Hilang Mood Dengan Etoro Aku Amuk Dengan Mt4
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Entah apa yg tak kena dengan trading aku minggu ni.. Kelaut habis.. kalau laut cetek takpe.. ni level laut dalam!
Nak marah? Salahkan diri sendiri pon iye juga. Eh brader, kalau silap baca graf, silap perkiraan, lawan arus, memang ko la sengal. Aku accept ketewasan aku dengan redha. Cewah!
Dek kerana aku dah hilang mood nak tunjuk hasil aku minggu ni.. jadi aku share ngan korang gambar lain.. acanner tu?
Ok, diam tak diam, aku menyimpan perasaan geram pada broker. Sebab banyak juga dia sebat duit aku sebelum ni. Aku hanya tido 2 jam sehari sekarang. Semata-mata nak dapatkan rahsia trading terbaharu aku.
Jadi, aku cuba dengan beberapa akaun yg capitalnya tak banyak (kurang dari usd50). Fxcitizen aku jadi mangsa, Ironfx aku jadi tikus makmal.
Teknik ni simple, hanya beberapa Moving Averages sahaja perlu aku setup pada MT4. Etoro jangan harap ye.. takleh letak indi.. letak kt muka je..
Then aku trade, ikut MM dan risk yang telah dikira dengan persetujuan poket aku. Hasilnya, nak kata teruk tak juga. Bolehlah..
Korang layanlah sendiri gambar tu. Kebetulan rezeki seorang kenalan dari sebuah group dalam whatsapp, aku tk pernah jumpa dia, tp aku melayan dia berbual.. antara perbualannya..
Rupanya dia dan aku ni kira sekapal lah. Pernah hadir kelas forex oleh seorang sifu ni. Bayar harga RM**** tapi tak berhasil. Aku pon cuba la bantu dia. Malam semalam aku beramai-ramai dengan rakan lain buat online class. Free of charge. Malahan, aku buka akaun aku tunjuk scalping live. Takut la depa cakap aku gebang.
Alhamdulillah, mereka paham dan aku harap perjalanan ini boleh diteruskan..
Berminat? Nantilah aku fikir-fikir. Taknak suruh korang bayar. Takde bayaran. Serius.. tapi tergantung pada hati. Kalau hati mood ada baik, boleh la buat kira-kira.
Oklah.. dah jam 4 pagi.. Bye!
Kalau dah rezeki allah tu tk ke mana.. Bye.
Spread the word about eToro and your friends will get a $100 deposit bonus! (Maksudnya kalau korang join, deposit USD200, korang dapat lagi extra USD100 utk trading.)
Muat Turun Ebook Percuma
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://akudanetoro.blogspot.com/2015/01/hilang-mood-dengan-etoro-aku-amuk.html