Himpunan Poster Mewarna Bulan Ramadhan
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Himpunan Poster Mewarna Bulan Ramadhan ini menghimpunkan koleksi poster mewarna yang berkonsepkan bulan Ramadhan sempena menyambut kedatangan bulan yang mulia ini.
Poster ini bersesuaian untuk digunakan oleh para guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran sebagai latihan tambahan ataupun sebagai aktiviti sampingan yang sesuai diberikan kepada murid-murid prasekolah dan tahap rendah.
Berikut merupakan gambaran bagi setiap poster mewarna yang disediakan:
Poster Mewarna Ramadhan (Amalan Berbuka Puasa bersama keluarga)
Poster Mewarna Ramadhan (Memperbanyakkan membaca Al-Quran)
Poster Mewarna Ramadhan (Imarahkan Masjid bersama Keluarga dalam situasi Pandemik)
Poster Mewarna Ramadhan (Solat Terawih Berjemaah di Surau atau Masjid)
Poster Mewarna Ramadhan (Bazaar Ramadhan)
Poster Mewarna Ramadhan (Bersahur amalan sunnah)
Poster Mewarna Ramadhan (Mengimarahkan Masjid atau Surau)
Poster Mewarna Ramadhan (Menghidupkan malam ramadhan bersama keluarga)
Poster Mewarna Ramadhan (Ucapan Berpuasa)
Poster Mewarna Ramadhan (Solat Terawih bersama keluarga)
Poster mewarna diatas berkonsepkan kepada amalan-amalan sunnah yang boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat sepanjang bulan ramadhan. Kita perlulah memanfaatkan peluang yang ada untuk meraih fadilat yang telah disediakan di dalam bulan yang mulia ini.
Amalan Sunnah di Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah antara bulan yang selalu dinanti-nantikan oleh umat islam. Hal ini kerana dalam bulan ini, terdapat pelbagai manfaat dan fadilat yang boleh diperolehi oleh umat islam jika melakukan amalan-amalan sunnah. Antara amalan sunnah yang boleh dilaksanakan oleh umat islam semasa bulan Ramadhan adalah:
Bersahur. Walaupun sahur adalah salah satu perkara yang dianggap remeh oleh golongan muda kerana mereka perlu bangun sekitar jam 5 pagi, namun bersahur adalah suatu amalan yang amat dituntukt dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Bersahurlah kalian, kerana di dalam sahur itu terdapat keberkatannya.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Memperbanyakkan doa. Menurut sumber daripada Mufti Wilayah Persekutuan, doa orang yang sedang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah. Hal ini kerana, orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah. Menurut Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesunggahnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak.” (Hadis Riwayat Ibn Majah). Jadi, umat islam perlulah merebut peluang sepanjang bulan Ramadhan terutamanya 10 malam terakhir Ramadhan.
Bersedekah atau memberi makan orang berbuka. Seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW, baginda dikenali sebagai orang yang pemurah dan baginda menjadi lebih pemurah apabila tibanya bulan Ramadhan. “Barangsiapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (Hadis Riwayat Nasa’i dan Tirmidzi).
Menyegerakan berbuka. Amalan sunnah ini adalah antara amalan sunnah yang paling mudah untuk dilakukan oleh semua golongan. Seperti sabda Baginda melalui sebuah hadis: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Menurut riwayat, Rasulullah akan berbuka puasa dengan beberapa butir kurma muda (kurma basah) sebelum melaksanakan solat maghrib. Jika tidak menemukan kurma muda, Baginda akan berbuka dengan beberapa butir kurma kering ataupun dengan beberapa teguk air.
Saling Mengingatkan kepada kebaikan. Di dalam bulan ramadhan, bukan sahaja menahan lapar bahkan perlu mengawal nafsu daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Dengan adanya media sosial pada ketika ini, kita perlulah menjaga kata-kata walaupun dengan hanya menaip di ruangan media sosial.
Menahan Marah. Selain daripada mengawal nafsu, puasa juga mengajar kita untuk menahan kemarahan dan mengawal emosi. Orang yang berpuasa haruslah sentiasa bersabar dengan menjaga emosi dan menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.
Menghidupkan 2/3 malam. Di dalam bulan ramadhan, terdapat satu malam yang disembunyikan Allah tetapi segala amalan akan dilipatgandakan pahalanya sebanyak 1000 bulan. Malam ini lah yang dinamakan sebagai malam Lailatur Qadar. Jika di awal bulan Ramadhan kita sukar untuk bangun malam dan beriktikaf, jadikan malam terakhir ramadhan sebagai pemangkin untuk memperbanyakkan amalan di malam hari.
Dapatkan “Poster Mewarna Bulan Ramadhan” di sini
Di sini kami menyediakan pautan-pautan kepada poster mewarna di atas. Para guru boleh menggunakan poster ini sebagai aktiviti tambahan kepada murid-murid dan pada masa yang sama, ianya dapat menaikkan semangat dalam diri murid-murid untuk menyambut ketibaan bulan ramadhan tidak lama lagi.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Poster Mewarna Ramadhan (Amalan Berbuka Puasa Bersama Keluarga)
Aktiviti Mewarna Sempena Ramadhan (Amalan Membaca Al-Quran)
Mewarna Poster Ramadhan (Menyambut Ramadhan di dalam situasi Pandemik)
Poster Mewarna bersempena bulan puasa (Solat terawih berjemaah di masjid atau surau)
Mewarna Poster Bulan Puasa (Bazaar Ramadhan)
Aktiviti Mewarna (Bersahur amalan sunnah)
Poster Mewarna Ramadhan (Mengimarahkan masjid atau surau)
Mewarna Poster Bulan Puasa (Mengimarahkan malam ramadhan bersama keluarga)
Poster Ucapan Salam Ramadhan
Aktiviti Mewarna (Solat Terawih bersama Keluarga)
Diharapkan agar perkongsian berkenaan dengan himpunan poster mewarna bersempena dengan bulan ramadhan ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru mahupun ibu bapa.
Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan latihan prasekolah serta latihan bagi murid tahun 1. Seperti:
Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sekolah
Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1: Unit: At School
Untuk mendapatkan informasi terkini serta koleksi bahan-bahan pendidikan yang lain, sila layari laman web rasmi Sistem guru Online.
Himpunan Poster Mewarna Bulan Ramadhan
Dzanifah Nadia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/04/himpunan-poster-mewarna-bulan-ramadhan.html