Himpunan Templat Pelaporan Pbd Gabung Kegunaan Guru Kelas
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Himpunan Templat Pelaporan PBD Gabung Kegunaan Guru Kelas. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM telah memuat naik Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk kegunaan Guru Kelas. Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun templat ini pada ruangan muat turun yang telah admin sediakan di bawah.
Templat Pelaporan Gabungan ini adalah khusus untuk kegunaan guru kelas atau guru tingkatan bagi pelaporan Tahap Penguasaan (TP) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang baru dikeluarkan pada tahun 2018.
Templat ini mengandungi semua mata pelajaran yang diambil oleh murid dalam sesuatu kelas atau tingkatan. Ia membantu guru kelas dalam membuat pelaporan kepada semua pihak yang berkepentingan seperti pentadbir, ibu bapa, PPD dan juga JPN apabila diperlukan.
Selain itu templat gabungan ini membantu memudahkan pengurusan rekod perkembangan pembelajaran murid dengan hanya satu pelaporan mewakili semua mata pelajaran. Sehubungan itu juga memberi kemudahan untuk proses cetakan dan tidak membebankan pihak sekolah dengan membantu dari segi penjimatan kos kertas dan sebagainya.
SETAKAT INI (3 MAC 2019), Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung bagi sekolah rendah hanya tersedia untuk kegunaan guru kelas Tahun 1 dan 2 manakala bagi sekolah menengah hanya tersedia untuk kegunaan guru kelas Tingkatan 1 dan 2.
Setakat ini juga, templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung bagi Tahun 3 (KSSR Semakan) dan Tingkatan 3 (KSSM) BELUM DISEDIAKAN oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. Sekiranya templat ini sudah tersedia, admin akan maklumkan kepada anda semua dari semasa ke semasa.
Dapatkan “Himpunan Templat Pelaporan PBD Gabung Kegunaan Guru Kelas” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘XLXS’
Download : Himpunan Templat Pelaporan PBD Gabung Kegunaan Guru Kelas
SEKOLAH RENDAH
Tahun 1
Tahun 2
SEKOLAH MENENGAH
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum
Penutup
Semoga perkongsian Himpunan Templat Pelaporan PBD Gabung Kegunaan Guru Kelas ini berguna khususnya kepada guru kelas dalam menyediakan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Teruskan menyokong kami dengan menyertai Channel Telegram kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan dunia pendidikan dari semasa ke semasa.
Himpunan Templat Pelaporan PBD Gabung Kegunaan Guru Kelas
Mohd Suhaimin Isnen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2019/03/himpunan-templat-pelaporan-pbd-gabung-kegunaan-guru-kelas.html