Hilltop Cuisine Kota Warisan Port Makan Baru Di Sepang Pakej Sunset View
Kawan-kawan, nak tahu tak ada port makan baru atas bukit yang cantik di Sepang. Siap sekali dapat pakej sunset view yang cantik. Nama tempat tu Hilltop Cuisine Kota Warisan
Kalau kau orang bosan tak ada aktiviti hujung minggu bolehlah ajak family atau kawan-kawan makan di Hilltop Cuisine Kota Warisan, Sepang. Nak makan pada hari biasa pun boleh. Katanya hidden gems di Sepang.
Tak pasti lah pulak dah berapa lama beroperasi. Yang pastinya permandangan hilltop/puncak bukittu memang awesome! Sambil makan sambil menikmati keindahan ciptaan Allah tersangatlahlah nikmatnya.
Credit : Hilltop Cuisine Kota Warisan
Ada rezeki dan datang tempat pada masanya, dapatlah enjoy sunset view tu. Kalau tak dapat enjoy sunset view boleh enjoy udara segar disertai dengan angin sepoi sepoi bahasa atas bukit waktu petang-petang
Tak sempat datang petang, dinner pun menarik juga atas bukit ni kan. Tempat makan yang permandangannya mahal tapi boleh dapat secara percuma. Tak percuma lah, tetap kena makan kat situ. Ke boleh je datang enjoy tengok view? Entah lah ye
Ada sesiapa boleh clarify ke? atau ada yang dah pergi bolehlah kongsikan pengalaman kau orang dalam kotak komen di bawah entry ni. Siapa je yang tak suka datang tempat macam ni. Haruslah semua orang pun suka
Tambah lagi tengok hidangan menu dia nampak menyelerakan. Harga dan Kesedapan tu kau orang kena pergi dan nilaikan sendiri lah. Fiza tak pernah pergi tak boleh nak sembang lebih. Just nak share tempat makan yang menarik.
Kalau nak kelainan sikit boleh lah makan kat sini. Buat surprise candle light dinner acah acah romantik pun menarik juga kan. Birthday party ke nak celebrate event ala garden ke pun nice sangat. Bolehlah difikir-fikirkan dan book sesiap.
Boleh juga letak dalam list tempat menarik untuk photoshoot kahwin ke, pre wedding ke dan lain-lain. Nampak ada juga yang kongsikan gambar photoshoot kahwin kat sini. Macam cantik pulak. Yang berdekatan tu bolehlah cuba datang dan rasakan pengalaman makan di Hilltop Cuisine Kota Warisan Sepang ni.
Yang jauh, kalau terrr lalu Sepang boleh juga singgah kejap di sini. Kalau rasa tempat ni menarik pada kau orang lah.
Hilltop Cuisine Kota Warisan
Cosy · Casual · Good for kids
Address: Hilltop cuisine, Persiaran Warisan, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
Hours: Closed ⋅ Opens 4PM
Phone: 013-778 9244
Hours or services may differ
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/07/hilltop-cuisine-kota-warisan-port-makan.html