Amk Pulai Desak Azmin Ali Dedah 95 142 Syarikat Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Pkp Total Lockdown







FAEZUDDIN PUAD


1. Sepatutnya dengan pelaksanaan darurat, PKP 2.0 dan PKP 3.0, kerajaan akan berjaya menurunkan kes tapi yang berlaku sekarang ini adalah sebaliknya. Angka paling tinggi pernah direkodkan ialah 9,020 kes baharu dan kes kematian sebanyak 98 kes. Jauh lebih tinggi daripada sebelum darurat dilaksanakan.

2. Jika kes terus meningkat tidak mustahil sistem kesihatan awam negara akan runtuh. Ekonomi dan pendidikan pula mungkin sukar dipulihkan pada masa hadapan. Keadaan ini telah membuatkan majoriti rakyat Malaysia marah dan paksa kerajaan kembali melaksanakan PKP Penuh atau 'total lockdown'.

3. Orang ramai sanggup lalui situasi sedikit pahit dipotong gaji, rugi kerana tak boleh menjalankan perniagaan, tak dapat balik kampung jumpa ibuayah tercinta dan sebagainya. Sampaikan ada orang dibuang kerja apabila syarikat tempat mereka mencari rezeki terpaksa ditutup.

4. Setiap rakyat yang berkorban pasti berkongsi harapan yang sama iaitu supaya negara dapat kembali pulih seperti sebelum Covid-19 menyerang negara.

5. Namun pengorbanan dan harapan rakyat seolah-olah dipermainkan kerajaan apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan sebanyak 95,142 syarikat beroperasi sepanjang PKP total lockdown. Seramai 1.2 juta orang pekerja akan terlibat.

6. Pengumuman MITI ini mengejutkan ramai orang kerana jumlah syarikat yang dibenarkan beroperasi jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan PKP 1.0 Mac tahun lalu.

7. Lebih mengejutkan kilang arak turut dibenarkan beroperasi ketika PKP 'total lockdown', adakah minuman keras satu keperluan ketika berkurung dalam rumah? Apakah rasionalnya?

8. Kalau kilang arak yang tidak penting dan tidak perlu pun dibenarkan beroperasi, kemungkinan besar sektor ekonomi lain yang tidak termasuk dalam kategori perlu dan penting turut mendapat kebenaran.

9. Disebabkan itu, menjadi satu keperluan untuk mendesak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendedahkan serta menyenaraikan nama-nama syarikat yang dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKP total lockdown.

10. Menteri MITI wajib buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa 95,142 syarikat yang mendapat kebenaran MITI benar-benar termasuk dalam sektor perlu dan penting.

11. Biar rakyat tengok depan mata mereka, menilai sejauh mana keikhlasan kerajaan melaksanakan total lockdown.

12. Jika tidak, rakyat akan dihidangkan dengan pengumuman kemunculan Kluster Kilang atau Kluster Industri yang baharu setiap hari.

13. Sekarang, rakyat berharap kerajaan melaksanakan total lockdown yang betul-betul ketat, betul-betul tegas. Bukan PKP suku masak atau separuh masak. Bukan sekejap ketat, sekejap longgar. Bukan PKP yang sekadar dijenamakan semula. Biar adil, kalau tutup, tutup semua.

14. Dalam keadaan kritikal begini, kerajaan wajib mendahulukan kebajikan dan kesihatan rakyat. Jangan sesekali tunduk kepada tauke-tauke besar. Jangan sampai pengorbanan rakyat Malaysia dibazirkan begitu sahaja.

Sekian,

FAEZUDDIN PUAD

Ketua AMK Pulai,

Penyelaras Keadilan N47 DUN Kempas



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/amk-pulai-desak-azmin-ali-dedah-95142.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Sektor Perkhidmatan Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika Total Lockdown Bermula Selasa Ini

Senarai Sektor Perkhidmatan Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika Total Lockdown Bermula Selasa Ini

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 352 hits
Senarai Sektor Perkhidmatan Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika Total Lockdown Bermula Selasa Ini Salam semua rasanya semua dah sedia maklum yang kerajaan telah mengumumkan untuk total lockdown bermula esok 1 Jun hingga 14 Jun di seluruh nega...
Total Lockdown Ini 17 Perkhidmatan Perlu Yang Dibenarkan Beroperasi

