Hiburan Berbuka Satu Jenis Lauk Dan Beberapa Sudu Nasi Ini Tips Chef Wan Turun Berat Badan
Tukang masak selebriti terkenal negara, Cef Wan mendedahkan beberapa tips untuk kekal sihat dan menurunkan berat badan sepanjang bulan Ramadan.
Sumber : Instagram Cef Wan Perkara tersebut dikongsikan Cef Wan menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.
Menulis panjang lebar, Cef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail,63, memberitahu bahawa dia tidak mengamalkan makanan dan minuman manis dalam diet seharian.
Ujarnya lagi, berat badannya juga turut selepas berhenti mengambil nasi dan roti dalam pola pemakanan. Manakala untuk hidangan berbuka, cukup sekadar satu hidangan lauk sahaja.
View this post on InstagramA post shared by chef wan (@_chefwan58)
“Terlebih makan pun tidak elok untuk Ramadan. Setengah orang boleh satu meja pelbagai juadah. Saya tengok pun rasa takut. Boleh ke mereka habiskan semua itu? Kuih muih yang manis-manis jangan harap di meja rumah saya. Jika makan nasi cuma satu lauk dan sayur sahaja serta buah-buahan.”
Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur kerana tidak mempunyai sebarang penyakit merbahaya yang sinonim dengan faktor umurnya kini.
“Itu sebab saya tidak ada kencing manis, darah tinggi dan Dr kata jantung, kolestrol dan asid urik saya juga bagus..” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by chef wan (@_chefwan58)
AdvertisementTambah Cef Wan, cara pemakanan sangat memaikan peranan yang penting dalam gaya hidup seseorang.
Selain itu, tukang masak terkenal itu juga sering mengamalkan aktiviti mengemas rumah sebagai salah satu senaman dalam kehidupan seharian.
The post Berbuka Satu Jenis Lauk Dan Beberapa Sudu Nasi, Ini Tips Chef Wan Turun Berat Badan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/04/hiburan-berbuka-satu-jenis-lauk-dan.html