Maklum balas berkenaan dakwaan potong barisan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh oleh seorang artis tempatan dan pasangan.Berdasarkan semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.Tiada isu “potong barisan” dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.Pasangan ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV, Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mei 2021. Kenyataan penuh Pengarah HRPB, Dr Abdul Malek Osman.Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak itu lagi, tiada isu potong barisan dalam pemberian suntikan vaksin Covid-19. Pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |