Hidayah Tan Foo Hock Sempat Lafaz Syahadah Sebelum Hembus Nafas Terakhir



"TIGA kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira-kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya, memandangkan dia seorang free thinker, dia hanya diam

"Akhirnya, kira-kira 9 pagi Selasa lalu ketika saya bangkitkan hal sama, dia minta penjaganya, Nurin, untuk ajar dia mengucap dua kalimah syahadah," kata Suzie Tan Eng Lian, 59

Suzie adalah adik kepada Tan Foo Hock, 66, yang tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini selepas dikatakan memeluk Islam sebelum meninggal dunia kurang 24 jam kemudian

Foo Hock dipercayai menggunakan Mohammad Ridzuan Tan Abdullah sebagai nama Islamnya meninggal dunia akibat kanser di kediaman Suzie di Subang Jaya, Selangor, 27 Mei lalu

Menurut Suzie, meskipun berlainan agama, dia dan adik-beradik lain tiada masalah dengan keputusan abangnya untuk memilih Islam sebelum menghembuskan nafas terakhir

Malah, Suzie sebaliknya mengakui lega melihat riak wajah abangnya berbeza, malah kelihatan lebih tenang sebaik selesai melafazkan kalimah itu


"Amat menakjubkan selepas mengucap, arwah kelihatan sangat tenang dan kemudian menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama anak dan menantunya sepanjang hari

"Menjelang malam, anak dan menantu arwah pulang ke rumah mereka dan pada waktu Subuh, saya dapati abang saya sudah tiada. Dia meninggal dalam tidur," demikian kata Suzie kepada Harian Metro, hari ini

Sementara itu, adik bongsu arwah, Mohammed Khairi Tan Abdullah, 54, berkata, keputusan abangnya untuk memeluk Islam agak mengejutkan memandangkan Foo Hock dikatakan tidak menunjukkan minat selama ini

Namun, Mohammed Khairi juga tidak menafikan abangnya sering dipanggil dengan pelbagai nama Melayu seperti Ridzuan dan Azlan oleh rakannya memandangkan Foo Hock banyak bergaul dengan masyarakat Melayu

"Jika diikutkan minat, mungkin saya lebih minat untuk memeluk Islam apabila saya sendiri pernah dipuji oleh ustazah kerana boleh menulis jawi dan membaca ayat suci al-Quran dengan baik walaupun saya orang Cina

"Manakala, arwah, selain banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, dia memang fasih berbahasa Melayu, malah fizikalnya juga bermisai menampakkan seperti orang Melayu, namun tiada tanda-tanda dia ingin memeluk Islam

"Cuma pernahlah ketika umur saya sekitar 12 tahun, saya terjumpa buku Fardu Ain yang mengajar cara solat dan sebagainya di dalam laci arwah

"Ketika itu arwah berusia 24 tahun dan saya pun tidak mengesyaki apa-apa ketika saya masih kecil, sekadar selongkar barang abang-abang dan saya tidak tanya atau mengadu kepada sesiapa mengenai perkara itu," katanya

Mohammed Khairi berkata, memeluk Islam bukanlah asing dalam keluarga mereka memandang dia dan kakaknya yang menetap di Singapura sudah sekian lama menganut agama itu

"Daripada 14 beradik seibu sebapa, saya dan kakak saya di Singapura sudah pun memeluk Islam sejak zaman muda lagi yang mana kakak saya kini juga seorang ustazah di sana

"Jadi, perkara ini bukanlah asing. Kakak saya (Suzie) pun beritahu saya dalam keadaan bersahaja, 'Khairi, abang kau (Foo Hock) dah masuk Islam' sebaik arwah selesai lafaz dua kalimah syahadah

"Kakak saya kata, arwah cakap 'aku nak masuk Islam, aku nak mati dalam Islam' sambil suruh Nurin ajar dia mengucap tapi Nurin teragak-agak kerana bimbang dengan respons orang lain, namun dia lakukan juga apabila semua ahli keluarga tidak membantah

"Ketika itu saya sangat bersyukur dan apabila dia meninggal dunia keesokannya, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk dia. Dapat memandikan mayatnya memberikan saya pengalaman indah terakhir bersamanya," katanya

Sumber: Harian Metro

from Sehinggit Media https://ift.tt/2MeOv6q
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/05/hidayah-tan-foo-hock-sempat-lafaz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidayah Diakhir Hayat Syurga Buatmu Tan Foo Hock

Hidayah Diakhir Hayat Syurga Buatmu Tan Foo Hock

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 456 hits
Tiga kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya memandangkan dia seorang free thinker dia hanya diam Akhirnya kira kira 9 pagi Selasa lalu ketika...
Hidayah Tan Foo Hock Di Hujung Ajal

Hidayah Tan Foo Hock Di Hujung Ajal

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 481 hits
Hidayah Tan Foo Hock di hujung ajal TIGA kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya memandangkan dia seorang free thinker dia hanya diam
Lelaki Tertua Dunia Menghembuskan Nafas Terakhir Ketika Tidur

Lelaki Tertua Dunia Menghembuskan Nafas Terakhir Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 329 hits
Robert Weighton atau lebih dikenali sebagai lelaki tertua di dunia meninggal dunia pada umur 112 tahun Weighton yang merupakan bekas guru dan jurutera dikatakan menghidapi kanser dan menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur di rumah...
Hari Terakhir Sebelum Pkp

Hari Terakhir Sebelum Pkp

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 390 hits
17 Mac 2020 Hari terakhir sebelum PKP bermula Pegi kerja macam biasa settle kan apa yang patut kat pejabat Batalkan mesyuarat yang telah dijadualkan pada 29 Mac 2020 dan juga taklimat pada 2 April 2020 E mel dan contact semua yang terlibat ...
Sayu Lelaki Bangsa Cina Meninggal Dunia Sehari Selepas Lafaz Syahadah Peluk Agama Islam

Sayu Lelaki Bangsa Cina Meninggal Dunia Sehari Selepas Lafaz Syahadah Peluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 486 hits
Hidayah itu datang daripada Allah Dia memberi kepada sesiapa yang dikehendaki Nya Kita sebagai manusia tidak dapat menduga bagaimana pengakhiran hidup setiap individu di dunia ini kerana semua itu merupakan rahsia Allah Seperti satu perkong...
Hidayah Allah Buat Free Thinker Ucap Dua Kalimah Syahadah Di Hujung Nyawa

Hidayah Allah Buat Free Thinker Ucap Dua Kalimah Syahadah Di Hujung Nyawa

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 358 hits
Tiga kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya memandangkan dia seorang free thinker dia hanya diam Allahyarham Tan Foo Hock Akhirnya kira kira ...
Individu Cuba Rentas Negeri Akan Dikompaun Mulai Hari Ini Sebelum Diarah Berpatah Balik

Individu Cuba Rentas Negeri Akan Dikompaun Mulai Hari Ini Sebelum Diarah Berpatah Balik

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 386 hits
PUTRAJAYA Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata mulai hari ini mana mana individu cuba merentas negeri dengan alasan balik ke kampung bukan sahaja perlu diarah patah balik tetapi dikenakan kompaun Beliau berkata ini bagi menyatakan kera...
17 Jenis Pengeluaran Kwsp Akaun 1 2 Yang Boleh Dikeluarkan Sebelum Umur Pencen

17 Jenis Pengeluaran Kwsp Akaun 1 2 Yang Boleh Dikeluarkan Sebelum Umur Pencen

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 575 hits
17 JENIS PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 2 YANG BOLEH DIKELUARKAN SEBELUM UMUR PENCEN Adakah anda tahu bahawa terdapat 17 jenis pengeluaran yang boleh dikeluarkan sebelum umur persaraan Terbaru kerajaan membenarkan ahli KWSP membuat pengeluaran se...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Cikbunga Menunaikan Umrah

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc

Ahmad Al Sharaa Masuk 100 Orang Paling Berpengaruh Versi Time 2025

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders