Hidayah Allah Buat Free Thinker Ucap Dua Kalimah Syahadah Di Hujung Nyawa


"Tiga kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira-kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya, memandangkan dia seorang free thinker , dia hanya diam.

Allahyarham Tan Foo Hock (kanan)

"Akhirnya, kira-kira 9 pagi Selasa (26/5/2020) lalu ketika saya bangkitkan hal sama, dia minta penjaganya, Nurin, untuk ajar dia mengucap dua kalimah syahadah," kata Suzie Tan, 59.

Suzie adalah adik kepada Tan Foo Hock, 66, yang tular di media sosial selepas dikatakan memeluk Islam sebelum meninggal dunia kurang 24 jam kemudian.

Tan Foo Hock dipercayai menggunakan Mohammad Ridzuan Tan Abdullah sebagai nama Islamnya, meninggal dunia akibat kanser di kediaman Suzie di Subang Jaya, Selangor, 27 Mei 2020 lalu.

Menurut Suzie, meskipun berlainan agama, dia dan adik-beradik lain tiada masalah dengan keputusan abangnya untuk memilih Islam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Malah, Suzie sebaliknya mengakui lega melihat riak wajah abangnya berbeza, malah kelihatan lebih tenang sebaik selesai melafazkan kalimah itu.

"Amat menakjubkan selepas mengucap, arwah kelihatan sangat tenang dan kemudian menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama anak dan menantunya sepanjang hari.

"Menjelang malam, anak dan menantu arwah pulang ke rumah mereka dan pada waktu Subuh, saya dapati abang saya sudah tiada. Dia meninggal dalam tidur," demikian kata Suzie kepada Harian Metro.

Sementara itu, adik bongsu arwah, Mohammed Khairi Tan Abdullah, 54, berkata, keputusan abangnya untuk memeluk Islam agak mengejutkan memandangkan Foo Hock dikatakan tidak menunjukkan minat selama ini.

Namun, Mohammed Khairi juga tidak menafikan abangnya sering dipanggil dengan pelbagai nama Melayu seperti Ridzuan dan Azlan oleh rakannya memandangkan Foo Hock banyak bergaul dengan masyarakat Melayu.

"Jika diikutkan minat, mungkin saya lebih minat untuk memeluk Islam apabila saya sendiri pernah dipuji oleh ustazah kerana boleh menulis jawi dan membaca ayat suci al-Quran dengan baik walaupun saya orang Cina.

"Manakala, arwah, selain banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, dia memang fasih berbahasa Melayu, malah fizikalnya juga bermisai menampakkan seperti orang Melayu, namun tiada tanda-tanda dia ingin memeluk Islam.

"Cuma pernahlah ketika umur saya sekitar 12 tahun, saya terjumpa buku Fardu Ain yang mengajar cara solat dan sebagainya di dalam laci arwah.

"Ketika itu arwah berusia 24 tahun dan saya pun tidak mengesyaki apa-apa ketika saya masih kecil, sekadar selongkar barang abang-abang dan saya tidak tanya atau mengadu kepada sesiapa mengenai perkara itu," katanya.

Mohammed Khairi berkata, memeluk Islam bukanlah asing dalam keluarga mereka memandang dia dan kakaknya yang menetap di Singapura sudah sekian lama menganut agama itu.

"Daripada 14 beradik seibu sebapa, saya dan kakak saya di Singapura sudah pun memeluk Islam sejak zaman muda lagi yang mana kakak saya kini juga seorang ustazah di sana.

"Jadi, perkara ini bukanlah asing. Kakak saya (Suzie) pun beritahu saya dalam keadaan bersahaja, 'Khairi, abang kau (Foo Hock) dah masuk Islam' sebaik arwah selesai lafaz dua kalimah syahadah.

"Kakak saya kata, arwah cakap 'aku nak masuk Islam, aku nak mati dalam Islam' sambil suruh Nurin ajar dia mengucap tapi Nurin teragak-agak kerana bimbang dengan respons orang lain, namun dia lakukan juga apabila semua ahli keluarga tidak membantah.

"Ketika itu saya sangat bersyukur dan apabila dia meninggal dunia keesokannya, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk dia.

"Dapat memandikan mayatnya memberikan saya pengalaman indah terakhir bersamanya," katanya.

Al-Fatihah.

BACA INI JUGA:
'Jika Cerita Ini Karut, Maka Lebih Mengarut Akidahmu'Kebencian Ideologi Komunis Terhadap Islam
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/ateis-ucap-dua-kalimah-syahadah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidayah Tan Foo Hock Sempat Lafaz Syahadah Sebelum Hembus Nafas Terakhir

Hidayah Tan Foo Hock Sempat Lafaz Syahadah Sebelum Hembus Nafas Terakhir

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 357 hits
TIGA kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya memandangkan dia seorang free thinker dia hanya diam Akhirnya kira kira 9 pagi Selasa lalu ketika...
Hidayah Tan Foo Hock Di Hujung Ajal

Hidayah Tan Foo Hock Di Hujung Ajal

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 461 hits
Hidayah Tan Foo Hock di hujung ajal TIGA kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya memandangkan dia seorang free thinker dia hanya diam
Covid 19 Dua Mukim Tiada Kes Aktif Jumlah Zon Hijau Meningkat Kepada 31

Covid 19 Dua Mukim Tiada Kes Aktif Jumlah Zon Hijau Meningkat Kepada 31

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 721 hits
SHAH ALAM 30 MEI Jumlah mukim yang diisytihar sebagai zon hijau di Selangor hari ini meningkat kepada 31 susulan tiada lagi kes aktif Covid 19 direkodkan di Jeram dan Pasangan di Kuala Selangor Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor b...
Polis Patahkan Cubaan Dua Lelaki Curi Sarang Burung Walit

Polis Patahkan Cubaan Dua Lelaki Curi Sarang Burung Walit

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 408 hits
IPOH 29 Mei Cubaan dua lelaki yang memecah masuk sebuah bangunan untuk mencuri sarang burung walit di Pekan Selama dekat sini gagal apabila mereka ditahan polis dalam kejadian awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Selama DSP Mohd Sabri Saad ber...
Dua Beradik Cedera Disengat Tebuan Seorang Kritikal

Dua Beradik Cedera Disengat Tebuan Seorang Kritikal

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 335 hits
Dua beradik dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas dipercayai disengat tebuan manakala seorang daripadanya kritikal dalam kejadian di sekitar bukit berhampiran rumah mereka dekat Felda Kerteh 4 di Dungun petang tadi Dalam kejad...
Hiburan Dua Kali Keguguran Netizen Cadang Almy Nadia Henti Buat Ulasan Makanan

Hiburan Dua Kali Keguguran Netizen Cadang Almy Nadia Henti Buat Ulasan Makanan

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 408 hits
Meskipun wujud segelintir netizen mencadangkan pelakon Almy Nadia berhenti melakukan ulasan produk makanan di laman sosialnya selepas mengetahui dirinya telah dua kali mengalami keguguran namun Almy menafikan perkara itu menjadi punca kandu...
Dua Didakwa Tetak Remaja

Dua Didakwa Tetak Remaja

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 372 hits
BURUH kontrak dan pendawai elektrik didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap remaja lelaki di pekan Kelapa Sawit Kulai dua minggu lalu Tertuduh Lee Lok Heng 19 dan Saw Ch...
Ph Kedah Atasi Masalah Bekalan Air Selama Dua Dekad

Ph Kedah Atasi Masalah Bekalan Air Selama Dua Dekad

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 247 hits
Isu air Kedah yang berlarutan selama 2 dekad berjaya diselesaikan oleh pentadbiran DS Mukhriz Mahathir Khusunya dalam parlimen Merbok isu air mula diselesaikan secara berperingkat Peruntukan untuk menaiktaraf logi Bukit Selambau telah diper...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet