Heret Peneroka Haram Hutan Simpan Di Pahang Ke Mahkamah Tiada Lagi Kompaun Seperti Sebelum Ini




RAUB: Pihak terbabit penerokaan hutan simpan secara haram di Pahang tidak akan dikenakan tindakan kompaun seperti sebelum ini, sebaliknya akan segera diheret ke mahkamah.
Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata ia sebahagian tindakan yang akan diambil kerajaan negeri bagi menangani kegiatan penerokaan haram hutan simpan, selain melombong dan memindahkan balak secara haram.
Katanya, ia susulan kejadian tanah runtuh terkini yang berlaku di di Cameron Highlands yang meragut lima nyawa baru-baru ini, yang mana penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan itu.
"Bagi memberi kesedaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti penerokaan hutan simpan secara haram selain melombong dan memindahkan balak secara haram, tindakan tegas mengheret mereka segera ke mahkamah kini dilakukan dan tidak lagi dikenakan kompaun seperti mana sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Perhutanan Semula Dalam Hutan Simpan Kekal Pahang di Hutan Simpan Tersang, di sini hari ini.
Sabtu lalu, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman mengesahkan penerokaan haram aktif lebih setahun lalu di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di Cameron Highlands.
Ia membabitkan keluasan 4.31 hektar di kawasan Hutan Simpan Sungai Wi-D bagi tujuan tanaman sayur, dengan tindakan penguatkuasaan termasuk sitaan dan tangkapan dikenakan terhadap pengusaha April tahun lalu di bawah Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984.
Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata kejadian tanah runtuh dapat dielakkan sekiranya aktiviti penerokaan secara haram hutan simpan tidak dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
Malah, beliau berkata, pihak terbabit seperti degil dengan larangan dikeluarkan kerajaan negeri yang melarang sebarang kegiatan menceroboh hutan simpan di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.
Katanya, pelbagai usaha pencegahan kegiatan menceroboh hutan simpan dilakukan pihak berkuasa secara berterusan, namun kegiatan berkenaan masih terus berlaku.
"Kerajaan negeri memandang serius aktiviti pencerobohan hutan simpan di Cameron Highlands oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengusahakan projek pertanian berskala besar.
"Saya berharap Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan agensi penguat kuasa lain dapat terus memperhebatkan usaha mengesan kegiatan menceroboh hutan simpan di Cameron Highlands bagi memastikan kejadian tanah runtuh tidak terus berlaku hingga mengorbankan nyawa," katanya.
Mengenai projek perhutanan semula, beliau berkata ia cukup penting terutamanya dalam memastikan pemuliharaan dan pemeliharaan hutan di Pahang dapat dipergiatkan.
Katanya, projek perhutanan semula di Pahang bermula tahun 2000 membabitkan kawasan seluas 404.69 hektar dan sehingga tahun lalu, kawasan seluas 34,342.22 hektar telah dibangunkan.
"Kali ini syarikat Amat Bayu membangunkan kawasan seluas 20,303.27 hektar di Hutan Simpan Tersang dengan tanaman pokok Albizia," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2024/01/heret-peneroka-haram-hutan-simpan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Pahang Serah Geran Hak Milik Tanah Penantian 40 Tahun 292 Peneroka Jengka 24 Berakhir

Mb Pahang Serah Geran Hak Milik Tanah Penantian 40 Tahun 292 Peneroka Jengka 24 Berakhir

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 237 hits
JERANTUT Penantian selama 40 tahun 292 peneroka di Felda Jengka 24 untuk mendapat Suratan Hak Milik Tanah Felda berakhir semalam selepas ia diserahkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Wan Rosdy Ismail Ketua Peneroka Felda Jengka 24 Razak Daud be...
Berlari Seperti Di Kerajaan Atas Langit

Berlari Seperti Di Kerajaan Atas Langit

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 148 hits
KOSMO Keadaan padang Sekolah Kebangsaan Kampong Libang Ranau Sabah yang berkabus tebal PETALING JAYA Acara larian 4 100 meter di Sekolah Kebangsaan Kampong Libang Ranau Sabah mencuri perhatian orang ramai setelah acara tersebut dijalankan d...
Tyzo Hanya Minta Kenaikan Gaji Rm500 Anggap Disingkirkan Seperti Penjenayah

Tyzo Hanya Minta Kenaikan Gaji Rm500 Anggap Disingkirkan Seperti Penjenayah

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 216 hits
Bekas penyampai radio Suria FM Tyzo Xander menyatakan hanya minta kenaikan gaji RM500 sahaja pada Ogos walaupun pihak pengurusan tidak bersetuju dan dia juga berlapang dada menandatangani kontrak baru pada September tahun lalu Pihak penguru...
Ramai Lagi Seperti Gigolo Janda Baik Pelajar Wanita Ipta Turut Di Dakwa Cari Makan Di Platform X

Ramai Lagi Seperti Gigolo Janda Baik Pelajar Wanita Ipta Turut Di Dakwa Cari Makan Di Platform X

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 163 hits
TINDAKAN polis membongkar kes jenayah seksual yang melibatkan seorang gigolo tempatan kerana merakam dan menjual puluhan klip video aksi lucahnya bersama lebih 20 wanita termasuk mereka yang mengupahnya untuk khidmat seks pada Khamis ternya...
Video Lugas Gibran Bicara Singkatan Tpid Seperti Jokowi Di Debat Pilpres

Video Lugas Gibran Bicara Singkatan Tpid Seperti Jokowi Di Debat Pilpres

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 130 hits
Komisi Pemilihan Umum menggelar debat keempat pilpres 2024 yang dilaksanakan di Jakarta Convention Center Minggu
Isu Berpakaian Seperti Jantina Lain

Isu Berpakaian Seperti Jantina Lain

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 119 hits
Cantiknya sis saya pun insecure Pakai jela baju ikut jantina sendiri https shope ee B4rbwQkSG
Politik Islam Bukannya Bermain Sentimen Seperti Dibuat Pas Bersatu

Politik Islam Bukannya Bermain Sentimen Seperti Dibuat Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 216 hits
AKMAL MANAFRakyat di negara ini harus menyedari bahawa politik berbentuk kebencian bukan politik yang berlandaskan Islam kata Khalid Abd Samad Pengarah Komunikasi AMANAH itu berkata rakyat mesti memahami bahawa politik kebencian banyak meng...
10 Cara Lelaki Jadi Hensem Seperti Prince Mateen Yang Digilai Ramai Wanita

10 Cara Lelaki Jadi Hensem Seperti Prince Mateen Yang Digilai Ramai Wanita

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 262 hits
Prince Mateen adalah putra Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei Darussalam yang memiliki pesona dan karisma yang menarik Dia juga seorang pilot helikopter yang terlatih dan berpendidikan tinggi Untuk menjadi hensem seperti dia anda boleh men...
Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Collaborate And Innovate For Economic Resilience

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025

Daiyan Trisha Feat Alfie Zumi Jom Raya Chord

Penerangan Jenis Jenis Tebuan Di Malaysia

Senarai Dan Jenis Tupai Di Malaysia

Diam Dan Jujur Itu Bijak

Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn