Hiking Santai Santai Bukit Sikai Kuala Pilah


Kita nak pergi hiking mana minggu ni? Nak hiking santai-santai je. Tapi masih dekat dan masih mengekalkan hiking bukit je. Nak hiking gunung macam malas. Sebab nanti ambil masa yang lama. Kebetulan nak balik kampung Kuala Pilah, jomlah kita hiking Bukit Sikai kejap.

Bukit SikaiBukit Sikai terletak di Seri Menanti (Luak Gunung Pasir), Kuala Pilah. Berketinggian 280 meter. Memiliki permandangan berkabus yang menarik di waktu pagi. Pendakian mudah sesuai untuk pemula.

Di kaki Bukit Sikai terdapat kolam sebelah kanan. Sekitarnya dikelilingi ladang kelapa sawit dan juga terdapat rumah burung walet. Boleh mendaki secara percuma kerana tiada bayaran permit dikenakan.


Kami mula mendaki jam 6.54 pagi. Waktu tu, suasana pun mulai terang. Kabus pun dah berkurang. Tak ada berkepul-kepul macam awan karpet. Awal betul hilangnya. Ingatkan dah awal dah tu. Agaknya kena datang lagi awal kot

Apa yang saya baca dari pengalaman pendaki lain, Bukit Sikai ni mudah untuk mendaki dan ambil masa 10-20 minit je macam tu. Lepas tu permandangan berkabus waktu pagi yang cantik. Itu yang kami beria nak mendaki Bukit Sikai. Kalau tak dapat awan karpet, dapat permandangan kabus pun jadilah

Sewaktu kami sampai, hanya ada sebiji kereta dan ada pendaki dah sampai dulu di atas bukit. Kami terus mendaki sebab nak mengejar kabus atas bukit punya pasal. 
Mendaki tanpa berhenti dengan pace perlahan sebab selepas melintasi rumah burung tu, semak kiri kanan bukan main hebat lagi. Laluan muat-muat badan je

Ada juga kawasan semak yang baru ditebas sikit. Tanah pun ada yang berlubang-lubang ditutupi semak yang ditebas. Kalau tak hati-hati, boleh jadi kaki terpijak lubang. Tak sangka pula trek di sesemak itu

Sebelum ni saya tengok laluan dia terang luas macam laluan ladang kelapa sawit tu. Agaknya sebab dah kurang orang mendaki, itu yang semak. Saya tak ambil gambar sebab tak berhenti. Risau pula nak berhenti di tempat semak

Selepas 15 minit lebih kurang, sampailah kami di puncak bukit. 

Atas Bukit Sikai ada beberapa bongkah batu besar yang menarik untuk port bergambar. Tapi batu yang viewnya menarik dah di conquer oleh mereka yang sampai awal. Mereka pun tak nampak macam nak berganjak je. Siap lepak baring lagi. Takkan kita nak halau pula. 
It's okay, kita ambil gambar di tempat lain je lah. Dapatlah bergambar dengan berlatarbelakangkan saki baki kabus yang masih tinggal. Dari atas bukit nampak juga permandangan kaki bukit dan kolam di bawah


Ada juga tempat rehat beratap. Kalau hujan atau panas bolehlah pendaki berteduh di sini. Mujurlah juga puncak ni tak sesemak macam trek tadi. 

Walaupun tak semak, tapi ada permandangan yang menyemakkan mata. Sampah! Dah ada papan tanda peringatan pun masih tak nak ikut peraturan. Manusia manalah yang tak bertamadun ni, yang tak reti nak jaga alam sekitar


Lebih kurang 20 minit enjoy the view atas bukit, kami pun turun. Kelihatan nun jauh di bawah ramai pendaki yang baru datang mula mendaki. 

Semasa turun, barulah matahari memunculkan diri. Sempatlah kita ambil gambar kejap di kawasan yang landai ni. 

Sebelum gerak balik bergambar dulu di papan tanda ni. Landmark penting seberang jalan masuk ke Bukit Sikai


Dari kejauhan dan boleh nampak puncak Bukit Sikai. Tak tinggi mana pun. Kalau trek terang jelas macam laluan ladang kelapa sawit tu, kejap je dah boleh sampai puncak. Silap-silap boleh berlari tak sampai 5-10 minit dah sampai puncak

Tapi itulah waktu kami pergi memang semak betul trek dia. Bukit Sikai ni jarang orang datang kot. Itu yang semak. 

