Anak Umur 12 Bulan Belum Berdiri 18 Bulan Belum Berjalan Anda Wajib Risau


Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Menurut perkongsian dari portal MyHEALTH Malaysia, secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan.
Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.
Baca: Ceriakan Diri Waktu Hamil, Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan Jika Ibu Murung
Kredit: Freepik Perkembangan Awal Kanak-kanak
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
Kawalan kepala – umur 3 bulan
Kaki memijak – umur 4 bulan
Meniarap – umur 6 bulan
Duduk tanpa bantuan – umur 9 bulan
Berdiri tanpa sokongan – umur 12 bulan
Kredit: Freepik Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
Faktor keluarga atau keturunan: Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
Kredit: Freepik Kelahiran pra matang: Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
Kredit: Freepik Cerebral palsy:
Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
Kredit: Freepik Lewat perkembangan secara umum (global):
Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
Masalah otot:
Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Bilakah anak saya perlu dibawa untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Kredit: Freepik Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.
Artikel menarik: Sedapnya Aiskrim Homemade Coklat Beryl’s Ni, Manis-Manis Berlemak, Sekali Makan Nak Lagi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Umur 12 Bulan Belum Berdiri,18 Bulan Belum Berjalan? Anda Wajib RISAU! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anak-umur-12-bulan-belum-berdiri18-bulan-belum-berjalan-anda-wajib-risau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu Dan Ayah Meninggal Dunia

Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu Dan Ayah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 340 hits
Apakah yang patut anda lakukan semasa hidup supaya harta pusaka anda tidak memberi masalah kepada ahli keluarga kemudian hari Antara soalan yang orang suka tanya apakah hukum faraid apabila ibu dan ayah meninggal dunia Ibu ayah anda masih h...
Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dihukum Penjara 29 Bulan

Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dihukum Penjara 29 Bulan

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 482 hits
dua anak pengadu trauma selepas melihat di hadapan mata mereka sendiri tertuduh yang juga merupakan jiran mereka memenggal kepala kucing peliharaan jiran itu menggunakan parang Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dih...
Ani Maiyuni Risau Wujud Akaun Instagram Palsu Anak Darjah 6

Ani Maiyuni Risau Wujud Akaun Instagram Palsu Anak Darjah 6

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 432 hits
Siapa tak geram bila ada orang yang ambil kesempatan ke atas diri kita atau orang yang kita sayang Ini berlaku kepada pelakon dan penyanyi dangdut Ani Maiyuni yang mendapati ada pihak buat akaun Instagram dengan nama anaknya Ani Maiyuni yan...
Tak Boleh Berebut Kalau Berebut Kita Balik Wujudkan Peraturan Jika Bawa Anak Berjalan

Tak Boleh Berebut Kalau Berebut Kita Balik Wujudkan Peraturan Jika Bawa Anak Berjalan

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 284 hits
Semestinya bercuti merupakan aktiviti yang amat disukai oleh kanak kanak Mana tidaknya inilah masa untuk mereka bersuka ria Lazimnya percutian pendek seperti satu hari dua malam atau dua hari tiga malam merupakan kelaziman buat mereka yang ...
Musim Sekarang Anak Demam Kena Risau Bukannya Bagi Ubat Dah Baik Kita Lega

Musim Sekarang Anak Demam Kena Risau Bukannya Bagi Ubat Dah Baik Kita Lega

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 435 hits
Saya tak bawa hospital lebih awal sebab dia dah tak demam Ingat dah ok tapi tu lah semakin teruk Ini yang selalu ibu bapa terlepas pandang Bila nampak anak ok terus kita anggap anak sihat Sedangkan mungkin boleh berlaku sebaliknya Menurut w...
Usia Isaac Raees Hampir 3 Bulan Zahirah Aiman Bawa Anak Pulang Ke Malaysia

Usia Isaac Raees Hampir 3 Bulan Zahirah Aiman Bawa Anak Pulang Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 396 hits
Selepas lima bulan berada di Perth Australia bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza kini bakal pulang ke Malaysia Menerusi Astro Gempak Zahirah memaklumkan perkara itu dan khabarny...
Tega Ayah Hajar Anak Masih 7 Bulan Gara Gara Terus Menangis

Tega Ayah Hajar Anak Masih 7 Bulan Gara Gara Terus Menangis

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 257 hits
Bayi malang itu disiksa ayahnya di rumahnya di kawasan Cilangkap Tapos Namun oleh ibu bayi baru dilaporkan pada Minggu Dari penuturan ibu korban diketahui bahwa bayi tersebut mengalami luka di wajah
Cikgu Nikah Dengan Anak Murid Sendiri Kenal Time Suami Tingkatan 3 Tak Sangka Jarak Umur Mereka

Cikgu Nikah Dengan Anak Murid Sendiri Kenal Time Suami Tingkatan 3 Tak Sangka Jarak Umur Mereka

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 464 hits
Aj4l rezeki dan jodoh sememangnya perkara yang menjadi rahsia Allah S W T Antara yang kerap menjadi penantian setiap manusia adalah waktu diberikan jodoh yang tepat bagi melayari kehidupan sebagai suami isteri hingga ke akhir hayat Hal ini ...
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025