Hikmah Dan Erti Korban


Ibadah korban merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut oleh Allah s.w.t juga dikenali sebagai sunat muakkad.


Dari segi istilah korban bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada setiap 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha Pertama) dan Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.
Binatang korban ialah seperti kambing biri-biri, kambing biasa, unta, lembu atau kerbau. Binatang-binatang ini hendaklah menepati ciri-ciri sah korban iaitu tidak cacat, tidak sakit dan tidak kurus. Ibadah korban juga merupakan amalan yang disukai oleh Rasulullah s.a.w dan baginda juga menggalakkan sahabat-sahabat baginda yang berkemampuan untuk menjalankan ibadah korban

Oleh yang demikian, umat islam seharusnya mengambil iktibar terhadap galakan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Ibadah korban terbahagi kepada dua iaitu ibadah korban nazar dan korban sunat.
Mengikut hukum syarak, daging ibadah korban nazar wajib disedekahkan keseluruhannya manakala korban sunat pula daging korban tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga dihadiahkan kepada umat islam dan satu pertiga dihadiahkan kepada orang yang berkorban.
Ibadah korban ini sangat dituntut kepada umat islam kerana fadhilat dan hikmah yang terkandung di dalamnya. Hikmah ibadah korban yang utama ialah sebagai tanda umat Islam memperingati peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim dan anaknya.
Peristiwa tersebut merupakan antara salah satu peristiwa yang memperlihatkan ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah s.w.t apabila diwahyukan oleh Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail.
Peristiwa itu berlaku apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah s.w.t meyuruh beliau Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Walaupun masyarakat menganggap beliau sudah hilang akal, Nabi Ibrahim tidak menghiraukannya.
Nabi Ismail dibawa ke tempat untuk disembelih dan Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah dengan memancungkan pedang ke leher anaknya, maka terperciklah darah ke badan Nabi Ibrahim.
Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim apabila melihat yang disembelihnya itu bukan anaknya tetapi seekor haiwan iaitu kibas. Hal ini jelas menunjukkan akan keperibadian Nabi Ibrahim yang taat akan perintah Allah dan seharusnya menjadi ikutan umat Islam.
Kibas atau di Malaysia lebih dikenali sebagai Kambing Biri-biri.Ibadah korban juga dapat memupuk sikap prihatin dan peduli akan sesama saudara Islam khususnya kepada golongan yang tidak berkemampuan. Daging korban diberikan kepada golongan-golongan ini.
Sikap ambil peduli ini menggalakkan umat islam memupuk rasa persaudaraan dan keprihatinan dalam diri. Sikap prihatin membentuk seseorang itu menjadi seorang yang sentiasa mengambil peduli akan kekurangan dan masalah dalam komunitinya.
Oleh itu, ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan dan mengagihkan kepada golongan yang memerlukan, tetapi memberi mesej kepada umat islam dalam konteks kecaknaan dan keprihatinan.
Ibadah korban juga adalah penebus dosa akan kesalahan yang dilakukan sepanjang hayat. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap satu kebaikan yang dilakukan oleh umat Islam membawa hikmah kepada dirinya sendiri.
Semasa ibadah korban dijalankan, seseorang itu semestinya meletakkan fokus hanya kerana Allah tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Apabila perkara sebegini dilakukan, jiwa menjadi tenang dan suci daripada dosa. Pada hari raya Aidiladha juga terdapat perkara sunat yang boleh dilakukan untuk menambah pahala dan membersihkan hati.
Sebagai contoh, memakai pakaian baru, mandi sunat Aidiladha, memakai haruman dan wangian yang menyenangkan, memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, bersolat sunat Aidiladha dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan, serta bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Oleh itu, hati yang bersih membawa kepada kepribadian yang lebih baik dalam kehidupan. Keperibadian yang suci memberi pelbagai kesan positif terutama kepada diri sendiri dan melahirkan masyarakat harmoni dan diredhai Allah.
Menjalankan ibadah korban mampu melahirkan tanda rasa syukur umat Islam sebagai hamba Allah. Setiap manusia diberikan rezeki yang pelbagai, ada diantaranya mendapat rezeki yang melimpah dari sudut harta, pangkat, anak, rupa paras dan pelbagai lagi.
Namun begitu, umat Islam terutamanya perlu mensyukuri setiap pemberian Allah s.w.t dan cara untuk menzahirkan syukur adalah dengan menjalankan ibadah korban.
Hikmah apabila umat islam membelanjakan harta atau rezeki yang diperolehi ke jalan Allah, sudah pasti mendapat tempat yang mulia di sisiNya.
Oleh itu, semoga dengan memperingati Aidiladha, umat Islam terutamanya dapat menjadi contoh terbaik kepada setiap umat manusia.
#korban


