Hiburan Saya Sama Je Tak Ada Lah Pula Lupa Diri Acah Acah Pakai Barang Mewah Reen Rahim
Pelakon Reen Rahim terkenang tentang kerisauan bapanya sewaktu dia mula-mula memasuki dunia hiburan dengan menyertai program realiti Pilih Kasih terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar lapan tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN Hikmah Tak Peduli Beg Gucci, Prada, Reen Rahim Masih Mampu Tanggung Keluarga Kala PandemikAdvertisementReen atau nama sebenar Noreean Ashikin Abdul Rahim berkata dia berpegang dengan prinsip bahawa kepercayaan dan sokongan keluarga penting untuk seseorang anak berjaya dalam karier. Baginya, anak-anak akan sentiasa di landasan yang betul bila dia melalui hidup dengan reda dan doa ibu bapa.
View this post on InstagramA post shared by Reen Rahim (@reenrahim)
Reen, 33, turut berkongsi bapanya sangat risau jika dia terjebak dengan perkara tidak sepatutnya selepas bergelar anak seni.
AdvertisementBila kakak tanya, amie (gelaran bapanya) jawab dia takut saya rosak, lupa diri. Dia takut saya terjebak dengan kegiatan negatif seperti apa yang dibaca dalam laporan berita dan majalah Mangga bahagian gosip tu.
Pemenang program Pilih Kasih itu juga turut akui walaupun dia merupakan anak mak, tetapi mak dan bapa juga perlu mendengar kemahuannya dan tidak ada siapa yang boleh menghalangnya untuk mencapai apa yang dia mahukan.
Alhamdulillah, saya sama je tak ada lah pula lupa diri. Acah-acah pakai barang mewah, tak boleh makan warung, nak lepak tempat mahal selalu dan berkawan dengan orang tertentu saja. Lambat lagi. Kisah pula aku dengan semua itu.
Bagaimanapun, keresahan bapa kepada pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu tidak menjadi penghalang untuk dia meneruskan niat bergelar anak seni memandangkan dirinya seorang yang tegas dalam mencapai apa yang dimahukannya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Saya Sama Je Tak Ada Lah Pula Lupa Diri, Acah-Acah Pakai Barang Mewah..” – Reen Rahim first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/10/hiburan-saya-sama-je-tak-ada-lah-pula.html