Hidup Digari Ah Long Kosmo 03 06 2023


 
PETALING JAYA – Peminjam-peminjam ah long mengakui hidup mereka bagaikan digari seumur hidup, malah terpaksa menghambakan diri kepada ceti haram terbabit selepas terjerat dengan hutang yang banyak.
Banglo bernilai jutaan ringgit dilelong, manakala kenderaan mewah terpaksa dijual bagi membayar hutang ah long dan lebih teruk apabila isteri diugut bunuh jika peminjam gagal melunaskan hutang.
Seorang kontraktor yang dikenali sebagai Azhar, 50-an, berkata, tangan dan kakinya bagaikan ‘digari’ ah long lebih lima tahun selepas terdesak membuat pinjaman untuk melaksanakan beberapa projek pada tahun 2010.
Lebih menyedihkan, dia terpaksa membayar semula hutang lebih RM1.1 juta walaupun hanya meminjam kira-kira RM600,000 dengan dua ah long berbeza.

“Saya membuat pinjaman ah long kerana ingin membuat modal pusingan selepas mendapat beberapa projek penyelenggaraan jalan dan pembaikan ba­ngunan.
“Saya juga ada menceburi perniagaan lain ketika itu dan itu antara punca modal pusingan untuk membuat projek semakin kurang dan terpaksa meminjam dari ah long,” katanya kepada Kos­mo! semalam.
Menurutnya, walaupun perniagaan semakin berkembang, namun ketika itu dia tidak cukup modal untuk membiayai kos projek, gaji pekerja sehingga akhir­nya terjebak dengan ah long.
Katanya, bagi meluaskan empayar perniagaan, dia membuat dua pinjaman kira-kira RM600,000.

“Pembayaran dalam tempoh dua tahun pertama tiada tertunggak sehingga saya mengambil keputusan untuk bayar ‘bu­nga’ atau faedah sahaja selepas itu.
“Ketika itu, saya terpaksa kurangkan bayaran kerana memerlukan wang lebih untuk projek-projek dan urusan perniagaan hartanah yang saya jalankan. Saya hanya membayar bu­nga, namun hutang pokok tidak berkurang.
“Jadi hutang saya dengan ah long semakin bertambah sehingga saya tak mampu lagi membayar bunga dan hutang pokok. Projek semakin bermasalah, saya terpaksa membuang pekerja dan ketika itu saya sangat tertekan,” katanya.
Ujarnya, empat kenderaan terpaksa dijual untuk melangsaikan bunga pinjaman dan sebuah ­banglo bernilai kira-kira RM1.5 juta di ibu kota hampir dilelong.

Katanya, dia kemudian mengadu masalah itu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekitar tahun 2015 dan pertubuhan itu menjadi orang tengah antaranya dan ah long.
“Ketika itu, perniagaan saya telah jatuh, saya terpaksa jual empat kenderaan termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard, dua buah kereta dan sebuah pacuan empat roda bagi menyelesaikan hutang ah long.
“Saya juga mengiklankan rumah banglo bernilai RM1.5 juta untuk dijual, namun nasib baik tak jadi,” katanya yang kini bebas hutang ah long sejak dua tahun lalu hasil bantuan PPIM.
Nasib sama turut dikongsi seorang lagi mangsa ah long dikenali sebagai Aman, 40-an, yang memaklumkan isterinya diugut bunuh gara-gara tidak dapat melunaskan hutang.

Katanya, dia hanya meminjam kira-kira RM500 selepas terdesak untuk membayar sewa rumah dan membeli keperluan dapur.
“Saya pinjam wang melalui satu aplikasi dalam talian dan rupa-rupanya aplikasi itu adalah ah long. 
Saya pinjam RM500 dan perlu dibayar semula dalam masa 10 hari.
“Bagaimanapun, ketika hendak membayar semula wang berkenaan, saya dimaklumkan perlu membayar RM4,000 sekali gus. Saya buntu kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu dan terus diugut bertalu-talu oleh ah long yang menghubungi saya setiap hari.
“Lebih malang, isteri saya yang juga penama dalam pinjaman berkenaan menerima ugutan bunuh jika tidak me­langsaikan hutang seperti yang diminta,”ujarnya yang bekerja sebagai kerani swasta.

Katanya, dia telah membuat laporan polis berkenaan ugutan tersebut dan ketika ini kesnya itu turut dibantu oleh Pertubuhan Gerakan Transformasi Gerakan Pengguna Malaysia (GTPM).


Artikel oleh: Kosmo
HIDUP 'DIGARI' AH LONG
https://www.kosmo.com.my/2023/06/03/jual-kenderaan-hampir-lelong-banglo-bahana-hutang-ah-long-lebih-rm1-1-juta/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/06/hidup-digari-ah-long-kosmo-03062023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guardian Fun Run 2023 Kini Kembali

Guardian Fun Run 2023 Kini Kembali

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 425 hits
Hi Korang Acara menarik kegemaran ramai Guardian Malaysia yang berorientasikan keluarga Guardian Fun Run kini kembali untuk edisi keduanya dan dijangka bakal menerima sambutan yang menggalakkan Angela Teo Ketua Pemasaran Guardian Health and...
Bab 6 Jun 2023

Bab 6 Jun 2023

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 408 hits
Tibalah kita di bulan Jun bab 6 buku tahun 2023 Bila dah masuk bulan Jun bermakna kita dah hampir separuh tahun Sekejap masa berlalu Ayat cliche yang biasa disebut Ya benar Memang begitulah masa sekarang berlari laju Maafkan saya lama tak b...
Pemkab Banyuwangi Raih E Purchasing Awards Jatim 2023

Pemkab Banyuwangi Raih E Purchasing Awards Jatim 2023

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 149 hits
Kabupaten Banyuwangi menyabet penghargaan E Purchasing Awards 2023 dari Pemprov Jawa Timur Kabupaten Banyuwangi meraih peringkat kedua kabupaten kota se Jatim dengan transaksi terbanyak dalam pemanfaatan pengadaan barang jasa melalui e kata...
Siinurul Com Blog Performance April 2023

Siinurul Com Blog Performance April 2023

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 338 hits
AssalamualaikumBismillahAlhamdulillah ala kulli haal Prestasi blog untuk bulan April menunjukkan penurunan yang ketara sekali dari segi web clicks impressions dan pages with first impressions berbanding bulan Mac lalu Apa yang aku dapat per...
Tarikh Jadual Bayaran Bulanan Bantuan Jkm 2023

Tarikh Jadual Bayaran Bulanan Bantuan Jkm 2023

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 302 hits
JADUAL TARIKH BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM 2023 Bagi membantu rakyat Malaysia meringankan bebanan hidup terutamanya apabila ditimpa kesusahan perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar ya...
Papar S Carol Abbey Gail Crowned As Unduk Ngadau 2023 Winner

Papar S Carol Abbey Gail Crowned As Unduk Ngadau 2023 Winner

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 270 hits
Carol Abbey Gail from Papar was crowned the Unduk Ngadau 2023 winner during the culmination of the Kaamatan celebration at Hongkod Koisaan KDCA in Penampang on Wednesday night KOTA KINABALU Carol Abbey Gail Grimaldi representing Papar distr...
Senarai Filem Baru Menarik Untuk Bulan Jun 2023

Senarai Filem Baru Menarik Untuk Bulan Jun 2023

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 290 hits
Bulan baru pastinya kita akan disajikan sekali lagi dengan line up atau barisan filem filem baru yang menarik untuk ditonton di pawagam terutamanya Jadi nak tahu filem filem menarik apa yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Jun 2023 ...
Bantuan Khas Anak Pelihara Malaysia Madani 2023

Bantuan Khas Anak Pelihara Malaysia Madani 2023

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 280 hits
Bantuan Khas Anak Pelihara Malaysia Madani 2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh perkongsian kita hari ini berkaitan satu bantuan kerajaan dalam memastikan rakyat yang memerlukan dapat dibantu sebaiknya Adalah menjadi tanggungjawa...
Jawatan Kosong Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2023

Jawatan Kosong Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 390 hits
Jawatan Kosong Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2023 Kepada seluruh rakyat Malaysia yang sedang mencari peluang kerjaya berita gembira untuk anda semua Permohonan Pengambilan Jawatan Kosong Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2023 ...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly