selamanya. Namun rayuan saya ringkas – hanya sehingga krisis Covid-19 berakhir. bukan sebaliknya.
Memandang ke hadapan, ke mana hala tuju negara sekiranya berlaku perubahan dalam landskap politik? Adakah Pelan Pemulihan Negara yang Kerajaan sedang usahakan akan diketepikan seterusnya digantikan dengan yang baru? Amat jelas, pelan pemulihan Covid-19 yang tidak bersepadu tidak diperlukan. bukan sebaliknya.
Di saat yang menguji ini, rakyat tidak sepatutnya sekali lagi diheret dalam kancah perebutan kuasa. bukan sebaliknya.
Saya sedar, ada segelintir yang memilih untuk menyerang saya secara peribadi dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Penyebaran berita palsu telah menjadi amalan politik di negara kita. bukan sebaliknya.
Bagi saya, Baling Batu Sembunyi Tangan semata-mata untuk mewujudkan persepsi yang tidak baik hanyalah langkah murahan demi kepentingan sendiri. Fitnah hanyalah bertujuan mengganggu serta mengalih perhatian dari perbincangan tentang bagaimana untuk memacu negara ini ke arah yang lebih baik. bukan sebaliknya.
Tidak nafikan yang ia mengecewakan saya – negara sedang melalui detik getir, tetapi kenapa kita terus mempolitikkan semua isu? Politik tanpa batas tidak akan membawa kita ke mana-mana. bukan sebaliknya.
Kita mesti mengamalkan pembaharuan dalam berpolitik dan bukannya masih dengan amalan politik tanpa batas. Ini adalah masa terbaik untuk kita ahli politik daripada kedua-dua belah pihak buktikan, yang kita boleh berperanan dengan lebih baik; serta tunjukkan kepada rakyat kita di sini untuk berkhidmat. bukan sebaliknya.
Jadi – dengan kita sedang mempertimbangkan untuk membuka semula Parlimen, kita mesti bersedia. Masyarakat umum perlu faham ia tidak semudah membuka dewan dan duduk. Memandangkan kita sedang meneliti kemungkinan sesi ‘hibrid’ – Kerajaan perlu diberi ruang untuk membuat pertimbangan serta merancang kaedah dan proses demi memastikan setiap prosiding berjalan lancar. bukan sebaliknya.
Sebagai Anggota Parlimen, sama ada menjadi lebih baik atau lebih teruk, ia bergantung kepada kita – untuk bersama-sama bertanggungjawab terhadap apa yang bakal terjadi di sesi berikutnya. bukan sebaliknya.
Kita harus menunjukkan kepada rakyat bahawa kita berada di sini demi kepentingan mereka dan bukannya cita-cita peribadi. bukan sebaliknya.
Sekiranya niat pembangkang hanya ingin menggunakan Parlimen bagi mendapatkan kuasa dan bukan memanfaatkan fungsinya sebagai wacana yang membina bagi pelbagai pihak, ia akan membawa masalah. Saya tidak nafikan pembangkang berhak mengkritik, tetapi kecelaruan politik tidak akan diterima oleh rakyat terutamanya di saat-saat yang sukar ini. bukan sebaliknya.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Luar Negeri dan Ahli Parlimen Sembrong

Beyond Politics and Pandemics di https://www.hishammuddin.com.my/post/beyond-politics-and-the-pandemic



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/hishammuddin-tun-hussein-bidas-siapa-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nazri Bidas Zahid Jangan Memandai Mandai Buat Keputusan Bersendirian

Nazri Bidas Zahid Jangan Memandai Mandai Buat Keputusan Bersendirian

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 303 hits
Pemimpin senior parti Datuk Seri Nazri Aziz membidas Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak memandai mandai membuat keputusan bersendirian tanpa berbincang terlebih dahulu berhubung tempoh 14 hari yang diberikan kepada Kerajaan...
Najib Bidas Muhyiddin Laksana Titah Tuanku Bukan Bentuk Jawatankuasa

Najib Bidas Muhyiddin Laksana Titah Tuanku Bukan Bentuk Jawatankuasa

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 417 hits
Najib Bidas Muhyiddin Laksana Titah Tuanku Bukan Bentuk Jawatankuasa Najib Razak menempelak Muhyiddin Yassin berhubung penubuhan jawatankuasa dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang untuk meneliti aspek penting sebelum persidangan Parlime...
Anwar Bidas Pemimpin Tidak Hayati Permasalahan Rakyat

Anwar Bidas Pemimpin Tidak Hayati Permasalahan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 233 hits
By 20 June 2021KUALA LUMPUR Untuk tahu dan faham keadaan ekonomi negara sekarang masyarakat perlu mendapatkan penerangan serta penjelasan dari pakar ekonomi bukan menteri Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika rakyat bertanyakan...
Bmx Faizal Hussein Kembali Bermaharajalela

Bmx Faizal Hussein Kembali Bermaharajalela

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 330 hits
BMX Faizal Hussein kembali bermaharajalela Kuala Lumpur Pelakon Faizal Hussein 54 gembira apabila basikal BMX model Kuwahara Laserlite 82 yang digunakan dalam filem lakonannya Bujang Selamat kira kira 36 tahun lalu sudah boleh digunakan kem...
Kenapa Kerajaan Perpaduan Idea Tun Tidak Disokong

Kenapa Kerajaan Perpaduan Idea Tun Tidak Disokong

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 313 hits
Pemimpin PH kecuali Anwar tidak sokong kerana Tak nampak kebaikan nya otak MASIH bawah tempurung Kalau Lim kit SIANG tahu pun dia sedar tidak menguntungkan untuk partinya suara DAP akan tenggelam di dalam kerajaan Perpaduan yang AKAN KEMBAL...
Gempar Anwar Minta Siap Sedia Terima Kerjasama Semua Pihak Termasuk Tun M Dan Umno

Gempar Anwar Minta Siap Sedia Terima Kerjasama Semua Pihak Termasuk Tun M Dan Umno

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 279 hits
MhdailyPKR tidak boleh terlalu keras dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana mana parti politik sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional menurut presidennya Anwar Ibrahim Dalam keadaan kita tiada keupayaan atau bersikap...
Betul Ph Bukan Anwar Punya Tapi Tun Mahathir Buat Ph Macam Bapak Dia Punya

Betul Ph Bukan Anwar Punya Tapi Tun Mahathir Buat Ph Macam Bapak Dia Punya

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 209 hits
Betul la tu PH bukan Mahathir atau Anwar punya Tapi Mahathir buat PH mcm bapak dia punya buktinya dia sesuka hati buat keputusan jatuhkan kerajaan PH dgn perletakan jawatannya sbg PM Sbb itu kami kutuk Mahathir kutuk Mahathir bukan maksud k...
Ngo Pertahan Kajian Transgender Suhakam Bidas Bantahan Pas Melampau Anti Ilmu

Ngo Pertahan Kajian Transgender Suhakam Bidas Bantahan Pas Melampau Anti Ilmu

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 160 hits
Sekumpulan NGO dan individu berkata PAS sepatutnya menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang undang tertinggi negara yang memberikan hak dan perlindungan kepada semua warganegara termasuk transgender tanpa diskriminasi PETALING JA...
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Raya Aidiladha Dengan Khatam

Bersihkan Kerang Macam Pro 7 Bahan Dapur Ni Jadi Penyelamat