Hentilah Menunggang Agama Demi Kepentingan Politik


Muhammad Firdaus bin Zalani Berhati-hati dalam memberi kefahaman syarak kepada masyarakatAPA yang ‘mereka’ maksudkan dengan siyasah shar’iyyah adalah perkara ijtihadi?
1. Kalaulah yang dimaksudkan ialah sebahagian besar perkara dalam siyasah bersifat ijtihadi, memang perkara itu jelas dan boleh dikatakan seluruh ulama siyasi terdahulu serta hari ini telah lama berpandangan sedemikian. Ini kerana sifat siyasah itu sendiri yang berbicara soal menggapai maslahat dan menolak mafsadah yang sentiasa berubah-ubah melihat kepada zaman, keadaan atau manusia adalah perkara asasi yang disepakati ulama. Namun perkara ini perlu dibaca bersama bahawa:  a. Wujudnya ruang ijtihadi dalam siyasah tidak menafikan wujudnya juga ruang tsawabit (kekal) yang ada dalam siyasah. Hal ini juga banyak dibicarakan oleh ulama terdahulu hinggalah ke hari ini. Sebahagian mereka telah menyimpulkan tsawabit tersebut kepada tiga perkara iaitu siyadah al-shariah (kedaulatan syarak), al-‘adl (keadilan) dan shura. Oleh itu dalam berbahas ruang ijtihad tersebut, perlu juga dipertegaskan ruang tsawabit tersebut barulah seruan yang dibawa itu seimbang.
b. Konsep ijtihad dalam syarak bukanlah longgar terus tanpa sebarang keterikatan. Asas wujudnya ruang ijtihad ini sendiri oleh kerana tiadanya dalil khusus yang membicarakan sesuatu isu tersebut maka terdapat ruang untuk ijtihad.
Namun walaupun tiada dalil khusus ini tidak bermaksud pandangan itu boleh dikeluarkan secara semberono, kerana dalam syarak terdapat juga dalil kulli serta ruh-ruh syariat itu sendiri yang perlu dijadikan panduan dalam membuat ijtihad. Ijtihad tanpa perkara ini hakikatnya bukanlah ijtihad kerana ia adalah pandangan berdasarkan akal dan hawa nafsu semata-mata. Begitu jugalah sepatutnya ‘ijtihad siyasi’ difahami.
c. Asas ruang dalam ijtihad juga bukanlah berdasarkan pembahagian ilmu. Bukanlah apabila sebut perkara itu adalah fiqh maka bebas berijtihad dalamnya. Ulama jelas meletakkan ruang ijtihad itu adalah dengan melihat pada dilalah nas (apa yang dimaksudkan daripada nas tersebut), jika nas tersebut bersifat qatie dilalah (jelas apa yang nak dimaksudkan) maka tiada ruang ijtihad di dalamnya kerana apa yang dimahukan drpd nas tersebut telah jelas, namun jika ia tidak jelas barulah wujud ruang ijtihad. 
Jadinya pandangan simplistik bahawa sebab siyasah dalam fiqh maka bebas ijtihadi dalamnya adalah satu fahaman yang sangat-sangat bahaya yang boleh merosakkan masyarakat dan syariat itu sendiri.
2. Tetapi kalaulah yang dimaksudkan siyasah itu langsung tidak terikat dengan syarak maka ia adalah satu pandangan yang sangat jauh daripada kefahaman asas Islam itu sendiri. Kalaulah yang dimaksudkan sebegini maka ia adalah seperti pandangan sesat Ali Abdul Raziq menyifatkan tiadanya siyasah dalam Islam yang mana pandangan ini telah ditolak oleh seluruh ulama Islam. 
Kalaulah ini yang dimaksudkan maka ia adalah fahaman yang selari dengan sekular Barat yang membuang peranan agama dalam berpolitik. Kalaulah ini yang dimaksudkan hilanglah sifat ‘shar’iyyah’ yang diletakkan bersama dengan istilah siyasah. Saya amat berharap bukan ini yang dimaksudkan.
3. Asasnya, kalimah syahadah (tauhid) itu sendiri memberi gambaran bagaimana berlakunya penyatuan dalam seluruh kehidupan bagi seorang muslim. Pemusatan Allah SWT adalah dalam seluruh hal bermula daripada aqidah membawa kepada nilai/prinsip yang akhirnya melahirkan sebuah sistem kehidupan yang jelas termasuklah dalam hal berpolitik. 
Inilah yang acap kali ditegaskan oleh al-Qardawi dalam kitab al-siyasah al-shariyyah. Tiada istilah berlakunya pertembungan antara pandangan siyasi dengan pendirian syarak (nas) yang telah jelas. Ini kerana siyasah itu sendiri akan sentiasa berdiri atas asas syarak yang secara hakikatnya akan memberi maslahat kepada manusia secara pasti (maslahat mu’tabarah).
Bahkan konsep maslahat dan mafsadah yang dibincangkan dalam siyasi itu sendiri adalah berdasarkan kayu ukur syarak, bukan apa yang ‘rasa-rasa’ betul atau ‘rasa-rasa’ salah. Bahkan Abu Zuhrah sendiri menyebutkan:
المصلحة كما ترى لا تقف أمام نص قطعي
Maslahat yang engkau rasakan tidak mungkin berdiri (menolak) nas-nas qatie (telah jelas)
Nasihat saya, berhati-hatilah dalam memberi kefahaman syarak kepada masyarakat. Janganlah nafsu pertelagahan kita dalam hal politik dibawa sehingga merungkai asas-asas syarak dan siyasah shar’iyyah yang akhirnya akan merosakkan kefahaman masyarakat. Perkara sama yang mereka sering katakan pada orang lain sepatutnya menjadi cermin kepada diri sendiri“Berhentilah menunggang agama untuk kepentingan politik”
 *Muhammad Firdaus bin Zalani, Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/hentilah-menunggang-agama-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prabowo Kami Siap Membantu Pemerintah Demi Kepentingan Rakyat

Prabowo Kami Siap Membantu Pemerintah Demi Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 266 hits
Ketum Gerindra Prabowo Subianto sepakat menyudahi persaingan di kontestasi Pilpres 2019 Prabowo mengakui pertarungan pilpres lalu sangat keras Oleh sebab itu harus segera disudahi
Jangan Gadai Islam Demi Kepentingan Pemaju

Jangan Gadai Islam Demi Kepentingan Pemaju

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 283 hits
BAYAN BARU Kerajaan DAP Pulau Pinang mesti kembali kepada perjanjian asal bersama pihak Masjid Nibong Tebal Besar dalam menyelesaikan isu projek Aliran Transit Ringan Bayan Lepas Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir Khairil Nizam Khirudin berkat
Thailand Sita Harta Ahli Politik Terlibat Skandal Dadah

Thailand Sita Harta Ahli Politik Terlibat Skandal Dadah

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 298 hits
Thailand sita harta ahli politik terlibat skandal dadah Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 23 Jul 2019 11 30PM
Dinilai Cuma Agenda Politik Trump Bi Yakinkan Gejolak Perang Dagang Hanya Sementara

Dinilai Cuma Agenda Politik Trump Bi Yakinkan Gejolak Perang Dagang Hanya Sementara

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 167 hits
Deputi Gubernur Senior Bank Indonesia Mirza Adityaswara masih menganggap bahwa gejolak perang dagang atau trade war antara Amerika Serikat dan China hanya bersifat sementara alias temporer Dia mengatakan perang dagang merupakan sebuah agend...
Politik Yang Memualkan Rehat

Politik Yang Memualkan Rehat

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 235 hits
Bagi mana pihak yang ADA ARTIKEL ekonomi atau iklan bisnes yang mahu DISIARKAN boleh email ke dotmaikay gmail com
Jangan Terseret Politik Kpk Harus Fokus Tuntaskan Kasus Besar

Jangan Terseret Politik Kpk Harus Fokus Tuntaskan Kasus Besar

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 186 hits
Jangan Terseret Politik KPK Harus Fokus Tangani Kasus Besar Mantan Ketua KPK Antasari Azhar mengatakan KPK bukan lembaga politik melainkan lembaga hukum Maka kata dia kasus kasus lama harus dituntaskan
Mengapa Kotorkan Politik

Mengapa Kotorkan Politik

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 229 hits
The politic is a dirty games adalah suatu kata kata yang diimport daripada Barat yang menjajah ke dalam akal fikiran mempengaruhi umat Islam sehingga kini disebabkan oleh buta agama yang lebih parah daripada buta huruf walaupun penjajah asi...
Anugerah Pangkat Tentera Kepada Ahli Politik Mat Sabu Mudah Lupa

Anugerah Pangkat Tentera Kepada Ahli Politik Mat Sabu Mudah Lupa

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 318 hits
Pada 19 April 2019 Menteri Pertahanan Mohamad Sabu disanjung ramai apabila Kementerian Pertahanan memutuskan untuk menghentikan amalan pemberian dan pengurniaan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada ahli politik dan selebrit...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025