Rakyat Malaysia Akan Mala Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown
Ayam Goreng Mala terbaharu Marrybrown menjanjikan pengalaman berapi!
Sape suka Ayam Goreng? Kebanyakan Rakyat Malaysia ni mesti suka kan? Eyza ni boleh dikatakan peminat tegar Ayam Goreng Marrybrown. Tambah-tambah bila Marrybrown baru je buka cawangan terbaru diaorang dekat je dengan area rumah. Bertambah-tambah senang la Eyza nak beli Ayam Goreng kegemaran. Ok, jangan cakap bab diet bila ada Ayam goreng Marrybrown ni. Hihihi
Ni ada 1 lagi berita yang best untuk penggemar Ayam Goreng Marrybrown. Siap sedia warga Malaysia untuk letupan rasa yang mengejutkan! Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown kini memperkenalkan menu terbaharu mereka yang bakal memikat citarasa anda: MB Mala Fried Chicken! Bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020, menu terbaharu Marrybrown ini menjamin kepuasan terutama kepada penggemar rasa pedas
Berpegang pada motto, “something different”, hidangan terbaharu Marrybrown merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas buat pengalaman gastronomi yang luar biasa! Peminat Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam gorengMALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau!
Menurut Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, inspirasi utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya dari minat dan rasa cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil mengikuti trend ledakan Mala.
"Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan - ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian, rakyat Malaysia sentiasa memerlukan rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan! Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua,” kata Dato’ Joshua.
“Ketika mencipta menu ini, kami di Marrybrown berusaha untuk memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain untuk citarasa yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak terlalu kuat.”
Rakyat Malaysia boleh menikmati MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas di Marrybrown bukan hanya dengan satu tetapi empat hidangan berbeza! Peminat ayam goreng pedas mempunyai dua pilihan kombo iaitu Ayam Goreng 2-pc atau Ayam Goreng 3-pc – kedua-dua kombo dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad.
Bagi yang inginkan kepedasan sederhana, ada juga pilihan yang sesuai untuk mereka nikmati iaitu Kombo Bubur Ayam MALA dimana sesuap bubur dapat menghilangkan rasa bisa kepedasan Ayam Goreng Mala – walaupun begitu, kelazatan Mala tetap dapat dirasakan!
Bagi mereka yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala sepenuhnya, pilihan keempat, Mala Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad, dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai. Set kombo ini juga dihidangkan bersama kentang goreng Mala yang unik.
Harga bermula dari RM14.60 dan ke atas, setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola yang menyegarkan untuk mengatasi kehangatan!
“Selama bertahun perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyajikan pelbagai hidangan yang memikat hati peminat. Tujuan utama yang tidak pernah berubah adalah untuk terus berusaha dalam menyediakan hidangan terbaik kepada para peminat MB serta sentiasa mencipta sesuatu yang berbeza dan melazatkan seperti MB Mala Fried Chicken yang terbaharu ini,” kata Dato 'Joshua.
Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna - di kedai mahupun di rumah!
Serius weh Ayam Mala-tup ni betul-betul Meletop! Pedas tapi sedap. Tambah-tambah bila kita gabungkan dengan Bubur Ayam Marrybrown, bertambah-tambah meletop wei. Rugi kalau korang tak try Menu ni. Eyza tengah taip ni pun dok terasa lagi kesedapan dan kepedasan Ayam Mala-top bergabung dengan Bubur. Yummy.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Twitter: MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eyzamiel.com/2020/10/rakyat-malaysia-akan-mala-tup-dengan.html