Total Lockdown Ini 17 Perkhidmatan Perlu Yang Dibenarkan Beroperasi

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 264 hits
Astro AwaniMei 30 2021 17 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh larangan pergerakan penuh yang akan bermula 1 Jun ini Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Kerajaan hari ini mengumumkan prosedur operasi standard yang turut melib...
Terkini 19 Senarai Kementerian Amp Agensi Memproses Permohonan Syarikat Syarikat Beroperasi Sepanjang Pkp 3 0

Terkini 19 Senarai Kementerian Amp Agensi Memproses Permohonan Syarikat Syarikat Beroperasi Sepanjang Pkp 3 0

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 182 hits
Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa setiap syarikat yang ingin beroperasi sepanjang tempoh PKP 3 0 iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 perlu melalui Kementerian atau agensi kawal selia mengikut sektor yang dibenarkan Namun ianya di...
128 150 Syarikat Melibatkan 1 57 Juta Pekerja Dibenarkan Beroperasi Ketika Lockdown Setakat Pagi Tadi

128 150 Syarikat Melibatkan 1 57 Juta Pekerja Dibenarkan Beroperasi Ketika Lockdown Setakat Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 256 hits
Sebanyak 586 308 syarikat mendaftar di bawah COVID 19 Intelligent Management System 3 0 setakat pukul 7 30 pagi tadi Pendaftaran syarikat syarikat tersebut yang turut melibatkan 10 2 juta tenaga kerja itu adalah bagi memohon kebenaran berop...
Miti Grafik Senarai Sektor Dibenar Beroperasi Sepanjang Total Lockdown Palsu

Miti Grafik Senarai Sektor Dibenar Beroperasi Sepanjang Total Lockdown Palsu

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 240 hits
Semalam tular beberapa grafik mengenai senarai sektor dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh total lockdown susulan pengumuman pelaksanaan perintah kawalan pergerakan penuh yang akan bermula 1 hingga 14 Jun ini KUALA LUMPUR Kementerian Perd...
128 150 Syarikat Dibenar Operasi Masa Lockdown Azmin Kata Bukan Hanya Miti Tentukan

128 150 Syarikat Dibenar Operasi Masa Lockdown Azmin Kata Bukan Hanya Miti Tentukan

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh MOHAMED AZMIN ALI Gambar Fail FB MITI bertarikh 18 Feb 2021 SEBANYAK 128 150 syarikat melibatkan 1 57 juta pekerja memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 yang berkuat kuasa kelmarin h...
Pkp Kesesakan Trafik Dikesan Di Plaza Tol Gombak Menjelang Total Lockdown

Pkp Kesesakan Trafik Dikesan Di Plaza Tol Gombak Menjelang Total Lockdown

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 225 hits
Afiezy AzamanMei 28 2021 Kesesakan yang berlaku di Plaza Tol Gombak keluar dari ibu negara hari ini berpunca daripada pemeriksaan teliti yang dijalankan ke atas setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya yang didirikan di plaza tol be...
Maksud Total Lockdown Dan Perbezaannya Dengan Pkp

Maksud Total Lockdown Dan Perbezaannya Dengan Pkp

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 349 hits
Perintah berkurung atau lockdown adalah perintah yang tidak membenarkan sesiapa pun melakukan sebarang aktiviti di luar kediaman Tiada langsung pergerakan di luar termasuklah untuk membeli makanan dan keperluan Berbeza dengan PKP yang masih...
Cims Miti Surat Permohonan Beroperasi Syarikat Pkp Bermula 1 Jun 2021 Sehingga 14 Jun 2021

Cims Miti Surat Permohonan Beroperasi Syarikat Pkp Bermula 1 Jun 2021 Sehingga 14 Jun 2021

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 1028 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Terdahulu telah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 8 malam Ahad 30 Mei 2021 syarikat pembuatan yang telah berdaftar dengan CIMS 3 0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini sena...
Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

218 Fibonaci

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Persediaan Awal Haji

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Kuey Teau Koboi Port Baru Makan Kuey Teau Goreng Di Taiping

Shenzhen Digital Art Park By Jc Design In Futian China

Zayn Rayyan Murder Case My Debt To People Says Cid Chief

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Pusing Jalan