Hidup Umpama Roda Itulah Kisah Hidup Pelakon Cilik Puteri Balqis


HIDUP UMPAMA RODA.. ITULAH KISAH HIDUP PELAKON CILIK PUTERI BALQIS. lama rasanya blog lekatlekit ni tak mengupas kupis & kopek isu isu semasa kan? Rindu lahai katanya nak mengopek dengan rakusnya isu isu yang berlegar di sekeliling ku.. Tapi tu la kekangan masa tu buat terhad sangat nak buat apapun selain dok merapu meraban kat pesbuk sana. Yelah.. posting kat FB tak perlukan masa yang banyak. Berbanding blog.. Macam nak buat assignment pulak dia punya komitmen tu hahahahaa.

Kecoh sekejab bila rancangan bersamamu menampilkan kehidupan terkini pelakon cilik yang pernah merangkul anugerah pelakon wanita terbaik asia, Puteri Balqis yang di gambarkan hidup susah selepas jatuh sakit. Sakit pulak sampai hari ini doktor masih belum pasti apa penyakitnya. Semenjak jatuh sakit & tidak lagi aktif berlakon kehidupan puteri Balqis di lihat berubah 360 darjah. Puteri Balqis yang dulunya belajar secara Homeschooling kini tidak lagi menyambung pelajaranya. Mungkin kekangan kewangan.


Macam macam pertikaian den dok baca kat social media.. Bagi saya yang pernah jatuh susah walau saya tak pernah kaya pun selepas kena saman, berada dalam situasi yang sebelum ni mungkin walau tak kaya kita tak ada sangat masalah kewangan sampai perlu merendah diri meminta sumbangan orang ramai. Sampai satu ketika tiba tiba kita di uji hingga perlu memohon ehsan orang lain dengan cara minta derma, bukan sesuatu yang mudah nak buat. dan ketahuilah bukan benda seronok pun nak buat. Memang la nampak duit masuk banyak tapi bukan untuk kita berbelanja untuk kehendak diri. Pegang amanah yang sangat besar.. Timbul macam macam fitnah & spekulasi. Nak kena hadap semua tu tak mudah ok! Orang melaluinya saja faham.. sebab tu dalam kes Puteri Balqis even orang mempertikaikan itu ini begitu begini.. Saya pilih tidak mempertikaikan apa apa. Sebab apa yang orang fikir kadang kadang tak sama situasi yang kita hadap & tak semua benda boleh di cerita pada semua orang. Mungkin mereka ada alasan mereka sendiri yang tak boleh di canang pada umum kenapa mereka ambil tindakan begitu & begini.

Tapi banyak perkara kita boleh belajar dari apa yang berlaku pada kehidupan Puteri balqis ni. Semasa kecil hidupnya mungkin senang, gemilang & di kenali. Sentiasa nampak muka dia dalam drama drama TV. menang award sana sini. rata rata memuji bakat besar yang di milikinya. Disayangi & di minati ramai. Mungkin dia ataupun keluarga dia pun tak terfikir akan di uji macam sekarang. Tiba satu masa.. Allah nak uji segalanya hilang & waktu susah ni.. tak pelik la ramai yang mungkin dulu ada je dok menyendeng macam kucing parsi minta wetfood sekarang jangankan batang hidung.. bau pun tak dapat nak hidu dah. Seolah olah ghaib terus dari mukabumi. Tu perkara biasa bila kita jatuh susah.

Macam tu la yang berlaku dalam  kitaran hidup Puteri Balqis sekarang. Dia pernah berada di puncak kegemilangan & dia juga pernah berada di era kejatuhan dalam usia yang masih muda. Dia melalui perkara tu.. Maybe sebab tu dia nampak lebih matang berbanding usia dia sekarang 13 tahun. Kehidupan Puteri balqis sekarang membuktikan perumpamaan hidup umpama roda memang betul. Kita boleh berada di atas & di bawah bila bila masa sahaja. Jadi jangan sombong. Berlagak seolah olah kita takkan susah sampai mati.  Walau sekarang kita rasa kewangan kita stabil, kita ada backup untuk masa depan tak mustahil kalau Allah nak uji kita.. dalam sekelip mata kita hilang semuanya dengan cara yang kita tak pernah sangka & terfikir akan berlaku.

Sedikit kisah tentang Pelakon Cilik Puteri Balqis.. sejak terlantar sakit 2 tahun lalu Puteri Balqis tidak lagi aktif berlakon. Sekarang dia aktif menulis puisi & karyanya di bukukan & di jual di jalanan sekitar ibu kota untuk menampung kehidupan dia bersama ibu dia. Menurut Puteri Balqis jiwanya lebih kepada menulis puisi berbanding berlakon sekarang ni. Mungkin sebab kesihatan dia pun tak menentu kan. Katanya dia kerap Muntah darah waktu berjalan, tidur, tersedak dan muntah, kesannya dia akan jadi lemah. . Nak ambil job berlakon maybe dia tak boleh bagi komitmen. yelah.. sakit nak datang dia tak bagi signal. Mungkin juga sebab tu dia dah tak berlakon lagi buat masa sekarang.

Apapun semoga Allah sembuhkan penyakit misteri yang di alami Puteri Balqis & permudahkan urusan hidupnya. Saya suka bila dia kata, Ujian kita indah bila kita tabah & sabar. cara dia bercakap rasa kagum. Sikitpun tak ada mengeluh dengan apa yang dia hadap. Seolah olah dia terima dengan hati terbuka. yer.. memang bukan mudah seperti kata kata.. At least dia tak menyalahkan takdir. kita yang dewasa ni kena malu sikit dengan Puteri Balqis kan? Asyik merungut tak sudah.. hehehehe

Apapun dari bersangka sangka.. berspekulasi.. Apa yang baik kita ambil pengajaran dari perjalanan kisah hidup Puteri Balqis ni. Hidup ni umpama roda.. hari ini hari dia, esok lusa entah entah kita pulak di uji, siapa tahu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lekatlekit.com/2020/01/hidup-umpama-roda-itulah-kisah-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 3 Hari Tak Makan Hidup Berubah Pelakon Cilik Puteri Balqis Akui Terpaksa Ikat Perut

2 3 Hari Tak Makan Hidup Berubah Pelakon Cilik Puteri Balqis Akui Terpaksa Ikat Perut

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 1020 hits
Di usia yang masih kecil bakat lakonan pelakon kanak kanak Puteri Balqis Azizi atau selesa dipanggil Aqish tidak disangkal lagi sehingga pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014 Namun semenjak disahkan ...
Kisah Derita Keluarga Puteri Balqis Azizi

Kisah Derita Keluarga Puteri Balqis Azizi

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 3060 hits
Puteri Balqis kemunculan pelakon cilik ini di program Bersamamu pada 12 Januari lalu telah mendapat perhatian ramai pihak mengenai kehidupannya Puteri Balqis mengalami perubahan kehidupan yang sangat drastik sehingga dia terpaksa ikat perut...
Masyalallah Kesempitan Hidup Buatkan Buku Puisi Puteri Balqis Laris Terjual

Masyalallah Kesempitan Hidup Buatkan Buku Puisi Puteri Balqis Laris Terjual

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 1040 hits
Kesempitan hidup buatkan buku puisi Puteri Balqis laris terjual Susulan kisah kesempitan hidup dipaparkan program Bersamamu semalam pelakon cilik terkenal Puteri Balqis Azizi menumpahkan air mata kerana buku puisi diilhamkannya 38 Poet lari...
Pelakon Puteri Balqis Kini Cekal Dengan Menjual Buku

Pelakon Puteri Balqis Kini Cekal Dengan Menjual Buku

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 883 hits
Pelakon cilik yang dikenali sebagai Puteri Balqis binti Azizi dilahirkan pada 12 April 2007 atau lebih mesra dipanggil sebagai Puteri Balqis merupakan seorang pelakon dan model komersial kanak kanak Malaysia Balqis pernah berlakon di dalam ...
Hiburan Puteri Balqis Jawab Persoalan Berikan Peringatan Deep Buat Nabila Huda

Hiburan Puteri Balqis Jawab Persoalan Berikan Peringatan Deep Buat Nabila Huda

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 897 hits
Kisah keperitan hidup Puteri Balqis yang viral baru baru ini turut mendapat perhatian pelakon popular Nabila Huda yang bersimpati dengan apa yang menimpa pelakon berbakat itu Mengapa membiarkan kanak kanak yang sedang sakit kronik berjalan ...
Pakar Sahkan Puteri Balqis Bebas Kanser Tetapi Ada Masalah Berlainan

Pakar Sahkan Puteri Balqis Bebas Kanser Tetapi Ada Masalah Berlainan

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 605 hits
Kisah hidup pelakon cilik Puteri Balqis kini menjadi perbualan hangat setiap netizen dan juga rakan artis Seteleh kemunculannya di kaca TV menerusi program Bersamamu Puteri Balqis akui pernah ikat perut selama beberapa hari dan juga dia ber...
Puteri Balqis Tak Hidap Kanser Tapi

Puteri Balqis Tak Hidap Kanser Tapi

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 470 hits
Seperti diketahui umum dua tahun lalu pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis sebelum ini terlantar sakit serta kerap muntah darah dan dikatakan The post appeared first on
Dato Hattan Sarankan Puteri Balqis Berubat Kampung

Dato Hattan Sarankan Puteri Balqis Berubat Kampung

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 1215 hits
Beberapa hari ini kisah pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis menjadi perhatian ramai Tiada siapa menyangka Balqis kini berdepan dengan kesempitan hidup The post appeared first on
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan