Hiburan Tak Tahu Sampai Bila Akan Bertahan Zaiton Sameon Syukur Masih Ada Wang Simpanan Hadapi Pkp 2 0
Berharap agar krisis pandemik COVID-19 ini bakal segera berakhir, penyanyi veteran Zaiton Sameon meluahkan rasa kesyukuran kerana masih mempunyai sedikit wang simpanan untuk menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua yang dilaksanakan kerajaan kala ini.
Sumber : Berita Harian Meskipun begitu, Zaiton juga berasa runsing kerana tidak tahu sampai bila wang tersebut akan bertahan jika digunakan berterusan tanpa mempunyai pekerjaan sepanjang PKP ini.
AdvertisementKatanya lagi, dia tidak akan sesekali meninggalkan dunia nyanyian dan akan mengambil peluang untuk membuat persembahan jika masih ada permintaan di luar sana kerana minatnya yang sangat mendalam dan juga sudah sebati dengan diri.
Mengakui segalanya seperti ‘terhenti’ seketika, Zaiton memaklumkan kebanyakan wang simpanan diperolehnya melalui aktiviti persembahan dan nyanyian, berniaga rendang dan juga minyak wangi.
Sumber : Youtube Studio Akustik JV “Buat masa sekarang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, saya hanya duduk di rumah sahaja. Usia pun makin emas, dan saya tumpu sepenuhnya pada amal ibadat. Nak buat apa lagi pada ketika dah tak boleh keluar bekerja sekarang. Saya pun individu berisiko kerana faktor usia jadi untuk keselamatan duduklah di rumah dan tingkatkan amalan untuk bekalan diri.”
Meskipun begitu, katanya lagi dia sempat membuat dua persembahan nyanyian di Melaka sekitar Oktober tahun lalu dan memperoleh sedikit wang perbelanjaan yang digunanya kini.
Sumber : Facebook Dapur Zaiton Sameon Dalam pada itu, menurut penyanyi lagu lagenda Menaruh Harapan ini lagi, dia sepatutnya merakamkan dua buah lagu solo dan duet namun tidak sempat menghabiskannya apabila komposer Allahyarham A. Ali telah meninggal dunia pada 21 November lalu.
Mengakhiri perbualan, Zaiton berkata dia menyimpan hasrat untuk merakamkan lagu tersebut sehinggalah ianya diterbitkan untuk peminat sekurang-kurangnya selepas PKP tamat dan krisis COVID-19 ini berakhir, ujarnya penuh pengharapan.
The post “Tak Tahu Sampai Bila Akan Bertahan..” Zaiton Sameon Syukur Masih Ada Wang Simpanan Hadapi PKP 2.0 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/01/hiburan-tak-tahu-sampai-bila-akan.html