Hiburan Kecil Memang Kecil Namun Cili Padi Sangat Penting Dalam Hidup Kita Sebab
Sekali pandang, tiada apa-apa yang istimewa dan menarik tentang cili padi. Saiznya kecil, warnanya sama ada hijau atau merah dan lastly, rasanya boleh tahan la pedas. . Nothing special pun. Nothing kebabom pun.
Namun sedarkah kita bahawa cili padi tersangatlah penting di dalam kehidupan seharian kita. Selama ini kita hanya “take for granted” je kehadiran cili padi. Andai ditakdirkan secara tiba-tiba cili padi tidak wujud di dunia bermula hari ini, memang huru hara dibuatnya. Ini kerana cili padi tersangatlah penting untuk:-
Untuk masak lemak cili padi
Arghhhhh ~~~ Tanpa cili padi, tiada lagi keenakan ayam/daging/siput/pucuk paku masak lemak cili padi. Rasa pedas dan berlemaknya memang membuatkan kita terlupa apa itu diet. Siap tambah nasi 2 kali tanpa segan silu. Memang kaw-kaw sedap!!!
Untuk lengkap Mamak session Machaaaa, cili potong satu!!!!
Setiap kali lepak mamak, tangan kita secara automatik memanggil mamak sambil berkata “Machaaaa, cili potong satu”. Tahukah anda bahawa cili potong itu adalah cili padi? Ia melazatkan apa sahaja makanan yang kita order. Tak ada cili potong, memang tak lengkaplah kelepakan kita di mamak.
Untuk lenjan internet sepuasnya dengan plan Cili Padi XL daripada Digi
Sambil lepak makan tu, sudah tentu anda perlukan data internet yang secukupnya . Dengan plan bulanan termurah Cili Padi XL daripada Digi, anda boleh layan Facebook, Instagram dan Twitter dengan selaju-lajunya tanpa had termasuk data tambahan sebanyak 2GB. Jadi lagi banyak masa korang boleh aktif bersosial media dan macam-macam lagi.
Tak kira la kalau korang beli data 2GB atau 6GB, data anda boleh bertahan selama 30 hari. Boleh la korang kekal aktif dalam dunia internet tanpa was-was dah lepas nie ! Digi Cili Padi XL adalah “one time pass” tanpa penyambungan automatik yang membolehkan anda menikmati Internet sepuas-puasnya dengan harga yang AMAT berbaloi-baloi. Anda hanya perlu layari laman web Digi atau klik di sini dan membuat pembelian di situ. Skali klik je kot!
Kalau selama ini anda jenis berkira kuota Internet apabila ingin membuka apa-apa laman sosial, jangan risau dengan plan Cili Padi XL ini anda boleh melakukan apa sahaja ikut sesuka hati. Nak upload Insta Live selang sejam pun boleh, nak komen status kawan Facebook anda pun tak ada masalah atau nak tweet sampai pagi pun tiada siapa yang akan menghalang. Senang cakap, Cili Padi dari Digi ini akan pastikan anda sentiasa berhubung dengan dunia sosial anda 24 jam. Terbaik bukan?
Siapa makan cili rasa pedas
Peribahasa “Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedas” memang Sudah sinonim dalam Kehidupan kita. Maksudnya ialah siapa yang buat perkara tak betul, dia akan rasa bersalah tanpa perlu dipaksa. Bayangkan jika perkataan cili itu ditukar Kepada durian ke, rambutan ke, memang tak kena langsung. Hanya cili sahaja yang mampu menyempurnakan peribahasa ini.
Jaga adab, nanti mak ayah cili mulut
Zaman kanak kanak dulu mesti mak bapak kita pernah memberikan amaran “nanti Ayah cilikan mulut kau tue” sebab kita tercakap perkataan kurang elok. Memang seram dibuatnya sebab takut mulut kita kepedasan lebih-lebih lagi kalau guna cili padi. Confirm menangis dibuatnya. Hanya cili sahaja yang mampu menimbulkan rasa gerun sebegitu. Kalau sumbat mangga ke, timun ke, tak adalah kita takut.
Cili padi ni, walaupun kecil, tapi banyak betul penggunaannya dalam kehidupan harian kita kan? Memang the power of cili sungguh. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.superpantas.com/2019/01/hiburan-kecil-memang-kecil-namun-cili.html