Hiburan 30 Persembahan Terpaksa Dibatalkan Di Indonesia Baby Shima Gigih Buat Dua Single Elak Peminat Lupa Dirinya
Penyanyi kelahiran Masai, Johor yang kini bermastautin di Jakarta, Indonesia sejak empat tahun lalu, Baby Shima mengakui turut menerima tempias gara-gara penularan pandemik COVID-19 sejak awal tahun yang lalu.
Dia yang kini mencipta nama di negara seberang berkata lagi, sebanyak hampir 30 undangan persembahan yang diterimanya terpaksa dibatalkan kerana peningkatan kes di negara jiran itu.
Baby Shima yang terkenal dengan irama dangdut itu menjelaskan bahawa dirinya sudah redha namun bersyukur kerana sikapnya yang sentiasa beringat sejak dahulu lagi telah menyelamatkan dirinya daripada ketiadaan pekerjaan.
View this post on InstagramHai semua????? Jangan lupa saksikan persembahan shima pada Shopee 11.11 Big Countdown Show yang akan berlangsung pada 10 November 2020, jam 9 malam. Hanya di aplikasi & facebook @shopee_my! Ada pelbagai tawaran menarik untuk anda semua! #ShopeeLive #Shopee11.11BigCountdownShow #ShopeeMY #babyshima #byma #adanampakmummyhappy
A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial) on Nov 8, 2020 at 8:46pm PST
“Tidak dinafikan, kerjaya saya terhenti akibat COVID-19. Saya bernasib baik memiliki simpanan, tetapi sedikit sebanyak pasti muncul kebimbangan kerana mencari rezeki menerusi nyanyian. Saya rasa tekanan itu apabila lebi 30 undangan persembahan terpaksa dibatalkan.”
Tambah pemilik nama Nor Ashima Ramli ini, dia turut menarik nafas lega apabila syarikat pengurusannya di Indonesia iaitu Nagaswara telah menyambung kontrak nyanyiannya selama lima tahun lagi.
View this post on InstagramDah siap jadi pembantu mak awak? #babyshima #byma #adanampakmummyhappy
A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial) on Aug 18, 2020 at 9:21pm PDT
Dia dalam pada masa yang sama gusar kerana dirinya masih baru dalam industri muzik di Indonesia dan menghilang terlalu lama daripada ‘radar’ bakal membuatkan namanya tenggelam dan peminat pastinya akan melupakan siapa Baby Shima.
Disebabkan itu, dia kini berusaha menyiapkan rakaman dua single bagi mengelakkan peminat lupa dan sebagai salah satu usaha untuk membuktikan dia masih wujud dan relevan dalam dunia seni.
View this post on InstagramHARI INI untuk korang saksikan You dan Ysukuku bersama abang @catfarish !! Official music video premier akan dilancarkan sebentar lagi.. isnin (24 Ogos 2020) jam 5pm (MY) dan jam 4pm (WIB) #hotlink #babyshima #byma #adanampakmummyhappy #youdanysukuku #specialprojectmalaysia
A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial) on Aug 23, 2020 at 9:48pm PDT
Baby Shima juga turut tidak menolak jika ada tawaran untuk berlakon sepanjang keberadaanya di Malaysia. Namun begitu, tawaran berlakon hanya akan diterima jika watak yang ditawarkan menarik dan tidak memakan masa yang terlalu lama kerana ingin menumpukan perhatian kepada produksi untuk kandungan saluran Youtube miliknya.
Perkembangan terkini, Baby Shima telah muncul dengan dua single bertajuk You dan Ysukuku bersama Cat Farish. Dia juga tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia untuk Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Sumber : Berita Harian
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/11/hiburan-30-persembahan-terpaksa.html