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zackzaihan.com.my/2020/08/hikmah-dan-erti-korban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Sosok Gilang Buat Riset Palsu Modus Bungkus Jarik Korban Ini Menduga Pelaku Punya Fetish

Viral Sosok Gilang Buat Riset Palsu Modus Bungkus Jarik Korban Ini Menduga Pelaku Punya Fetish

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 343 hits
Sebuah utas yang menceritakan penyimpangan seksual dari lelaki bernama Gilang viral di jagat maya Sosok Gilang ini viral lantaran perbuatannya yang diduga memiliki fetish kain jarik Fetish tersebut membuat sosok Gilang meminta korban membun...
Hari Raya Korban

Hari Raya Korban

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 619 hits
Takbir Al Tashriq tahun ini bermula Khamis 30 Julai tika Fajr Tawaf dengan jarak sosial dilakukan oleh para Jemaah Haji Musa tak Aman s evil coup In announcing the dissolution of the Sabah State Assembly Chief Minister Shafie Apdal is unabl...
Nasi Goreng Daging Marvelous Mudah Nak Buat Guna Daging Korban Buat Bekal Dalam Perjalanan Kenyang Satu Keluarga

Nasi Goreng Daging Marvelous Mudah Nak Buat Guna Daging Korban Buat Bekal Dalam Perjalanan Kenyang Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 1030 hits
Hari Raya Aidiladha memang sinonim dengan ibadah korban sama ada kambing atau lembu Bila pulang ke kampung pasti ada kiriman daging yang akan di bawa pulang ke rumah Kadang bosan dengan menu yang sama seperti rendang dan daging apa kata bua...
Hukum Memberi Daging Sembelihan Sebagai Upah Kepada Pemotong Daging Korban

Hukum Memberi Daging Sembelihan Sebagai Upah Kepada Pemotong Daging Korban

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 645 hits
Hukum Memberi Daging Sembelihan Kepada Pemotong Daging KorbanSetiap tahun umat Islam seluruh dunia pasti akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban yang sinonim dengan aktiviti ibadah korban Aktitiviti tersebut sudah tentulah ...
Boleh Ke Beri Daging Korban Sebagai Upah Kepada Penyembelih Tukang Lapah Ini Penjelasan Mufti

Boleh Ke Beri Daging Korban Sebagai Upah Kepada Penyembelih Tukang Lapah Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 389 hits
Setiap tahun umat Islam pasti akan menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha yang sinonim dengan aktiviti ibadah korban Selain itu aktitiviti tersebut sudah tentulah melibatkan ramai pihak untuk melaksanakannya daripada peringkat pembekal lemb...
15 Pickupline Aidiladha Hari Raya Korban Untuk Awak

15 Pickupline Aidiladha Hari Raya Korban Untuk Awak

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 2895 hits
Pikapline sempena hari raya korban Aidiladha pula Kalau boleh setiap perayaan pun ada pickupline nya yang tersendiri Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan keupayaan mereka mengeluarkan pick up line yang menarik Ramai yang Pm tanya ray...
Mb Sembelih Sendiri Lembu Korban

Mb Sembelih Sendiri Lembu Korban

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 449 hits
GOMBAK 31 JULAI Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari menyembelih seekor lembu di perkarangan Masjid An Nur Kampung Melayu Wira Damai di sini pagi ini Upacara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha turut dihadiri isterinya Datin Seri Ma...
Mb Puas Hati Pematuhan Sop Ibadah Korban

Mb Puas Hati Pematuhan Sop Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 424 hits
GOMBAK 31 JULAI Dato Menteri Besar berpuas hati terhadap pematuhan tatacara operasi piawai penyembelihan lembu korban di masjid sekitar parlimen Gombak hari ini Dato Seri Amirudin Shari berkata aktiviti sempena sambutan Aidiladha berjalan s...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi