Hiburan Pernah Tiada Duit Nak Beli Susu Anak Farra Inalis Titip Kata Semangat Buat Ibu Tunggal Di Luar Sana
Isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Inalis tampil memberikan kata-kata semangat buat para wanita yang bergelar janda dan ibu tunggal di luar sana menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, semalam.
Mengakui bahawa kehidupan sebelum berkahwin dengan Caprice benar-benar mencabar, Farra memberitahu bahawa saat penceraian adalah merupakan pengalaman paling pahit sepanjang bergelar seorang wanita.
AdvertisementView this post on InstagramA post shared by ________?ELIS?_______ (@farra_inalis)
Ini berikutan persepsi masyarakat terhadap status janda yang sering saja dipandang serong oleh ramai orang di luar sana.
AdvertisementIbarat jatuh ke lubang yang paling dalam dan gelap, hilang segala hala tuju, terasa dunia gelap gelita serta merta. Paling sedih bila ‘janda’ selalu dipandang serong oleh sesetengah pihak.
Malah, ceritanya lagi, dia terpaksa berkorban dengan menghantar anak perempuannya kepada bekas suami kerana tidak mampu untuk membeli susu dan lampin pakai buang.
View this post on InstagramA post shared by ________?ELIS?_______ (@farra_inalis)
Tidak putus asa, Farra kemudiannya bangkit memperbaiki taraf kehidupan dengan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa.
Dia dalam pada itu turut mendoakan agar mereka yang sedang melalui fasa hidup yang sama untuk terus kuat dan berjuang serta sentiasa sabar melalui dugaan hidup.
“Setiap orang dugaan berbeza, yang tengah ada masalah sekarang. Elis faham sangat apa korang rasa, Elis doakan korang sabar dan kuat okay…” tulisnya lagi panjang lebar.
2 hari laluDiaju Soal Anak, Isteri Caprice Kata Tunggu Satu Atau Dua Tahun LagiThe post Pernah Tiada Duit Nak Beli Susu Anak, Farra Inalis Titip Kata Semangat Buat Ibu Tunggal Di Luar Sana first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/11/hiburan-pernah-tiada-duit-nak-beli-susu.html