Hishammuddin Bakal Ambil Alih Kepimpinan Umno


mykmu.net
January 25, 2021


MENTERI Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memang kelihatan tidak banyak bercakap soal parti yang beliau masih menjadi ahli iaitu UMNO.

Melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden, dan tidak bertanding apa-apa jawatan pada pemilihan UMNO yang lalu, pada satu ketika Ahli Parlimen Sembrong itu dilihat mahu mengorak langkah menyeberang ke PKR.

Selepas itu, beliau dikatakan akan menyertai Bersatu kerana kebetulan dilantik sebagai menteri dalam kerajaan pimpinan Bersatu diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiap kali khabar angin seperti bertiup Hishammuddin tampil menjelaskan bahawa beliau akan tetap kekal dengan UMNO.

Namun kebelakangan ini beliau mula menyuarakan pandangan tentang UMNO. Pada 6 Januari lalu, Ketua Bahagian UMNO bahagian Sembrong itu melontarkan pertanyaan kepada pucuk pimpinan parti mengenai apa sebenarnya hala tuju dan kemahuan parti itu susulan polemik politik terbaru yang timbul kebelakangan ini.

Pada beliau dalam membentuk kerjasama politik, UMNO harus mempunyai hala tuju, objektif dan sebab yang jelas dalam merancang jalan ke hadapan parti.

Katanya, apa juga pertimbangan yang dibuat tidak boleh bersandarkan emosi dan kesan jangka pendek. Keputusan yang bakal dibuat parti akan menentukan jatuh bangunnya UMNO dan bakal memberi kesan kepada nilai dan asas perjuangan serta kedudukan parti dalam pilihan raya yang akan datang.

Adakah ini menunjukkan bahawa Hishammuddin sudah berani untuk menetapkan hala tuju parti yang membawa UMNO kepada satu arah yang baharu.

Ramai tahu dan bukan lagi rahsia bahawa UMNO kini berpecah kepada sekurang-kurangnya tiga kumpulan.

Iaitu kumpulan yang berada dalam kerajaan bersama Bersatu, kumpulan yang menentang kerjasama dengan Bersatu dan kumpulan atas pagar.

Dikatakan bahawa Hishammuddin kini sudah bersedia untuk memimpin kumpulan yang kini berada dalam kerajaan bersama Bersatu untuk memimpin UMNO ke level seterusnya sebagai persediaannya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ada angin-angin bertiup mengatakan bekas Naib Presiden UMNO itu akan bertanding kerusi presiden pada pemilihan akan datang. Jika itu menjadi kenyataan ia bukan satu masalah kerana UMNO kini berada di peringkat paling lemah dalam sejarah kewujudannya.

Apabila parti lemah ia sudah tentu menuntut perubahan pucuk pimpinan dan salah seorang yang dikatakan akan mencabar kedudukan itu ialah Hishammuddin.

Persoalannya ialah siapa yang bakal menjadi gandingan beliau?

Sudah tentulah mereka yang berada dalam kerajaan sekarang dan yang berada dalam senarai teratas ialah Datuk Seri Ismail, Sabri Yaakob, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Annuar Musa.

Adakah nama-nama ini bakal membentuk gandingan baharu untuk memimpin UMNO dengan diketuai Hishammuddin? Kenapa tidak? Ini bukan sesuatu yang mustahil. Dalam keadaan lemau sekarang UMNO sudah tentu memerlukan gandingan kepimimpinan yang baharu.

Mungkin Hishammuddin adalah jawapannya. 
– SM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/hishammuddin-bakal-ambil-alih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
33 Posting Sehingga Kini Lagi Berita Menyusul Umno Pas Ppbm Bakal Quyub Dengar Betul Betul

33 Posting Sehingga Kini Lagi Berita Menyusul Umno Pas Ppbm Bakal Quyub Dengar Betul Betul

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 276 hits
SILA TEKAN UNTUK MEMBACA BERITA AWAL SOKONGAN ANDA AMAT DI HARGAI TERIMA KASIH KERANA MELAWAT WRLR
Siapa Bakal Lawan Zahid Hamidi Apakah Perebutan Presiden Umno Kali Ini Antara Kluster No Bersatu Dengan Pro Bersatu

Siapa Bakal Lawan Zahid Hamidi Apakah Perebutan Presiden Umno Kali Ini Antara Kluster No Bersatu Dengan Pro Bersatu

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 395 hits
Walaupun setelah Zahid Hamidi baru baru ini memberi jaminan bahawa pemilihan UMNO akan tetap diadakan pada tahun ini sebagaimana dijadualkan mengapa masih ada yang mendesaknya agar berundur Mengapa mereka tidak mahu menunggu pemilihan UMNO ...
Zahid Boleh Berehat Serahkan Kepimpinan Parti Kepada Mohamad Hasan Kata Pemuda Umno

Zahid Boleh Berehat Serahkan Kepimpinan Parti Kepada Mohamad Hasan Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 282 hits
Pemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang Ia juga dibuat ...
Gempar Zahid Bakal Disingkir Kumpulan Pro Bersatu Dalam Umno

Gempar Zahid Bakal Disingkir Kumpulan Pro Bersatu Dalam Umno

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 230 hits
Beberapa tokoh besar dalam Umno cuba menarik anggota Majlis Kerja Tertinggi parti itu supaya menyokong PPBM parti yang pernah dianggap tidak penting dan ditentang oleh ahli akar umbinya Menurut seorang anggota Majlis Tertinggi Umno yang dih...
Amaran Umno Bakal Dilenyapkan

Amaran Umno Bakal Dilenyapkan

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 215 hits
ZUS DINKalau UMNO diharamkan itu salah mereka sendiri Kita dah lama bagi amaran tapi mereka masih sokong Abah Kau dan PN tak berani tarik sokongan JIKA itu berlaku aku hanya boleh ucap PADAN MUKA hangpa
Panas Umno Bakal Bubar 25 Januari

Panas Umno Bakal Bubar 25 Januari

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 384 hits
Isnin 25hb Januari ini Mahkamah Persekutuan dijadualkan memutuskan samada permohonan 16 orang bekas ahli UMNO supaya UMNO dibubarkan diterima atau tidak melainkan berlaku perubahan dalam penjadualan pada saat terakhir disebabkan Perintah Ka...
Tuduhan Annuar Musa Umno Derhaka Pada Ydpa Melampaui Batas

Tuduhan Annuar Musa Umno Derhaka Pada Ydpa Melampaui Batas

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 244 hits
Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di Pertuan Agong Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno Annuar menolak diadakan sidang khas parlimen Annuar boleh puji melangit PPBM Itu hak dia Tetapi jangan terga...
Pemimpin Perlu Faham Isyarat Ahli Segerakan Pemilihan Umno Usah Beri Alasan Lagi

Pemimpin Perlu Faham Isyarat Ahli Segerakan Pemilihan Umno Usah Beri Alasan Lagi

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 203 hits
Beri peluang akar umbi tentukan pemimpin hala tuju parti KUALA LUMPUR Perbalahan antara sesama pimpinan UMNO dilihat boleh melemahkan parti itu dan jalan terbaik untuk selesikannya adalah melalui pemilihan UMNO Itu pandangan bekas Menteri B...
Some Leaders Trying To Privatise Umno Claims Annuar

Some Leaders Trying To Privatise Umno Claims Annuar

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 202 hits
Annuar Musa laments the lack of action against some Umno leaders PETALING JAYA Former Barisan Nasional secretary general Annuar Musa has continued his criticism against some of his party colleagues now claiming there are some Umno leaders w...
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan