Sikap Yang Perlu Dijauhi Oleh Guru
Sikap yang berulang-ulang ini menunjukkan ia bukanlah disebabkan situasi tertentu yang menyebabkan kita lewat. Tetapi ia sikap yang disengajakan. Sikap yang tidak baik ini sebenarnya telah menyebabkan orang lain rasa tertekan dan dizalimi.
Misalnya, dalam program tertentu, di mana kita terlibat dalam AJK makanan. Semasa program berjalan, kita tidak membantu apa yang sepatutnya. Jika membantu sekalipun, hanya cincai sahaja. Kemudiannya, kita menghilangkan diri tanpa segan silu. Kesan akhirnya, jumlah AJK semakin kecil dan beban kerja semakin membesar.
Misalnya kita diberi jawatan menyusun jadual. Rakan-rakan baik kita diberi kelas depan atau tidak diberi kelas langsung. Manakala orang lain kita mengagihnya mengikut sesedap rasa kita tanpa kita membuat penilaian yang seadilnya. Kesannya, beban kerja orang lain semakin bertambah dan emosi jadi terganggu.
Namun jika kita ini sepanjang masa berkira dengan tugas, sehingga sanggup berjumpa dengan pihak atasan untuk mengelak tugas tersebut, akhirnya kita sedang bertindak menambah beban ke atas guru lain.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |