Hilang 52 Kilogram Selepas Jalani Pembedahan Michael Ang Tak Suka Penampilan Terkini
Siapa jer tak kenal dengan pengarah, pelakon, penulis skrip dan juga penerbit, Michael Ang yang semakin langsing sehingga menarik perhatian orang ramai. Wah, semakin kacak dan bergaya!
Walaubagaimanapun, Michael tidak suka dengan penampilan terkini yang sudah hilang berat badan sebanyak 52 kilogram (kg) selepas membuat pembedahan bariatric sleeve pada tahun 2018. Pendedahan itu telah dibuat menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
Salam semua. Okay i think my losing weight thingy is getting out of hand. I need to gain back! I don't like how i look now! Love you all and stay safe.
View this post on Instagram
Salam semua. Ok i think my losing weight thingy is getting out of hand. I need to gain back! I don't like how i look now! 😭😭😭😭 luv u all and stay safe!A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on Aug 3, 2020 at 4:40am PDT
Kalau nak tahu, pembedahan tersebut telah memotong 85 peratus dan ditebuk pada perut Michael untuk dikeluarkan melalui lubang kecil supaya makanan boleh diambil dalam kuantiti yang sedikit.
Bukan tu jer, kaedah ini adalah paling selamat untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti dan penyakit seperti sakit sendi, sakit belakang dan penyakit diabetes.
Dulu berat saya 128 kg, kini berat badan saya 76 kg. Semenjak melakukan pembedahan terbabit, berat badan saya mula turun secara perlahan-lahan. Sebenarnya, saya suka dengan berat badan saya yang dahulu. Saya tak kisah dengan keadaan badan yang agak gempal tetapi ketika itu saya mempunyai penyakit.
Saya ada penyakit diabetes dan 'sleep apnea'. Doktor memberikan dua cara untuk mengatasi masalah terbabit. Pertama, saya harus berdiet atau kedua, saya harus melakukan pembedahan itu. Dua tahun sebelum dibedah, saya sudah mencuba untuk mengamalkan diet tetapi sering gagal. Saya berjaya turun 5 atau 6 kg, tetapi selepas itu badan saya menghadapi kesukaran untuk menurunkan lagi bilangan berat.
Akhirnya, saya membuat pembedahan terbabit. Hasilnya, saya tidak mengalami diabetes lagi, saya senang bangun pagi, rasa segar dan nafas saya tak mengah seperti dulu. Cuma, saya hanya boleh makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Bila orang tegur, mereka berkata mengenai penampilan saya, Sejujurnya, saya sendiri pun rasa tak nak nampak kurus sangat. Sebab, saya sendiri rasa saya 'buruk' apabila saya kurus sangat. Apa yang penting, saya sudah semakin sihat. Saya juga bersyukur kerana proses 'pengecilan' badan saya ini tidak membuatkan kulit saya menjadi menggelebeh. -kata Michael kepada Astro Gempak
Ohmedia pun rindu nak tengok penampilan Michael yang dulu sebab orang yang chubby ni memang cute! Apapun, Ohmedia doakan agar Michael terus maju jaya dalam industri hiburan.
OHMEDIA: JANGAN KURUS SANGAT MICHAEL!
Kredit: Instagram | Astro Gempak
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/08/hilang-52-kilogram-selepas-jalani.html