Hentikan Tindakan Kafir Mengkafir Bukan Tradisi Budaya Islam Anwar


bharian.com.my
Oleh Zanariah Abd Mutalib 
[email protected]
- September 17, 2022 @ 1:23pm
Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto fail NSTP
KAJANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan kafir-mengkafir antara pemimpin politik dan menyifatkan ia naratif yang merosakkan serta wajar dihentikan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, parti politik sepatutnya memberi tumpuan kepada isu dasar dan tidak menyerang menggunakan isu kafir berkenaan, yang hanya akan menimbulkan kacau bilau yang mungkin tidak dapat dikawal.

"Saya tidak setuju andaian kalau menyinggung kafir oleh pimpinan PAS dan saya tidak setuju cara Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengkafirkan yang lain.

"Ini bukan tradisi budaya Islam dan tidak boleh dipertahankan," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Sanawi Ke-51 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persidanga Antarabangsa Kosmopolitan Islam di sini, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mendakwa PAS kini adalah parti kafir berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.

Bekas Perdana Menteri itu, berkata hingga kini PAS tidak menarik balik dakwaan yang dibuatnya suatu ketika dulu, bahawa orang yang tidak bersama parti itu adalah kafir, maka dengan tindakan kerjasama terbabit, ia menggambarkan bahawa mereka bukan lagi parti Islam.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada April 1981 melalui Amanat Haji Hadi dikatakan mengkafirkan UMNO sehingga menyaksikan orang Melayu ketika itu berpecah-belah.

Namun pada 2019, PAS bekerjasama dengan musuh tradisinya, UMNO di bawah semangat 'perpaduan ummah' atas nama Muafakat Nasional (MN).

Anwar yang juga Presiden PKR, turut mempersoalkan mengapa tiada teguran daripada pihak berkuasa agama dalam isu kafir-mengkafir berkenaan.

"Ada yang terima, tidak sanggup menegur. Mana mufti dan majlis agama, tidak boleh tegurkah bab ini?.

"Pendirian saya dan arahan kita kepada PKR dan PH, jangan layan, bahkan harus bantah sikap sama ada tidak jelas kafir-mengkafir atau pun memberikan pandangan ke arah itu," katanya.

Sementara itu, berhubung isu pengagihan kerusi dan permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menyertai PH, Anwar berkata, perkara itu sedang dirunding dan diteliti.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/hentikan-tindakan-kafir-mengkafir-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kafir Mengkafir Tak Setuju Tindakan Itu Termasuk Kenyataan Tun M Anwar

Kafir Mengkafir Tak Setuju Tindakan Itu Termasuk Kenyataan Tun M Anwar

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 485 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan parti parti politik serta sesetengah pemimpin termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dalam soal mengkafirkan pihak lain Jelas Presiden Parti Keadi...
Gelar Pawai Budaya Masyarakat Tradisi Yogyakarta Singgung Peran Ganjar Pranowo

Gelar Pawai Budaya Masyarakat Tradisi Yogyakarta Singgung Peran Ganjar Pranowo

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 168 hits
Koordinator Acara Totok Ispurwanto membicarakan sosok Gubernur Jawa Tengah Ganjar Pranowo yang tak mungkin dilupakan warga Daerah Istimewa Yogyakarta
Rentasan 1216 Gempar Pemimpin Mca Persoal Budaya Kemaafan Orang Melayu Islam

Rentasan 1216 Gempar Pemimpin Mca Persoal Budaya Kemaafan Orang Melayu Islam

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 207 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1216 1 AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI 2 BUDAYA ISLAM TIDAK MAAFKAN PERASUAH 3 HENTIKAN LAYANAN VIP DI PENJARA Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Politik Malaysia Terkini Parlimen...
Tak Cukupkah Najib Didera Mana Budaya Maaf Maafan Orang Melayu Amp Islam Naib Presiden Mca

Tak Cukupkah Najib Didera Mana Budaya Maaf Maafan Orang Melayu Amp Islam Naib Presiden Mca

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 253 hits
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Ti Lian Ker mengatakan beliau tidak dapat memahami perasaan kebencian yang ada pada orang politik di negara ini malah membangkitkan persoalan mengenai budaya bermaaf maafan orang Melayu serta Islam berhubung...
Ds Anwar Ibrahim Ucapan Terbaik Dan Tidak Mengecewakan

Ds Anwar Ibrahim Ucapan Terbaik Dan Tidak Mengecewakan

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 239 hits
UCAPAN HARI MALAYSIA PIKNIK DI PORT DICKSON DS ANWAR IBRAHIM UCAPAN TERBAIK DAN TIDAK MENGECEWAKAN MARI TONTON BERSAMA DAN DENGAR APA YANG DS ANWAR KATAKAN
Apa Jadi Dalam 22 Bulan Atok Kencing Pkr Atok Kuasai Semuanya Dan Atok Tak Bagi Anwar Jadi Pm

Apa Jadi Dalam 22 Bulan Atok Kencing Pkr Atok Kuasai Semuanya Dan Atok Tak Bagi Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 248 hits
22 BULAN Ada orang tanya apa jadi dalam 22 bulan Ini saya tolong bentang fakta supaya kita boleh hadap propaganda Ekonomi negara meningkat dengan jayanya KDNK naik KDNK per kapita meningkat Rizab tunai negara bertambah Pelaburan langsung as...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Isham Jalil Backs Pas Leader For Pm Citing Clean Record On Corruption


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Pertama Kali Makan Nasi Khao Mok Sedap Laparoti

Agar Agar Pandan Gula Melaka 3 Lapis Cantik Ini Resipinya

Bila Yang Tenang Dituduh Ribut