Pembedahan Berisiko Tinggi


“LULUH hati saya melihat anak terpaksa menangggung kesakitan pada usianya yang masih kecil. Lebih menyedihkan apabila melihat dia menangis setiap kali tangannya dicucuk jarum untuk dimasukkan ubat,” luah Siew Ting, 35.
Siew Ting ialah ibu kepada Fenix Yong Huayi, bayi berusia 17 bulan yang menghidap penyakit hati kronik, ‘biliary atresia’ atau saluran hempedu tersumbat. Fenix menjalani pemindahan hati yang didermakan bapanya, Augustine Yong Chin Kiong, 39, dalam pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Jun lalu.
Siew Ting dari Bintulu, Sarawak berkata, anaknya disahkan menghidap biliary atresia sejak lahir dan menjalani pembedahan Kasai di sebuah hospital di Sarawak pada usianya tiga bulan.
Pembedahan Kasai ialah pembedahan bagi membuang duktus hempedu yang rosak dan penyambungan bahagian usus terus ke hati supaya hempedu dapat mengalir dari hati terus ke usus. Ia juga perlu dilakukan untuk mengelakkan hati menjadi lebih teruk.
Namun, katanya, selepas pembedahan Kasai keadaan anaknya semakin teruk, kerap demam dan sering dimasukkan hospital.
“Atas nasihat rakan, saya membawa Fenix menjalani pemeriksaan di PPUM dan disarankan menjalani pemindahan hati kerana keadaan hati anak semakin teruk selain bagi menyelamatkan nyawanya.
BILIARY atresia kronik boleh menyebabkan perut pesakit membesar. “Saya bersyukur hati suami sesuai didermakan kepada Fenix dan kini kesihatan anak semakin baik,” katanya.
Pakar Perunding, Jabatan Surgeri PPUM, Prof Madya Dr Yoong Boon Koon berkata, setakat ini 10 pesakit berjaya menjalani pembedahan hati di PPUM membabitkan enam kanak-kanak dan empat dewasa.
“Pemindahan hati ialah pembedahan yang berisiko tinggi membabitkan lebih 30 kepakaran daripada pelbagai bidang pembedahan seperti hepatobiliari, kanak-kanak dan plastik, bius (pakar anestisiologi), pakar radiologi, pakar rawatan rapi kanak-kanak, pakar kaji hati kanak-kanak, pakar patologi, jururawat dewan bedah dan unit rawatan rapi kanak-kanak serta dewasa.”
“Proses pembedahan ini rumit dan lazimnya mengambil masa di antara lapan hingga 12 jam,” katanya.
Beliau berkata, penerima hati perlu bergantung kepada ubat khas iaitu ‘tacrolimus’ sepanjang hayat.
“Ubat ini sangat penting digunakan bersama ubat lain untuk mencegah penolakan hiperakut yang boleh berlaku hingga 48 jam selepas pemindahan hati
FENIX sebelum pembedahan. FENIX sebelum keluar wad selepas pembedahan. “Ubat ini berfungsi untuk menurunkan daya tahan tubuh supaya badan tidak menolak organ baharu (hati).
“Jika perkara ini terjadi (penolakan), ia boleh menyebabkan hati baharu rosak dan akhirnya membahayakan nyawa pesakit (penerima hati),” katanya.
Katanya, terdapat beberapa jenis ubat lain, tetapi ‘tacrolimus’ adalah paling kerap digunakan bukan saja di PPUM malah
peringkat antarabangsa.
“Dalam kes terpencil, pesakit akan mengalami jangkitan luar biasa iaitu virus Epstein Barr (EBV) yang boleh merangsang pertumbuhan barah kelenjar limfa, kesan pengambilan ubat ini untuk mengurangkan daya tahan tubuh,” katanya.
Menyentuh penjagaan kesihatan penderma, Dr Yoong berkata, penderma perlu sihat sepenuhnya tanpa menghidap sebarang penyakit termasuk masalah hati berlemak sebelum menderma organ.
“Individu yang sihat, tidak sesuai menjadi penderma jika terdapat 30 peratus lemak pada hatinya.
“Kebanyakan masyarakat di Malaysia mempunyai masalah hati berlemak yang boleh menyebabkan keradangan, hati tidak sihat dan mengeras,” katanya.
Katanya, golongan ini tidak sesuai menjadi penderma kerana pembedahan bukan saja membahayakan nyawa penderma malah penerima hati.
FENIX bersama ibunya, Siew Ting. Sementara itu, Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik, Prof Madya Dr Ng Ruey Terng berkata, hati berfungsi untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh.
“Pesakit kanak-kanak yang menghidap penyakit hati pada peringkat awal tidak menunjukkan sebarang gejala atau merasai kesakitan.
“Gejala semakin ketara apabila tubuh mula menampakkan perubahan warna kulit dan kawasan mata putih kepada kekuningan, badan menjadi kurus, tidak aktif dan tumbesaran terjejas.
“Pada tahap yang teruk, cecair mula berkumpul dalam badan yang menyebabkan perut pesakit kanak-kanak membesar,” katanya.
Beliau berkata, keadaan ini turut menyebabkan pesakit mengalami kekeliruan, tumpuan dan tidur terganggu serta emosi tidak stabil kesan daripada toksin yang terdapat dapat tubuhnya.
“Kita tidak mengetahui punca sebenar seorang bayi boleh menghidap ‘biliary atresia’.
“Sebanyak 80 peratus pesakit mula menunjukkan gejala pada usia 30 hari selepas dilahirkan,” katanya.
The post Pembedahan berisiko tinggi appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/02/pembedahan-berisiko-tinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Nasihatkan Lindungi 4 Golongan Ini Yang Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid 19

Kkm Nasihatkan Lindungi 4 Golongan Ini Yang Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 309 hits
Minggu ini menyaksikan negara mengalami peningkatan kes Covid 19 yang membimbangkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak kerajaan kerana tidak mahu negara kita menerima gelombang kedua penularan wabak Covid 19 KKM juga tidak menolak kem...
Lelaki Bergaji Besar Berisiko Menghidap Darah Tinggi Tetapi Tidak Bagi Wanita Kajian

Lelaki Bergaji Besar Berisiko Menghidap Darah Tinggi Tetapi Tidak Bagi Wanita Kajian

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 230 hits
Cabaran dan kos sara hidup ketika ini telah memberikan impak mendalam terhadap individu bujang mahupun sudah berkeluarga Namun gaji besar yang diperoleh hasil mengerah kudrat melakukan pelbagai pekerjaan atau bekerja lebih masa dikatakan me...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 427 hits
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan Ikuti penerangan doktor ini Dr Farhanah Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beber...
Walaupun Baru Habis Pantang Potensi Hamil Lagi Tinggi Tiada Istilah Tereksiden Mengandung

Walaupun Baru Habis Pantang Potensi Hamil Lagi Tinggi Tiada Istilah Tereksiden Mengandung

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 362 hits
Mengikut adat berpantang masyarakat Melayu suami isteri perlu BERPANTANG sekurang kurangnya untuk 40 hari selepas isteri melahirkan anak Ini sebenarnya bertujuan untuk memberi ruang kepada luka kelahiran di faraj wanita untuk sembuh sepenuh...
Bursa Dibuka Tinggi Dalam Keadaan Sentimen Positif

Bursa Dibuka Tinggi Dalam Keadaan Sentimen Positif

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi hari ini menunjukkan prestasi pergerakan kukuh dalam keadaan sentimen pasaran yang positif Pada 9 05 pagi petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 1 15 mata a...
Perempuan Ada Misai Banyak Bulu Puncanya Hormon Testosteron Tinggi Ke

Perempuan Ada Misai Banyak Bulu Puncanya Hormon Testosteron Tinggi Ke

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 525 hits
Testosteron merupakan hormon androgen yang signifikan bagi kaum lelaki Hormon inilah yang membezakan lelaki dan perempuan dari segi fizikal Namun tahukah anda hormon penyebab tumbuhnya otot janggut dan juga punca suara menjadi dalam ini seb...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR 29 JULAI Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi hari ini sekali gus menunjukkan prestasi pergerakan kukuh dalam keadaan sentimen pasaran yang positif Pada pukul 9 05 pagi petunjuk pasaran FTSE Bursa Mala...
Gbp Usd 30 Julai Laporan Cot Jerome Powell Risiko Deflasi Tinggi Risiko Tinggi Koronavirus Ketidakpastian Pada Masa

Gbp Usd 30 Julai Laporan Cot Jerome Powell Risiko Deflasi Tinggi Risiko Tinggi Koronavirus Ketidakpastian Pada Masa

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 216 hits
GBP USD 1H Helo pedagang Pada carta setiap jam harga pasangan GBP USD meneruskan proses pertumbuhan tepat di dalam koridor aliran menaik Oleh itu mood peniaga yang aliran menaik terpelihara sepenuhnya Sebelum menutup harga di koridor arah a...
Penurunan Emas Tidak Sah Paras Tinggi Sepanjang Masa

Penurunan Emas Tidak Sah Paras Tinggi Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 298 hits
Emas telah diniagakan menaik dan nampaknya bertekad untuk berdagang lebih tinggi lagi selepas kejatuhan kecil dan sementara Seperti yang saya katakan semalam harga emas naik dan boleh mencuba untuk mendekati dan mencapai paras sejarah 1 981...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat