Henti Sensasi Kenaikan Tambang Kata Pengusaha Bas Sekolah


 
Kelmarin menteri pengangkutan berkata kenaikan tambang antara RM5 hingga RM10 dijangka bermula bulan depan adalah persetujuan persatuan bas sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Badan induk persatuan bas sekolah menggesa pihak terutama yang tidak menggunakan perkhidmatan itu berhenti mensensasikan isu kenaikan tambang.
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat, berkata isu itu sering digembar-gemburkan terutama setiap hujung dan awal tahun sebelum sesi persekolahan baharu bermula.
Katanya, kadar tambang bas sekolah sudah tentu berbeza mengikut kawasan dan ditentukan pengusaha sendiri selepas mendapat persetujuan ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan.
“Sebenarnya, isu ini tidak perlu dibahaskan dan terpulang kepada perundingan antara ibu bapa dan operator (pengendali) bas sekolah,” katanya kepada FMT.
Amali Munif Rahmat.Amali berkata, sejak 2015 kerajaan tidak campur tangan dalam menetapkan tambang bas sekolah.
“Bagaimanapun, jika kerajaan nak tetapkan kembali tambang bas sekolah, ini akan menimbulkan masalah. Misalnya, di kawasan Gombak harga tambang bas sekolah RM80 ke RM120 (sebulan). Dekat Damansara RM150 ke RM200.
“Jadi, kalau kata kerajaan tetapkan balik semua harga tambang bas sekolah sama seperti di Gombak. (Pengendali bas sekolah) di Damansara akan tutup perkhidmatan. Begitu juga pengendali bas sekolah di Gombak tidak boleh ikut harga seperti di kawasan Damansara,” katanya.
Kelmarin, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata kenaikan tambang antara RM5 hingga RM10 dijangka bermula bulan depan adalah persetujuan antara persatuan bas sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Katanya, kenaikan tambang itu tidak dikawal dan tidak tertakluk bawah kementeriannya.
Terdahulu, Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Rofik Mohd Yusof, dilaporkan berkata keputusan kadar tambang sepenuhnya terletak kepada rundingan dua hala (pengusaha bas dan ibu bapa), tanpa campur tangan kerajaan.
Sementara itu, Amali yang mengusahakan bas sekolah sejak 1987 berkata keputusan mengenai tambang juga bergantung kepada untung rugi syarikat.
Katanya, ada syarikat bas sekolah yang rugi terpaksa menaikkan tambang bagi menampung kerugian namun tidak sampai menindas pengguna.
“Tetapi ada juga syarikat untung tidak akan naikkan harga (tambang). Harga tetap sama. Pengusaha bas sekolah juga orang tempatan dan tidak akan menindas orang tempatan,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/henti-sensasi-kenaikan-tambang-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkhidmatan Bas Ke Bukit Fraser Pahang Tahun 70 Dan 80an

Perkhidmatan Bas Ke Bukit Fraser Pahang Tahun 70 Dan 80an

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 370 hits
PERKHIDMATAN BAS KE BUKIT FRASER PAHANG TAHUN 70 DAN 80 AN Bas legend dalam kenangan ini lebih dikenali dengan bas kepala kasut oleh orang Pahang Bas Mercedes ini banyak digunakan untuk perkhidmatan bas di seluruh negeri Pahang Bas ini sang...
Rapid Kl Lancar Tren Bas Dengan Tema Mechamato Berpeluang Tebus Mechatrain

Rapid Kl Lancar Tren Bas Dengan Tema Mechamato Berpeluang Tebus Mechatrain

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 212 hits
Rapid KL melancarkan tren dan bas bertemakan ikon superhero Malaysia Mechamato sebagai inisiatif terbaru untuk menarik minat generasi muda terhadap ikon budaya pop tempatan sambil merancakkan penggunaan pengangkutan awam Dalam kenyataan har...
Cikgu Dimarahi Bagi Bantuan Sekolah Tidak Mencukupi Rupanya Si Ayah Telah

Cikgu Dimarahi Bagi Bantuan Sekolah Tidak Mencukupi Rupanya Si Ayah Telah

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 203 hits
Ibu Bapa Terpaksa Gunakan Bantuan Persekolahan Untuk Keperluan Dapur Kuala Lumpur 18 Januari Bantuan awal persekolahan yang sepatutnya digunakan untuk keperluan pendidikan anak anak kini terpaksa digunakan oleh sebilangan ibu bapa untuk mem...
Mari Raikan Cuti Sekolah Dengan Sentuhan Magik Daripada Pengalaman Mendebarkan

Mari Raikan Cuti Sekolah Dengan Sentuhan Magik Daripada Pengalaman Mendebarkan

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 221 hits
Mari sambut cuti sekolah dengan penuh keajaiban Dari permainan yang mendebarkan hingga keseronokan tanpa henti di gelongsor Air Taman LEGOLAND Malaysia adalah destinasi terbaik untuk pengalaman keluarga yang tidak dapat dilupakan Sediakan b...
28 Alami Detik Cemas Bas Dinaiki Terbalik

28 Alami Detik Cemas Bas Dinaiki Terbalik

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 107 hits
BernamaSeramai 28 orang termasuk pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka dalam perjalanan dari Kapit menuju ke Sibu terbalik akibat kemalangan kendiri Foto Sinar HarianSIBU Seramai 28 orang termasuk pemandu berdepan ...
Bas Rombongan Sesat Dekat Kubur Gara Gara Google Maps

Bas Rombongan Sesat Dekat Kubur Gara Gara Google Maps

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 235 hits
KOSMO SEBUAH bas tersesat memasuki kawasan perkuburan Foto Polis WonosoboJAKARTA Sebuah bas yang membawa rombongan 30 pendaki gunung tersesat ke kawasan perkuburan gara gara mengikut navigasi aplikasi pemetaan Google Maps lapor laman berita...
Chit Chat Simpan Sspn Bersama Pendidik Hebat Memperkasa Tabungan Pendidikan Dalam Kalangan Pengusaha Tadika Taska

Chit Chat Simpan Sspn Bersama Pendidik Hebat Memperkasa Tabungan Pendidikan Dalam Kalangan Pengusaha Tadika Taska

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 173 hits
Pada 28 Disember 2024 Hotel Olympic Malaysia Kuala Lumpur menjadi tumpuan bagi 50 pengusaha tadika dan taska dalam majlis Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat Majlis minum petang yang penuh makna ini bertujuan untuk memberikan pende...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Bullies Face Up To 10 Years Jail As Amendments Come Into Force

New Rules To Control Ship To Ship Oil Transfers Out This Month

Menangis Bukan Sebab Tak Redha Tapi Rindu

New Proton X50 More Aggressive And Stylish

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Month Later Still Here

Lirik Lagu Setanggi Syurga Inteam

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi

Drama Abang Imam Minah Skuter

Saat Aku Serba Salah Siapa Aku Sebenarnya

Apakah New Age Movement Ketahui Ajaran Amalan Isu Akidah