Kes Aktif Covid 19 Hampir Cecah 100 Orang Kluster Baru Di Sarawak

 Pesakit Covid-19 diberikan rawatan.  Home/Nasional/Kes aktif Covid-19 hampir cecah 100 orang, kluster baru di SarawakNasionalKes aktif Covid-19 hampir cecah 100 orang, kluster baru di Sarawak KHAIRULANUAR YAHAYA

Pesakit Covid-19 diberikan rawatan.KES aktif dan kebolehjangkitan Covid-19 terus meningkat dengan  sembilan kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan keseluruhan kes  adalah seramai 96 orang.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), empat kes baharu  merupakan kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara. Ia  melibatkan tiga orang warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara  yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.
Empat kes import tersebut adalah mereka yang pulang dari Indonesia (2), Singapura (1) dan Pakistan (1).
Sementara  lima kes baharu melibatkan penularan dalam negara.  Daripada jumlah itu satu kes melibatkan warga asing iaitu kes saringan  sebelum berlepas ke China. Baki empat juga berlaku di Sarawak merupakan  rakyat Malaysia.
“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes  kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah  kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122  kes.” kata Dr. Noor Hisham.
Sementara itu KKM memaklumkan satu kluster baharu telah dikesan di sebuah pasar di Stutong, Sarawak.
Sehingga pukul 12 tengah hari, 218 orang penjaja telah disaring  terdiri daripada 213 warganegara Malaysia dan lima warganegara asing.
“Dua kes dikesan positif COVID-19 dan 54 adalah negatif. Kluster ini  dikesan hasil saringan Covid-19 bagi penjaja-penjaja pasar tersebut yang  dikenalpasti sebagai salah satu kumpulan sasar dalam pendekatan  tertumpu.
“Pasar ini telah ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan  aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan  nyah kuman. Punca jangkitan kluster adalah masih di dalam siasatan,”  kata kenyataan tersebut.
Sementara bagi Kluster Mambong, Sarawak sehingga pukul 12 tengah  hari, sejumlah lima kes positif Covid-19 telah dilaporkan daripada 70  orang yang telah disaring.
“Seramai 65 orang masih menunggu keputusan. Kluster ini melibatkan  warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara, iaitu warga Filipina  yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8732). Punca  jangkitan kluster masih di dalam siasatan,” kata kenyataan tersebut.-SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/kes-aktif-covid-19-hampir-cecah-100.html