Apa-apa pun misi berjaya menawan Bukit Sikai, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Aktiviti hiking pertama untuk permulaan bulan Jun



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/06/hiking-santai-santai-bukit-sikai-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setelah Sekian Lama Tak Sarapan Di Warung Laman Nurani Kuala Pilah

Setelah Sekian Lama Tak Sarapan Di Warung Laman Nurani Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 201 hits
Alang alang ada urusan di Kuala Pilah semalam pagi tu rancang nak sarapan di Warung Laman Nurani salah satu tempat kedai makan sedap di Kuala Pilah Nak makan mi bandung Dah lama tak makan di warung tu sebab tutup Rasanya baru kembali berope...
Hiking Bukit Kepayang Di Hari Cuti

Hiking Bukit Kepayang Di Hari Cuti

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 167 hits
3 Jun hari Isnin haritu cuti Hari Keputeraan YDP Agong Tak ada perancangan nak kemana mana jomlah kita hiking Bukit Kepayang kejap Awal pagi jam 6 52 pagi kami dah mula mendaki Ingatkan tak ramai Rupanya penuh juga parkir dan ramai orang ma...
Berendam Sambil Melihat Hutan Batu Kuala Lumpur 2024

Berendam Sambil Melihat Hutan Batu Kuala Lumpur 2024

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 292 hits
Assalammualaikum Dunia So cool Depan tue bangunan SSPNNampak takkkTak tau nama apa bangunan nieeThe Mews ni boleh tahan juga cantik nyer Security semua orang Myanmar Eehhh Pening laaaa Tinggal kan semua itu haa jom kita lihat bahagian pool ...
Cinnabon Membuka Bakeri Baharu Di The Exchange Trx Kuala Lumpur

Cinnabon Membuka Bakeri Baharu Di The Exchange Trx Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 322 hits
Hi Korang Penggemar jamuan manis kini boleh bergembira Cinnabon jenama yang ikonik dengan roti gulung kayu manis dan juga minuman yang menyegarkan badan kini kembali ke Malaysia The world famous Cinnabon is now available in Malaysia under a...
14 Feb Merupakan Hari Memperingati Sejarah Pertempuran Di Bukit Chandu

14 Feb Merupakan Hari Memperingati Sejarah Pertempuran Di Bukit Chandu

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 241 hits
Pada tanggal 14 Feb 24 genap 82 tahun peristiwa berdarah itu berlalu Walaupun kini beliau telah tiada keberanian dan pengorbanan beliau akan terus disemadikan dan patut menjadi contoh kepada setiap anggota tentera Semoga roh para pahlawan y...
Kemensos Bangun Lumbung Sosial Untuk Pengidap Kusta Di Kabupaten Barito Kuala

Kemensos Bangun Lumbung Sosial Untuk Pengidap Kusta Di Kabupaten Barito Kuala

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 211 hits
Kemensos mendirikan tiga lumbung sosial untuk pengidap kusta dan eks kusta di Kabupaten Barito Kuala Provinsi Kalimantan Selatan
Terima Suapan Hingga Rm500 000 Sebulan Inilah Antara Punca Peniaga Haram Berleluasa Di Kuala Lumpur

Terima Suapan Hingga Rm500 000 Sebulan Inilah Antara Punca Peniaga Haram Berleluasa Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 174 hits
Suapan hingga RM500 000 payung premis haram timbalan pengarah PBT diremanFMT ReportersWang rasuah itu bagi membolehkan premis perniagaan haram beroperasi tanpa dikenakan tindakan penguatkuasaan Tiga suspek direman tujuh hari manakala seoran...
Kegagalan Kuasa Menyebabkan Taman Penyulingan Air Kuala Langat Terhenti Operasi

Kegagalan Kuasa Menyebabkan Taman Penyulingan Air Kuala Langat Terhenti Operasi

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 220 hits
Air Selangor mengumumkan bahawa penutupan sementara Loji Rawatan Air Labohan Dagang pada jam 10 00 malam 23 Mei 2024 disebabkan gangguan bekalan tenaga akibat kerja kerja pembaikan kecemasan pada peralatan elektrik akan menyebabkan gangguan...
Panorama Indah Kuala Lumpur Dari Tamu Sky View

Panorama Indah Kuala Lumpur Dari Tamu Sky View

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 209 hits
Tarikan baru buat penduduk Kuala Lumpur dan Lembah Klang Tamu Sky View bakal dibuka kepada orang awam mulai 1hb Jun 2024 bagi membolehkan pengunjung menikmati panorama indah Kuala Lumpur Terletak di tingkat 42 Hotel Tamu Suites Kuala Lumpur...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025