Hidup Akan Lebih Berbahagia Dengan Memberi
Assalamualaikum
Sedang rancak kami berborak soal jodoh ! tiba-tiba di datangi..
Korang aku nak tanya nie, korang tak tahu macam mana nak kira untuk bayaran zakat pendapatan.Tergesa-gesa Irfan berlari menuju ke arah kami. Susahnya !! aku tak tahu keluhnya lagi.
Kenapa susahkan pekara yang senang ? sekarangkan ada kalkulator untuk kira untuk pembayaran zakat pendapatan. Senang je pergi ke www.zakatselangor.com.my,boleh pergi ke Zakat Kalkulator dan nak bayar zakat boleh secara potongan gaji. Balasku.
Wah baru aku tahu, boleh bayar secara potongan gaji.
Boleh dan sebahgian dari pendapatan kita, ada rezeki orang lain. Zakat itu tanggungjawab kita.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ?Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.? (Al-Baqarah : Ayat 267)
Daripada Abu Musa Asyaa`ri R.A : Nabi SAW bersabda ?Setiap orang Islam diwajibkan zakat, mereka berkata kepada Rasulullah : Wahai Nabi Allah, kalau kami tidak memiliki harta, bagaimana? Jawab baginda: Berusahalah kamu dengan sepenuh tenaga bagi menyara diri kemudian bayarlah zakat. Mereka berkata lagi : usaha kami tidak berhasil? Jawab baginda: Berilah pertolongan kepada orang yang berhajat. Mereka berkata lagi : Kalau kami tidak berupaya? Sabda baginda: bergiatlah dalam perkara ma?ruf mencegah terjadinya keburukan. Sesungguhnya pekerjaan itu bagi kamu adalah sadaqah (zakat).?(Riwayat Bukhari)
Iya, senang je dan memberi kemudahan kepada pembayar zakat khusus pembayaran melalui potongan gaji atau lebih dikenali sebagai SKIM BERKAT. Jadi tidak perlu berurusan secara manual dan pengiraan dilakukan melalui web.
Ahhh kebetulan Lembaga Zakat Selangor sedang buat Kempen Berbagi Dengan Memberi.
Kempen ini bukan untuk individu tetapi untuk mengajak syarikat-syarikat swasta, badan berkanun mahupun pekerjaan kerajaaan untuk membuat potongan gaji untuk membayar zakat kepada para pekerja mereka.
Ianya terbuka kepada semua syarikat swasta yang belum pernah membayar di LZS melalui SKIM BERKAT dan terbuka juga kepada syarikat yang tidak aktif selama setahun dan kembali membayar dalam tempoh kempen.
Kalau boleh pakat ramai-ramai bagitahu pada bahagian sumber manusia agar dapat uruskan untuk untuk potongan gaji ini. Jadi korang tak perlu susah payah fikir lagi. Sebulan bayar tak tinggi pun, macam acik sendiri sebulan RM 20 je, kalau susah boleh tengok jadual pembayaran klik di sini untuk rujukan kamu semua.
Masa ini majikan kena mainkan peranan penting, sebagai atasan kena ingatkan anak buah untuk laksanakan tanggungjawabnya berzakat. Jadi uruskan permudahkan urusan mereka, inshaAllah di permudahkan urusan perniagaan kamu pula. Paling penting juga setiap pembayaran zakat boleh dikurangkan daripada Potongan Cukai Bulanan.
Kalau rasa ianya sebagai tanggungjawab bolehlah sertai sekarang. Mudah je klik di di atas ini.Sempena dengan kempen ini berpeluang memenangi laptop atau smart tag. Kempen ni bermula 1 Oktober 2018 dan akan berakhir 31 Disember ni.
Kalau rasa ragu dan banyak pertanyaan boleh hubungi Puan Nazirah (012-6296791)/Encik Hatta (019-3880573)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.akupenghibur.com/2018/12/hidup-akan-lebih-berbahagia-dengan-memberi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JomSenyumBersamaAkuPenghibur+%28Jom+Senyum+Bersama+Aku+Pe