Hilang Pendapatan Kerana Pkp




Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan oleh kerajaan sehingga 14 April telah menggusarkan ramai pihak. Bukan sahaja pergerakan kita untuk ke mana-mana menjadi terbatas, untuk membeli barang keperluan harian pun sudah semakin susah. Ini semua gara-gara kerajaan ingin memastikan wabak Covid-19 itu tidak terus merebak dengan lebih dahsyat dan membunuh lebih banyak nyawa.

Dalam tempoh PKP ini sedang berlangsung, bagi yang bekerja dan mendapat gaji secara bulanan, tentulah tidak berasa apa-apa. Lagi-lagi apabila mereka mendapat majikan yang prihatin yang tidak memotong gaji mereka gara-gara PKP ini. Bagi yang mendapat gaji harian seperti saya ataupun bagi yang mencari pendapatan hasil berniaga, PKP ini benar-benar menyukarkan kehidupan.

Bukanlah saya dan sekalian yang berniaga itu tidak suka akan PKP ini. Kami tahu niat kerajaan melaksanakan PKP ini untuk mengekang wabak Covid-19 itu agar tidak menjadi lebih teruk. Namun, gara-gara PKP ini, secara realitinya, ia menggugat pendapatan dan periuk nasi kami.

Seperti saya yang bekerja kilang dengan gaji dibayar secara harian, jika tidak bekerja, maka gaji tidak dibayar. Jika PKP ini terus dilanjutkan, maka banyak harilah saya tidak turun bekerja. Banyak hari tidak turun bekerja bermakna banyak harilah gaji saya tidak dibayar. Hendak makan apa saya ini jika gaji tidak dibayar? Hutang pelajaran MARA, bil telefon dan internet serta duit insurans semua perlu dibayar. Hendak dibayar guna apa jika saya tidak turun bekerja gara-gara PKP?

Bukan saya sahaja, orang-orang yang berniaga secara kecil-kecilan turut sama berasa susah. Jika mereka tidak berniaga, maka tiadalah hasil pendapatan mereka. Jika mereka tiada pendapatan, bagaimana mereka mahu membeli barang keperluan harian? Bagaimana mereka mahu membayar segala bil dan hutang piutang?

Inilah dugaan yang Tuhan beri kepada kami yang berpendapatan harian dan berniaga secara kecil-kecilan ini. Tiada apa yang dapat kami lakukan selain redha dan berdoa agar wabak berbahaya ini akan segera hilang dan PKP itu tidak dilanjutkan.

Mujur kelmarin (ketika artikel ini ditulis) kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion bagi membantu semua rakyat Malaysia sama ada yang terjejas mahupun yang tidak terjejas akibat PKP ini. Kita beruntung kerana mempunyai kerajaan yang masih prihatin dengan kesusahan rakyat. Dengan segala bantuan yang diumumkan oleh kerajaan dalam pakej rangsangan ekonomi itu, sedikit sebanyak ia dapat membantu kami. 

Saya dan sekalian rakyat jelata yang terjejas kehidupan gara-gara PKP ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana keprihatinan mereka memahami masalah yang kami hadapi. Kami juga sangat berharap agar wabak Covid-19 ini akan segera hilang supaya kami dapat mencari rezeki semula seperti biasa. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2020/03/hilang-pendapatan-kerana-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjana Pendapatan Semasa Pkp

Menjana Pendapatan Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 449 hits
Ada ramai di kalangan kita peniaga mahupun pekerja swasta khususnya mengalami masalah kewangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Saya tidak terkecuali walaupun nama sahaja sebagai peniaga online namun saya tidaklah mengeluarkan produk atau...
Jana Pendapatan Tambahan Ketika Rm0 Dan Pkp Melalui Affiliate Marketing

Jana Pendapatan Tambahan Ketika Rm0 Dan Pkp Melalui Affiliate Marketing

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 537 hits
Bila kita dalam perintah kawalan pergerakan di musim virus covid menyerang negara Ramai yang diberhentikan kerja atau disuruh cuti tanpa gaji Bagi yang bekerja sendiri juga mungkin ketika ini cabaran untuk mengurus kewangan begitu terasa Wa...
Hilang Punca Pendapatan Kerana Kawalan Pergerakan Ibu Tunggal 5 Anak Terpaksa Ambil Upah Beli Barang

Hilang Punca Pendapatan Kerana Kawalan Pergerakan Ibu Tunggal 5 Anak Terpaksa Ambil Upah Beli Barang

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 368 hits
Saat ketika kita mengeluh dinasihatkan agar duduk di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan masih ada orang di luar sana tidak bernasib baik harus mencari rezeki demi sesuap nasi Hilang Punca Pendapatan Kerana Kawalan Pergerakan...
Pkp Jejas Pendapatan Anak Seni

Pkp Jejas Pendapatan Anak Seni

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 272 hits
PENGUATKUASAAN Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara turut membawa kesan tersendiri terhadap golongan penggiat seni Mereka yang merangkumi penyanyi pelakon penganjur konsert dan penerbit filem mengakui kini berdepan tempoh yang suka...
Cpg Bantu Jana Pendapatan Waktu Pkp

Cpg Bantu Jana Pendapatan Waktu Pkp

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 612 hits
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan ramai orang yang terjejas dari segi aktiviti harian terutama sekali dari segi punca pendapatan dan sumber rezeki Terutama sekali golongan yang berniaga di pasar pasar atau di gerai tepi jala...
Muhyiddin Langgar Arahan Pkp

Muhyiddin Langgar Arahan Pkp

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 441 hits
Shahbudin Husin Antara arahan yang dikeluarkan kerajaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dikuatkuasakan ialah hanya membenarkan ketua keluarga saja pergi ke pasar atau pasaraya membeli barangan keperluan harian Ia bertujuan bagi ...
Polis Pahang Perketat Sempadan Negeri Fasa Ke 2 Pkp

Polis Pahang Perketat Sempadan Negeri Fasa Ke 2 Pkp

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 468 hits
Polis Pahang mengadakan 42 sekatan selama 24 jam di seluruh laluan utama dan masuk ke Pahang KUANTAN Mulai tengah malam ini polis Pahang akan memperketatkan sekatan sempadan negeri dalam menguatkuasakan fasa ke 2 Perintah Kawalan Pergerakan...
Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar Pkp Berkurang Dari Hari Sebelumnya Ismail Sabri

Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar Pkp Berkurang Dari Hari Sebelumnya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 236 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi mengesahkan bahawa seramai 742 individu berjaya ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Menurutnya jumlah individu yang ditah...
Tempoh Pkp Adakah Penyewa Diberi Kemudahan Penangguhan Untuk Jelaskan Bayaran Sewa Rumah

Tempoh Pkp Adakah Penyewa Diberi Kemudahan Penangguhan Untuk Jelaskan Bayaran Sewa Rumah

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 475 hits
TEMPOH PKP ADAKAH PENYEWA DIBERI KEMUDAHAN PENANGGUHAN UNTUK JELASKAN BAYARAN SEWA RUMAH Persoalan seperti ini mungkin timbul ekoran kemudahan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan bank di Malaysia iaitu Adakah wajar diberi PENANG...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang