Hiburan Idam Cahaya Mata Kedua Pada Tahun 2020 Datuk Seri Siti Nurhaliza Tetap Teruskan Usaha Meskipun Sibuk
Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini tampak sibuk dengan pelancaran album keduanya berjudul ManifestaSITI2020, berkata akan tetap meneruskan usaha untuk memperoleh cahaya mata kedua pada tahun ini.
Sudah lama merancang Datuk Siti atau lebih mesra disapa sebagai Tokti berkata, dia tidak berhasrat untuk menangguhkan perkara tersebut memandangkan dia sudah cukup bersedia. Tambahnya lagi, faktor umur juga memainkan peranan dan juga tidak digalakkan untuk melambat-lambatkan usaha terbabit.
Ketika ditemui Harian Metro, Tokti juga memaklumkan mengenai usaha mendapatkan cahaya mata itu tetap akan diteruskan tidak kira menerusi kaedah rawatan ataupun secara normal.
View this post on Instagram???. SEKITAR SIDANG MEDIA ALBUM MANIFESTASITI2020 anjuran Universal Music Malaysia & Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. @universalmusic_my @ctdk . Lokasi: @khansindiancuisine Radio Rasmi: @hotfm @koolfmmy Media Digital Rasmi: @thedonnamy Pakaian: @rizmanruzaini Solekan: @epie_temerloh Tudung: @galeriariani Foto: @aqoimran Video: @rasafilm.co #manifestasiti2020
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on Jul 3, 2020 at 9:12am PDT
“Bagi saya, kerja tetap perlu berjalan dan hal keluarga pun mesti diteruskan. Lagipun, saya bukan semakin muda. Buat apa nak tangguh-tangguh,”
Siti yang sebelum ini dilaporkan telah melakukan pembedahan kecil di sebuah perubatan swasta pada Februari lalu sebagai salah satu persediaan untuk hamil. Beliau dikatakan akan menggunakan kaedah persenyawaan secara ‘in-vitro’ (IVF) sama seperti ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu.
View this post on InstagramAlhamdullillah.. di awal PKP yang lalu saya & suami merasa tempias serta cabaran dalam perniagaan saya.. Namun Allah SWT Maha Hebat .. Setiap dugaan pasti ada hikmahnya ..Dengan semangat Suami beri kepada saya & team business saya , Kami dapat atasi dugaan ini sebaiknya.. malah jualan bagi beberapa produk luar dari jangkaan .. Subhanallah , Allah Swt bantu kami semua selagi kita berdoa, berusaha & ikhlas dalam mengharungi dugaan ini.. Sekarang semua team saya dalam semangat untuk terus kuat berjuang meningkatkan usaha mencapai kejayaan demi kejayaan kerana ini permulaan Norma Baru 2020 !! @officialsimplysiti @simplysiti.id @beausitiofficial @creacionbysitinurhaliza .. #kitajagakita #normabaru #pushyourself #bangunwanitasayang
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on Jun 3, 2020 at 2:30am PDT
View this post on InstagramAafiyah tetap!! ?
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on May 23, 2020 at 9:01pm PDT
Ditanyakan apakah harapan untuk percubaan mendapatkan zuriat kali ini, Tokti menyatakan hasrat untuk memiliki anak lelaki namun menyerahkan rezeki zuriat itu kepada Allah S.W.T
“Kalau boleh nak sepasang iaitu lelaki pula, lagipun dah ada perempuan. Tapi saya tetap berserah kepada Allah. Apa pun yang dikurniakan allah, saya bersyukur. Asalkan Allah izin saya hamil, saya terima saja sama ada anak lelaki atau perempuan,” – Datuk Siti Nurhaliza
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/07/hiburan-idam-cahaya-mata-kedua-pada.html