Pelanggan Maybank Dakwa Duit Dalam Bank Hilang


Beberapa pengguna Maybank dakwa dikenakan caj dalam beberapa transaksi, namun Maybank menafikan terdapat isu keselamatan.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Lagi kes pelanggan Maybank hilang duit Beberapa pelanggan Maybank mengalami insiden pelik minggu lepas apabila kad bank mereka dikenakan caj dalam beberapa siri transaksi, yang didakwa tidak mendapat kebenaran, menyebabkan mereka percaya butiran kad itu telah dikompromi.

Insiden itu menyaksikan sejumlah kecil wang ditolak daripada akaun bank mereka melalui pelbagai transaksi.

Malaysiakini mendapati sekurang-kurangnya lima kes setakat ini, termasuk mereka yang menceritakan pengalaman secara terus kepada portal berita ini.

Bagaimanapun dipercayai jumlah pelanggan yang menghadapi masalah serupa mungkin lebih ramai.


Salah seorang mangsa yang bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan berkata, dia hanya menyedari transaksi luar biasa berlaku apabila menyemak akaun banknya pada 23 Okt lalu.

“Saya menyedari kad debit Maybank saya telah dicaj melebihi RM70, dibayar ke akaun lain dalam 19 transaksi debit jualan berasingan. Setiap transaksi sebanyak RM3.90 dicaj ke kad saya.

“Saya segera menghubungi talian penipuan dan diberitahu bahawa semua transaksi telah dibayar untuk membeli akses kepada beberapa permainan dalam talian. Saya meminta pihak bank membatalkan kad saya serta-merta dan menghantar e-mel laporan pertikaian kepada Maybank,” kata mangsa.

Dia membuat laporan polis selepas itu dan Maybank bersetuju untuk memberikannya kad baru, tambahnya.


“Pegawai penyiasat polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menghubungi saya. Dia cakap kes macam ni perkara biasa, dan polis pun tak boleh buat apa-apa.

"(Pegawai itu kata) dalam apa jua keadaan, wang itu biasanya akan dikembalikan selepas unit penipuan bank selesaikan siasatan, tapi ini akan ambil masa," kata mangsa.

Seorang lagi pemegang akaun Maybank berkata dia mengetahui ada ramai lagi pengguna yang menghadapi pengalaman serupa pada hujung minggu.

"Teknologi seperti ini sepatutnya menjadikan hidup kita lebih mudah, tetapi entah bagaimana ia jadi sebaliknya," katanya.


Mangsa berkata, bank hanya memberitahunya perkara itu sedang dalam siasatan dan dia masih belum mendapatkan wangnya semula sehingga kini.

Mangsa kedua yang juga enggan dikenali berkata dia segera menghubungi Maybank selepas rentetan pemberitahuan transaksi pelik muncul pada telefonnya pada 19 Okt.

“Saya sedang menonton televisyen di rumah apabila notifikasi mula masuk ke telefon saya. Potongan itu berlaku setiap saat sehingga akaun saya telah dikurangkan kepada RM1.

"Apabila saya melihat pemberitahuan itu, saya terus menghubungi talian penipuan bank," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya lagi transaksi itu masih berlaku apabila dia mengadu kepada Maybank.

“Saya rasa terdapat kira-kira lima hingga tujuh soalan untuk mengesahkan identiti saya dan pada masa pengesahan selesai, akaun saya telah dipadamkan,” katanya.

Mangsa kedua pula mendakwa dia jarang menggunakan kad debitnya dan sentiasa disimpan di tempat selamat.

Dia juga tidak pernah menggunakan kad itu untuk mana-mana perkhidmatan dalam talian.

"Inilah sebabnya saya hairan bagaimana penjenayah boleh mendapatkan nombor kad dan butiran saya," katanya.

Dia membuat laporan polis dan aduan kepada Bank Negara. Maybank akhirnya mengkreditkan semula wang itu ke akaunnya semalam.

