Hi Tea Di Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur


Bulan lepas aku ke Menara Kuala Lumpur sebab nak bawa emak Hi Tea di Restoran Berputar Atmosphere 360. 
Kebetulan emak ada temujanji bulanan dengan doktor di Hospital dekat KL. Memang dah jadi kebiasaan memandangkan waktu kerja aku yang flexible jadi aku lah jadi peneman setia emak setiap kali jumpa doktor. 
Idea asal nak bawa emak jalan-jalan sekitar KL dan kemudian adik aku yang bongsu cadangkan minum petang di Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur. 




Hi Tea Di Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur Sengaja pilih KL Tower sebab nak bagi emak merasa makan di restoran berputar. Seperti dijangka kami yang excited. Emak cool seperti biasa tapi terpancar wajah kegembiraan emak. 
Memang niat kami adik beradik selagi ada masa, wang dan tenaga nak cipta kenangan dan balas jasa emak. Walau memang tak terbalas pon jasa emak melahirkan dan membesarkan kami. 
Ikutkan ini bukan pengalaman pertama aku makan di restoran Atmosphere 360 Menara ni. Aku dah pernah datang untuk lunch dan sambut anniversary perkahwinan dengan suami. 




Makan malam pula dengan rakan sepejabat. Setiap kali datang sini memang aku teruja. Pemandangan dari atas adalah seluas mata memandang. Cantik SubhanAllah. 
Bagi mereka yang gayat mungkin kurang selesa, cuma jangan berdiri dekat cermin dan pandang ke bawah. Macam emak, nak dekat dengan dinding cermin tu pun seriau. Faktor umur barangkali. 





Buffet Hi Tea Atmosphere 360 Menara Kuala LumpurWaktu untuk Hi Tea bermula pada pukul 3.30 sehingga 5.30 petang. Memandangkan urusan di hospital selesai pada pukul satu petang jadi kami cari makanan untuk alas perut. 
Rugi sangat kalau datang dengan perut yang penuh. Balik dulu ke rumah, segarkan diri dan solat Zuhur. 
Jalan pun kurang sesak memandangkan hari bekerja dan urusan nak parking pun mudah sangat. 
Oh ya, segala urusan tempahan adik aku yang buat. Tapi menurut dia, beli sahaja di laman web Klook senang je. 
Tak perlu print apa-apa dan boleh walk in terus ke kaunter. Hanya nyatakan nama dan nanti penjaga kaunter akan bantu. 




Harga dia boleh rujuk website Klook. Waktu untuk buffet adalah seperti dibawah. Setiap buffet makanan dia berbeza dan waktu dinner la makanan lebih banyak berbanding hi tea. 
Bayaran Hi tea tak termasuk pergi ke KL Tower observation deck ya. Aku dah pernah ke Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur. 

Lunch: 12:00pm - 2:30pmHi-Tea: 3:30 pm - 5:30 pmDinner: 7:00 pm - 10:00 pm


Menu Buffet Hi Tea Restoran Atmosphere 360 Kalau ikut website, menu akan ada perubahan setiap hari. Dari segi rasa tidaklah mengecewakan. Makanan jadi sedap sebab makan sambil mata dijamu dengan pemandangan indah. 
Nak menu lengkap boleh rujuk website KL Tower. Aku senaraikan berdasarkan apa aku ingat. 



Appetizer: Pelbagai jenis salad, sandwich, rojak buah.
Snack station: Keropok lekor, spring roll, samosa, wedges. 
Dessert: Pelbagai jenis kek, bubur kacang, jeli, ice cream dan manisan lain. Oh emak paling suka scones dia. 


Noodle yang ada pada hari tu ialah Mi Kari. 
Main course: Nasi ayam, Nasi lemak, Bihun goreng, Roti Nan, Kari, sausage, fillet dan sejenis dengannya. 
Overall aku suka makan dekat sini sebab layanan staff dia semua baik je. 




Pening Tak Makan Dekat Restoran Berputar? 
Nama je restoran berputar tapi kita tak rasa pun dia tengah berputar. Kita boleh nampak bahagian tengah buffet bergerak lawan arah dengan bahagian meja makan. 
Jadi kalau dah dapat tempat duduk, pastikan ingat no meja. Apa yang jadi bila kita ambil makanan di meja buffet dekat tengah, selepas kita selesai kedudukan meja makan akan berubah. 



Sebab ianya bergerak dan ambil masa selama 45 minit untuk buat putaran lengkap 360 darjah. Kami makan dalam keadaan tenang dan walaupun hari bekerja restoran agak penuh dengan rakyat tempatan. 
Gambar atas ni adalah contoh setting ada couple datang nak sambut birthday dekat KL Tower. Cantik weh. Rate semua boleh tanya staff dekat kaunter. 
Secara keseluruhan, puas hati dapat bawa emak makan di Restoran Berputar Atmosphere 360. Kenangan manis yang dicipta aku harap dapat kami kenang sampai bila-bila. 
Syukur atas setiap rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/10/hi-tea-di-atmosphere-360-menara-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
One Championship Returns To Kuala Lumpur With Action Packed One Fight Night Card

One Championship Returns To Kuala Lumpur With Action Packed One Fight Night Card

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 214 hits
ONE Championship the largest martial arts organization in the world will return to Kuala Lumpur on Saturday October 22 with an action packed ONE Fight Night card at Axiata Arena The event will mark the first time the organization has held a...
T12e01 Jalan Putra Kuala Lumpur Malaysia

T12e01 Jalan Putra Kuala Lumpur Malaysia

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 159 hits
Jalan PutraDestinasi utama yang berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra yang dikenali dengan akronim PWTC Hentian Putra stesen bas untuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia Pusat membeli belah The Mall Kemudahan tren terhampir Stesen STAR L...
Gigi Nakal Di Kuala Lumpur 5 November Ini

Gigi Nakal Di Kuala Lumpur 5 November Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 192 hits
GIGI NAKAL DI KUALA LUMPUR 5 NOVEMBER INI Assalammualaikum semua Finally GIGI juga hadir ke Malaysia untuk mengadakan konsert pada 5 November 2022 ini Kumpulan muzik Indonesia ini terkenal dengan lagu lirik puitis percintaan Menghargai seti...
Harga Tiket Terkini Taman Burung Kuala Lumpur

Harga Tiket Terkini Taman Burung Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 167 hits
Harga Tiket Terkini Taman Burung Kuala Lumpur Salam hormat bila tiba musim cuti sekolah mesti ibu bapa merancang kemana nak bawa anak anak bercuti kan cuti yang singkat di tambahkan lagi dengan kekangan bekerja para ibu bapa membuatkan niat...
Tren Kuala Lumpur Ke Hatyai Rm75

Tren Kuala Lumpur Ke Hatyai Rm75

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 232 hits
Nampak ada orang share Tren khas Kuala Lumpur ke Hatyai RM75 sehala harga Promo dari 21 hingga 24 Oktober 2022 Kita pun share ke blog terus Kot kotlah ada yang tengah merancang nak ke Hatyai naik tren selain yang pernah saya post sebelum ni...
Bp Unveils Refreshed Kuala Lumpur Office Marking Flexible Working Drive And Long Term Commitment To Malaysia

Bp Unveils Refreshed Kuala Lumpur Office Marking Flexible Working Drive And Long Term Commitment To Malaysia

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 211 hits
bp recently announced that it has completed a transformation of its Bangsar South City office in Kuala Lumpur as part of the company s global plans to embrace more flexible working patterns post pandemic From left to right Gan Wee Kiong Mar...
Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022

Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 228 hits
Lokasi Perkarangan Stadium Bukit Jalil Alamat Jalan Barat Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur Waktu Operasi 10 00 pagi 10 00 malam Harga Tiket Percuma Tarikh Lawatan 6 Oktober 2022 Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022 menjadi lokasi persinggah...
Sakit Tengkuk Bila Ke Kuala Lumpur

Sakit Tengkuk Bila Ke Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 262 hits
SAKIT TENGKUK BILA KE KUALA LUMPUR Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum semua Hihi PERUBAHAN DRASTIK luar jangka adalah Kuala Lumpur Setahun dua tak ke KL percayalah tak mustahil boleh sesat Silap masuk ja...
Berita Bodoh Spy Israel Di Kuala Lumpur

Berita Bodoh Spy Israel Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 140 hits
https www nst com my news crime courts 2022 10 841460 mossad used locals kidnap palestinianIsrael s intelligence agents struck on Malaysian soil again their war against Hamas OSTB Pasal apa selalu Hamas Hamas Hamas Pasal apa pula Israel tid...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities