Hiburan Jangan Feeling Didakwa Bukan Yang Pertama Netizen Tak Setuju Sog X Shila Amzah Jadi Juara Ajl36
Semalam, industri seni negara telah menyaksikan kumpulan muzik Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan juga Shila Amzah telah merangkul gelaran juara bagi anugerah muzik berprestij negara, Anugerah Juara Lagu edisi ke-36 (AJL36).
Membawa rentak ‘hardcore’ dalam muzik mereka, juara AJL36 kali ini sememangnya ‘berbeza’ dan memberi kelainan buat peminat industri nyanyian di negara kita.
AdvertisementView this post on InstagramA post shared by Sekumpulan Orang Gila ? (@wearesog)
Lagu berjudul Pelukan Angkasa itu merupakan hasil ciptaan Raja Nazrin Shah dan juga lirik oleh Fazleena Hishamuddin itu telah melayakkan mereka membawa pulang trofi AJL bersalut emas dan juga wang tunai RM100,000.
Namun begitu, kemenangan tersebut nampaknya tidak disenangi sesetengah pihak yang merasakan lagu tersebut tidak ‘layak’ dan ‘bingit’ berbanding karya-karya lain yang dipertandingkan seperti Purnama (Naim Daniel), Angkara (Siti Nordiana), Sepi (Aina Abdul) dan lain-lain lagi.
AdvertisementMemandangkan SOG merupakan kumpulan ‘underground’, mungkin ramai yang tidak mengenali seperti artis-artis nyanyian ‘mainstream’ sehingga ada yang meminta SOG untuk tidak ‘feeling’ atau ‘perasan’ dan menganggap AJL tidak eksklusif kepada muzik arus perdana semata-mata.
Sumber : Twitter Walau bagaimanapun, ramai juga yang lebih terbuka dan menganggap kemenangan ini sebagai suatu peluang untuk mereka yang masih berjuang di industri seni secara amatur untuk terus berkarya sehingga ke tahap yang dicapai SOG.
Sekadar info, persembahan 12 finalis semalam telah diadili 10 juri profesional diketuai Datuk Mokhzani, Datuk Habsah Hassan, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Edrie Hashim, Helen Yap, LY,Altimet dan Faizal Tahir.
Pemilihan juara adalah dilakukan berdasarkan markah 85 peratus yang diadili terlebih awal iaitu daripada segi melodi, lirik, vokal, produksi dan susunan dalam rakaman.
12 jam lalu(TAHNIAH) SOG X Shila Amzah Pemenang Juara Lagu AJL36, Bawa Pulang RM100,000The post “Jangan ‘Feeling’..” – Didakwa ‘Bukan Yang Pertama’, Netizen Tak Setuju SOG x Shila Amzah Jadi Juara AJL36? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/03/hiburan-jangan-feeling-didakwa-bukan.html