Dia berkongsi pengalamannya di media sosial mengenai kejadian itu dan apa yang mengejutkannya, beberapa kenalannya juga menghadapi masalah yang sama.

Mangsa kedua meluahkan kekecewaannya terhadap cara Maybank mengendalikan isu itu dan mengatakan adalah tidak bertanggungjawab apabila bank itu tidak memberitahu pelanggan mengenai perkara itu.


“Mereka patut sekurang-kurangnya beritahu pelanggan bahawa ini sedang berlaku atau sekurang-kurangnya beri amaran kepada orang ramai agar melihat had transaksi dan menghentikannya.

“Saya rasa ia sangat tidak bertanggungjawab di pihak Maybank dan mungkin lebih ramai orang terkena.

"Sekurang-kurangnya yang boleh mereka lakukan ialah beri amaran kepada pelanggan," katanya.

Kesemua kes yang ditemui oleh Malaysiakini melibatkan caj yang dibuat kepada merchant Google Scott Wolf. Maybank nafi isu keselamatan Dalam respons kepada Malaysiakini, Maybank mendakwa bank itu tidak menghadapi sebarang isu keselamatan.

Sebaliknya, bank itu mencadangkan agar pelanggan berhati-hati menjaga butiran kad mereka.

“Bank ini ingin menyatakan bahawa tiada isu keselamatan yang terjejas berkaitan kad kredit/debit kami.

"Pelanggan dinasihatkan untuk menjaga butiran kad mereka dengan berhati-hati pada setiap masa untuk mengelakkan penggunaan tanpa kebenaran oleh pihak ketiga," kata Maybank dalam e-mel melalui Jabatan Komunikasinya.

Bank itu juga menggesa pemegang kad yang mengesan transaksi luar biasa untuk segera menghubungi talian khidmat pelanggan Maybank di 1300-88-6688 atau merujuk kepada nombor di belakang kad mereka untuk membuat aduan.

“Ini akan membolehkan bank untuk segera menangani sebarang transaksi yang mencurigakan dan mengatur pembayaran balik yang perlu jika pemegang kad telah menjadi mangsa kepada sebarang aktiviti penipuan atau tanpa kebenaran.

"Dalam kes di mana urus niaga tanpa kebenaran itu berlaku tanpa kebenaran pemegang kad, mereka boleh mempertikaikan urus niaga itu dan bayaran balik akan dibuat jika urus niaga itu didapati tidak dibenarkan setelah disiasat," katanya.

Ketika ditanya berapa banyak aduan serupa yang diterima daripada pelanggan setakat ini, jurucakap Maybank berkata mereka tidak melihat sebarang peningkatan dalam kes penipuan kad yang dilaporkan oleh pelanggan. Bank Negara beri jaminan isu akan ditangani Bank Negara memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua bank berlesen dikehendaki menggunakan sistem kawalan dan perlindungan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan operasi perbankan.


“Sehubungan itu, Bank Negara akan memastikan insiden ini ditangani dengan segera dan saksama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mekanisme yang diperlukan oleh bank termasuk pengesahan untuk semua transaksi dan pengeluaran, katanya.

Bank pusat itu menambah ia mungkin mengambil tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan tambahan dan berkata orang ramai boleh menghubungi Telelink BNM untuk maklumat dan bantuan di talian 1300-88-5465 pada waktu bekerja pada hari bekerja.

Orang ramai juga boleh mengemukakan pertanyaan atau aduan secara dalam talian atau mendapatkan rundingan secara bersemuka mulai 1 Nov di pejabat BNMLink di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur dengan membuat tempahan temu janji menggunakan pautan yang sama.

