Hiburan Tak Tahu Nak Saya Atau Nak Harta Semakin Popular Jaafar On Terima Pelawaan Kahwin Daripada Beberapa Wanita
Pelakon veteran, Jaafar Onn mengakui ada menerima beberapa pelawaan untuk berkahwin daripada beberapa orang wanita sementelah dia kini semakin popular setelah membintangi filem 18 Puasa Di Kampung Pisang, baru-baru ini.
Ujar Jaafar Onn, 70, pelawaan untuk mendirikan rumah tangga datang daripada anak dara dan juga golongan janda.
AdvertisementSumber : Google Namun bagi pelakon yang terkenal menerusi sitkom komedi Cili Padi itu, dia sudah penat memikirkan soal kahwin dan jodoh pada ketika ini.
“Saya dah letih dan penat untuk fikir soal kahwin. Tidak tahulah samada hati saya dah tertutup sekarang. Tapi kalau Allah kata kahwin, kahwinlah saya nanti. Macam di studio masakan saya. Ada 50 orang datang belajar masak tapi bukan nak tengok saya mengajar. Tapi sebaliknya ajak saya kahwin..”
Bapa kepada seorang anak lelaki ini juga berkata bahawa dia sudah berasa amat tua untuk berkahwin dan tidak pasti samada wanita tersebut ikhlas untuk hidup bersamanya atau hanya ingin menumpang kesenangan hidup yang dikecapinya kini.
Sumber : Google “Tidak tahulah kalau niat mereka nak tumpang harta saya. Tapi saya sendiri pun tak tahu sama ada saya kaya atau tak. Tapi hidup saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga..” ujarnya lagi.
Perkembangan lain, Jaafar Onn yang juga seorang cef masakan meluahkan impian untuk menghasilkan buku biografi mengenai kehidupannya.
Sumber : Google Dia juga kini ligat berniaga kek arab yang diusahakan di mana ianya dipasarkan dalam talian. Jaafar Onn juga difahamkan sering memasak nasi beriani pada setiap hari Jumaat sebelum diberikan secara percuma demi mengumpul saham akhirat di usia emas kini.
The post “Tak Tahu Nak Saya Atau Nak Harta..” Semakin Popular, Jaafar On Terima Pelawaan Kahwin Daripada Beberapa Wanita first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/05/hiburan-tak-tahu-nak-saya-atau-nak.html