Hiburan Kehamilan Pertama Dipermudahkan Isteri Shah Iskandar Tak Kisah Mengandung Kerap Selang Dua Tahun
Siti Sarah Mohd. Noor, isteri kepada pelakon Shah Iskandar meluahkan rasa kesyukuran dan gembira kerana proses kehamilan anak sulungnya kini dipermudahkan.
Menurut Sarah, dia langsung tidak mengalami sebarang alergi atau alahan seperti yang selalu dikaitkan dengan wanita mengandung.
Penantian selama 4 tahun itu ternyata mendatangkan cahaya kegembiraan buat pasangan ini. Sarah juga mengatakan dia merupakan bakal ibu yang gembira kerana bayi dalam kandungan seolah-olah turut memberi kerjasama dan sentiasa berkelakuan ‘baik’ sepanjang kehamilan ini.
Malah, dia turut teruja dan tidak kisah jika mahu melalui proses kehamilan lagi sekali dalam tempoh yang dekat.
View this post on InstagramIm the happiest mommy-to-be!! Alhamdulillah sgt2 after 4 years waiting, i feel so blessed with this pregnancy, my baby baik sgt2, lgsg xde morning sickness, penat, (loya time mkn byk sgt je ?), tak de nak lemau2 and energetic je buat kerja , drive n meeting people!! Kalau mcm ni nk preggy lg selang 2 years pn xkisah LOL! For those yg blm ada rezeki, jgn stress2 sgt fikir coz when time comes, inshaAllah Tuhan kasi..jgn lupe doa hri2 k!? . Btw, i just take Pramilet bli kt Watson RM 17, Obical yg gynae kasi & Salindah B1 RM 45 tahan berbulan2 throughout my pregnancy. Xmhl mne pun. Saja nk share kt sape2 yg baru preggy ke in case time preggy xde energy or loya teruk, myb can try these supplements ? . #preggymom #7monthspregnant #countingdays #jalanjalancarimakan #penangfoodie
A post shared by Sarah Norris (@imsarahnorris) on Jul 23, 2020 at 8:36am PDT
“Kalau macam ni nak mengandung lagi selang dua tahun pun tak kisah! Kepada mereka yang belum ada rezeki, jangan stress sangat fikir kerana masanya akan tiba. Insya-Allah tuhan beri. Jangan lupa doa hari-hari okay!”
Dia meluahkan rasa kesyukuran itu menerusi laman instagramnnya dan turut sempat menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana yang masih menunggu zuriat.
View this post on InstagramRaya PKP kita posing background langsir rumah jelah ? . #5monthspregnant #countingthedays #babybump #shahiskandarjunior #acah2photoshoot
A post shared by Sarah Norris (@imsarahnorris) on May 30, 2020 at 7:37am PDT
Untuk rekod, pelakon Shah Iskandar telah bernikah dengan Siti Sarah pada Januari 2016 yang lalu. Terdahulu, Shah telah mengumumkan bahawa dia bakal bergelar bapa setelah penantian selama 4 tahun untuk menimang cahaya mata pertama.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/07/hiburan-kehamilan-pertama-dipermudahkan.html