SOURCE: Malaysiakini

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/10/pelanggan-maybank-dakwa-duit-dalam-bank.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Misteri Duit Hilang Di Empat Kampung

Kelantan Misteri Duit Hilang Di Empat Kampung

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 191 hits
Siti Rohana Idrisam hmetro com myKota Bharu Penduduk di empat kampung dalam mukim Kubang Kerian di sini bingung dengan kehilangan wang yang kerap berlaku sejak setahun lalu Kejadian difahamkan sudah berlaku lebih 10 tahun lalu tapi tidak se...
Misteri Duit Kertas Rm50 Rm100 Hilang Di 4 Kampung Sejak 10 Tahun

Misteri Duit Kertas Rm50 Rm100 Hilang Di 4 Kampung Sejak 10 Tahun

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 557 hits
ADA penduduk terpaksa menyembunyikan wang dalam peti ais FOTO Nik Abdullah Nik Omar Misteri duit hilang di 4 kampung KOTA BHARU Penduduk di empat kampung dalam mukim Kubang Kerian di sini bingung dengan kehilangan wang yang kerap berlaku se...
Hiburan Netizen Dakwa Habis Duit Buktikan Diri Lelaki Sejati Label Anak Oku Dr Say Terkilan

Hiburan Netizen Dakwa Habis Duit Buktikan Diri Lelaki Sejati Label Anak Oku Dr Say Terkilan

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 241 hits
Doktor selebriti popular Dr Say Shazril terkilan dengan kata kata pengguna media sosial yang meninggalkan komen melampaui batas mendakwa dirinya menghabiskan duit demi membuktikan bahawa dia lelaki sejati ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementApa ...
Hiburan Kejadian Campak Duit Buat Netizen Dakwa Iqbal Anak Menteri Rupa Rupanya Anak

Hiburan Kejadian Campak Duit Buat Netizen Dakwa Iqbal Anak Menteri Rupa Rupanya Anak

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 476 hits
Sejak usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi bualan warganet kerana video dirinya mencampak duit dan menayang kemewahan timbul pelbagai persoalan mengenai sumber kekayaan yang dimilikinya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKebanyakkan pi...
Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Melalui Maybank2u Untuk Tahun 2021

Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Melalui Maybank2u Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 1506 hits
Bagi yang perlukan bank statement Maybank dengan segera disini aku konsikan cara untuk dapatkan bank statement dengan mudah secara online sahaja melalui Maybank2U Kebiasaanya jika anda ingin dapatkan bank statement sebelum sebelum ini anda ...
Bank Enggan Terima Duit Rosak Lakukan Ini Segera

Bank Enggan Terima Duit Rosak Lakukan Ini Segera

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 366 hits
Bank enggan terima duit rosak lakukan ini segera BARU BARU ini seorang netizen telah mengadu kepada Bank Negara Malaysia bahawa pihak bank tidak mahu menerima pertukaran duit rosak Netizen yang dikenali sebagai CH Zeeta telah komen dan tag ...
Macc To Cooperate With Bank Negara In Pandora Papers Probe

Macc To Cooperate With Bank Negara In Pandora Papers Probe

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 244 hits
The MACC says it will cooperate with Bank Negara and other investigative agencies to probe revelations made in the Pandora Papers The graft buster has also asked opposition leader Anwar Ibrahim who has been repeatedly calling for a probe to...
Pandora Papers Cops Working With Bank Negara On Two Reports

Pandora Papers Cops Working With Bank Negara On Two Reports

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 274 hits
The police said they have received four police reports on alleged illegal capital flight in relation to the Pandora Papers expos Bukit Aman CID director Abd Jalil Hassan said of the four reports one investigation paper has been opened and r...
Lirik Hilang Harok Dari Rantau Clara Herison

Lirik Hilang Harok Dari Rantau Clara Herison

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 236 hits
hilang harok didadocando angin lalu indak tarasouda nan dicinto dimano kinilah lamo denai manantilai kapa balabuahmambaok urang dari rantau subarangnyato sungguah sayangmalang tibo dibadanuda tak kunjuang pulangalah putiah mato mamandangala...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian