Ekonomi negara meningkat dengan jayanya. KDNK naik. KDNK per kapita meningkat. Rizab tunai negara bertambah. Pelaburan langsung asing dan Pelaburan keluar negara meningkat juga. Eksport negara tambah baik. Semua ini indikasi utama ekonomi negara.
Indeks Antarabangsa, Prestasi Malaysia bertambah baik. Antara skor terbaik yang pernah ada. Indeks Rasuah, Ease of Doing Business, Indeks Media. Prestasi terbaik Malaysia dalam masa 10 tahun.
Ketiadaan GST, menyebabkan harga barang rendah dalam masa 22 bulan. Buktinya tahun 2018-2020, inflasi kita dibawah 1%. Antara yang terbaik yang pernah ada. Tahun 2019, kadar inflasi Malaysia adalah yang terendah dalam rantau Asia Tenggara.
Yang paling di propagandakan, bursa saham kita teruk dalam masa 22 bulan. Tengokkan lah sekarang. Bila PM set2 mereka memerintah pula. Lagi teruk jadinya. Ringgit merosot paling teruk kini. Berbanding sebelumnya. Tiada pula yang hentam, jahanam Malaysia?
Ada yang spin, manifesto tak dikota. The thing is, mandat diberi 5 tahun, 22 bulan dijatuhkan. Mana la mereka sempat. BN dulu pun dapat mandat 5 tahun. Cuba buktikan semua manifesto PRU mereka kotakan? Banyaknya tak dibuat juga. Tak payah la nak kata. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |