Tarikh Jadual Bayaran Bulanan Bantuan Jkm 2023
JADUAL & TARIKH BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM 2023
Bagi membantu rakyat Malaysia meringankan bebanan hidup terutamanya apabila ditimpa kesusahan, perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.
Pemberian bayaran bantuan JKM ini bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Jika anda merupakan penerima tetap bayaran bantuan JKM, anda boleh membuat semakan invois dan tarikh bayaran dengan mudah melalui eMaklum.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara membuat semakan bayaran bantuan JKM yang dikreditkan setiap bulan.
Bilakah Bayaran JKM Dikreditkan Setiap Bulan?
Bayaran bantuan bulanan JKM biasanya dikreditkan pada awal bulan, iaitu sebelum 10 haribulan setiap bulan.
Namun, mungkin pada bulan-bulan tertentu bayaran akan diawalkan atau dilambatkan sedikit, bergantung kepada cuti umum dan sistem pengurusan JKM.
Sementara itu, pihak JKM juga menafikan Jadual Bayaran Bantuan Bulanan JKM 2023 seperti yang disebarkan di media sosial.
Walaubagaimanapun, anda boleh membuat semakan secara online untuk mengetahui status pembayaran ini, sama ada ia telah diproses dan dikreditkan ke akaun sebelum anda membuat pengeluaran di ATM / bank.
Jadi, bagaimanakah cara untuk membuat semakan? Berikut kami kongsikan caranya melalui eMaklum.
Apakah eMaklum?
eMaklum JANM adalah merupakan Aplikasi Mudah Alih bagi Sistem Web eMaklum. Sistem ini digunakan oleh pengguna berikut:
1. Penerima Individu (termasuk penjawat awam persekutuan)
2. Pembekal yang berurusan dengan Kerajaan (skop Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja)
Apakah fungsi dalam eMaklum JANM?
+ Membuat carian dan semakan status notifikasi dokumen bayaran
+ Paparan pengumuman terkini berkaitan Sistem eMaklum
+ Soalan Lazim berkaitan penggunaan eMaklum JANM
+ Maklum balas penggunaan eMaklum JANM
Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui:
GAMMA.my :https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/803
Cara Semakan Tarikh Bayaran Bantuan JKM 2023 Melalui Apps eMaklum
Muat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)
Tekan ‘Carian Dokumen’
Masukkan nombor kad pengenalan
Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
Masukkan nombor akaun bank anda
Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
Tekan butang ‘Cari’
Maklumat pembayaran akan dipaparkan
Buka aplikasi eMaklum
Tekan ‘Carian Dokumen’
Isikan maklumat anda
Perincian bayaran akan dipaparkan
Tarikh bayaran juga akan dinyatakan
Cara Semakan Tarikh Bayaran Bantuan JKM 2023 Melalui Portal eMaklum
eMaklum merupakan sebuah portal yang menyenaraikan semua jenis bayaran bantuan daripada kerajaan.
Mudah saja cara nak buat semakan untuk bayaran bulanan anda setiap bulan sebab tak perlukan sebarang pendaftaran.
Cara nak buat semakan adalah seperti berikut:
Layari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
Masukkan nombor IC anda.
Pilih tarikh semakan.
Tekan semak.
Bayaran yang diterima akan dipaparkan. Boleh klik pada perincian untuk tengok detail.
*Rujuk panduan semakan bayaran bantuan JKM 2023 melalui panduan gambar di bawah:
LANGKAH 1
Layari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
LANGKAH 2
Masuk kan no IC dan no akaun.
Lepas tu pilih tarikh, contohnya 1/1/22-7/1/22.
LANGKAH 3
Nak tengok perincian dan download resit boleh tekan dekat situ.
11 Jenis Bantuan JKM 2023 & Kadar Bantuan Bayaran Yang Diterima
Terdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon di JKM, sama ada secara bulanan atau sekaligus mengikut kategori di bawah.
Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
KADAR
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
2. Elaun Pekerja Cacat
KADAR
RM400 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
Berumur 16 tahun dan ke atas;
Pemegang kad OKU JKM;
Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah;
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
KADAR
RM250 seorang sebulan.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Berumur 16 tahun dan ke atas;
Pemegang Kad OKU JKM;
Tidak berupaya bekerja.
Pemohon bukan penghuni/ pelatih Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
KADAR
RM350 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
5. Bantuan Orang Tua (BOT)
KADAR
RM350 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
6. Bantuan Am Persekutuan
KADAR
RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
KADAR
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-
Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
KADAR
RM200 sebulan seorang.
SYARAT KELAYAKAN
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
Kes-kes seliaan akhlak; atau
Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota:
Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
KADAR
Maksimum RM2,700 sekaligus.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Kumpulan sasar JKM;
Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
KADAR
Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
SYARAT KELAYAKAN
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Kumpulan sasar JKM;
Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota:
Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.
JENIS PERALATAN TIRUAN / ALAT SOKONGAN
Anggota Palsu
Kerusi Roda
Alat Bantu Pendengaran
Alat-alat Keperluan Lain
Penggantian / Baik Pulih Alat
Jenis Peralatan yang berkaitan (Klik Lampiran)
11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
KADAR
Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
Cara Permohonan Online
Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
Daftar permohonan mengikut negeri
Isikan nombor kad pengenalan
Isikan borang berkaitan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Dokumen Yang Diperlukan
Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.
Borang Berkaitan
JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)
Semakan Status Permohonan
Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :
Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/tarikh-bayaran-bulanan-bantuan-jkm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tarikh-bayaran-bulanan-bantuan-jkm