Henti Prosiding Ltte Cabar Keputusan Tommy Zainul


Wartawan MalaysiaGazette Zainul Rijal Abu Bakar  
KUALA LUMPUR – Sehingga kini, tiada langsung kenyataan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyatakan 12 orang tertuduh yang dikaitkan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bukan lagi isu keselamatan negara.

Malah, Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas juga gagal menzahirkan kepada awam di dalam kenyataannya bahawa polis telah menyokong keputusan beliau.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perkara ini sangat serius kerana melibatkan keselamatan negara.

Tindakan Peguam Negara ini telah melangkaui kuasa eksekutif Kementerian Dalam Negeri yang menyatakan LTTE adalah pertubuhan pengganas.

Peguam Negara juga tidak diketahui pernah memberi nasihat kepada Menteri Dalam Negeri mengeluarkan LTTE daripada senarai ini tetapi terus secara unilateral membuat kesimpulan LTTE bukan pertubuhan pengganas

“Adakah keputusan Peguam Negara tersebut membawa implikasi kesemua tahanan DAESH juga perlu dilepaskan?

“Natijah dari tindakan Peguam Negara ini timbul juga beberapa persoalan adakah keputusan beliau ini disebabkan penolakan dua orang Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Tuan Mohd Zaini Mazlan dan Tuan Collin Lawrence Sequerah terhadap cabaran kepada keabsahan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) di sisi Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menolak ikat jamin tertuduh-tertuduh kes LTTE,” soalnya.

Beliau mengulas keputusan Peguam Negara yang menghentikan prosiding 34 pertuduhan terhadap 12 orang tahanan di bawah SOSMA yang dijadual akan dibicarakan dalam masa beberapa bulan lagi.

PPMM katanya, sangat terkejut dan kecewa dengan keputusan Peguam Negara itu menjelang beberapa bulan lagi kes itu akan dibicarakan.

Ujar beliau, PPMM sedar Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa Peguam Negara memulakan, meneruskan atau memberhenti sesuatu tindakan jenayah di mahkamah sivil.

Walau bagaimanapun kuasa tersebut perlu dilaksanakan secara kehakiman (judicial) dan sebagai seorang penjawat awam Peguam Negara perlu memberi pertimbangan kepada keselamatan negara, kepentingan dan keselamatan awam serta perhatian media.

Pertimbangan-pertimbangan tersebut perlu dibuat secara telus berdasarkan faktor-faktor di Malaysia bukan negara asing seperti Australia, Eropah ataupun Sri Lanka.

Peguam Negara mesti memberi pertimbangan serius kepada pandangan yang diberikan oleh Pihak Polis yang merupakan penjaga keselamatan dalam negara.

Susulan keputusan Tommy itu, Zainul berkata, timbul juga persoalan sama ada berlaku salah guna kuasa dalam jawatan awam (misfeasance in public service) daripada keputusan tersebut, selain kemampuan Peguam Negara menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab sebagai pendakwa raya juga boleh dipersoalkan.

Katanya, Peguam Negara juga mengatakan pertuduhan yang dibuat pada 29 Oktober 2019 itu adalah berkaitan dengan kesalahan yang didakwa berlaku lebih enam tahun sebelum itu dan ia sudah terlalu lama dan tidak berkepentingan awam.

Sedangkan, menurut Zainul, tidak ada batasan masa di dalam undang-undang jenayah bagi mendakwa seseorang.

Tegas beliau, sebaliknya, keputusan Peguam Negara ini menggarap satu duluan (precedent) yang berbahaya di dalam pengendalian perbicaraan jenayah.

Seksyen 6 Akta Had Masa 1953 menyatakan tindakan tidak boleh diambil selepas tamat tempoh enam tahun dari tarikh kausa tindakan terakru bagi kes-kes mengenai kontrak dan tort, bukan kes jenayah.

Lantaran itu, PPMM berharap Peguam Negara tidak terkhilaf membaca peruntukan tersebut.

Hujah Zainul lagi, persoalan yang lebih besar ialah kenapa dulu pada 29 Oktober 2019 mereka dituduh tetapi sekarang pada 21 Februari 2020 ditarik balik, dalam tempoh kurang dari empat bulan.

“Apakah pertimbangan semasa mengemukakan pertuduhan dan apa pula pertimbangan semasa menarik balik pertuduhan? Kenapakah keputusan drastik dibuat dalam tempoh tidak sampai empat bulan tersebut?

“Keputusan tersebut telah mencalar integriti dan kewibawaan PDRM dan pendakwa yang mendakwa kes-kes tersebut,” tambahnya.

Zainul menegaskan, kuasa Peguam Negara di dalam Perkara 145(3) ini sebenarnya boleh dipersoalkan berdasarkan kepada kes-kes yang telah diputuskan umpamanya pada 31 Disember 2019 mantan Pengarah Asian International Arbitration Centre, N Sundra Rajoo telah dilaporkan berjaya di dalam permohonan semakan kehakimannya terhadap keputusan Peguam Negara menuduh beliau atas tiga kesalahan pecah amanah jenayah lebih RM 1 juta kepunyaan AIAC.

Hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan boleh dipersoal melalui permohonan semakan kehakiman.

Malah, hakim yang sama juga telah memberi kebenaran untuk semakan kehakiman difailkan oleh seorang pemandu Yew Wei Liang yang dituduh atas kesalahan membunuh semasa memandu.

Oleh itu, katanya, kuasa Peguam Negara tersebut bukanlah sepenuhnya bersifat ‘non justiciable’ berdasarkan keputusan kes-kes terkini di atas.

PPMM berpandangan tindakan mahkamah perlu dibuat oleh mana-mana pihak berkepentingan bagi mencabar keputusan Peguam Negara ini dan sebagai isyarat kepada Peguam Negara tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada pada beliau tanpa pertimbangan undang-undang yang betul.

Menurut beliau, tindakan Tommy  dan beberapa siri tindakan beliau sebelum ini menzahirkan ketidakmampuan beliau menggalas tanggungjawab sebagai Peguam Negara dan pendakwa raya, justeru pada hemat PPMM adalah lebih baik beliau mengundurkan diri dari jawatan tersebut secara terhormat.

Dan, sekiranya beliau enggan, PPMM merafak sembah kepada Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri agar menggantikan Peguam Negara yang lebih berkemampuan dan telus di dalam melaksanakan tanggungjawabnya.- MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/henti-prosiding-ltte-cabar-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Ltte Menteri Wilayah Pertahan Kenyataan Sokong Keputusan Tommy Thomas

Isu Ltte Menteri Wilayah Pertahan Kenyataan Sokong Keputusan Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 286 hits
Sumber gambar dari Malay MailKelmarin kita digemparkan dengan tindakan Peguam Negara menamatkan prosiding keatas 12 individu menyokong kumpulan pengganas LTTE yang menyebabkan 34 pertududah keatas mereka telah digugurkan Berdasarkan info da...
Tommy Thomas Terkhilaf Menghentikan Prosiding Ltte

Tommy Thomas Terkhilaf Menghentikan Prosiding Ltte

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 320 hits
PERSATUAN Peguam Peguam Muslim Malaysia sangat terkejut dan kecewa dengan keputusan Peguam Negara Tommy Thomas yang menghentikan tiga puluh empat pertuduhan terhadap dua belas orang tahanan di bawah Sosma yang dijadual akan dibicarakan dala...
Ltte Wanita Umno Desak Tommy Dipecat

Ltte Wanita Umno Desak Tommy Dipecat

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 192 hits
UMNO ONLINE KUALA LUMPUR Wanita UMNO Malaysia mendesak agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan segera kepada Peguam Negara Tommy Thomas agar undang undang negara ini tidak terus dilacurkan Tegas Ketuanya Datuk Dr Nor...
Ltte Ronnie Minta Tommy Tidak Peduli Kritikan Umum

Ltte Ronnie Minta Tommy Tidak Peduli Kritikan Umum

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 910 hits
Ronnie Liu KUALA LUMPUR Ronnie Liu menasihati Tan Sri Tommy Thomas supaya tidak mengendahkan suara suara yang mengkritik tindakan beliau sama ada daripada pembangkang atau pimpinan kerajaan Ronnie yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Sungai...
Keputusan Ltte Buka Floodgate Pengganas Pakar

Keputusan Ltte Buka Floodgate Pengganas Pakar

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 180 hits
Professor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam KUALA LUMPUR Kenyataan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam disifatkan sebagai satu satunya malapetaka undang undang menggunakan Perlembagaan ...
Ltte Tommy Perlu Semak Semula Keputusannya

Ltte Tommy Perlu Semak Semula Keputusannya

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 169 hits
PEGUAM HANIFF KHATRI Abdulla menggesa Peguam Negara supaya menyemak semula keputusannya membebaskan beberapa individu yang dituduh merancang serangan keganasan Menurut Haniff kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri a...
Ltte Tommy Pilih Bulu

Ltte Tommy Pilih Bulu

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 135 hits
Peguam Negara Tommy Thomas hari ini menarik balik pertuduhan terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan kumpulan pengganas LTTE berkuat kuasa serta merta Hal ini sekaligus melepaskan segala pertuduhan terhadap exco Melaka G Saminathan dan ADUN Ser...
Ph Terima Bahana Akibat Keputusan Tommy

Ph Terima Bahana Akibat Keputusan Tommy

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 156 hits
Annuar Musa KUALA LUMPUR Pakatan Harapan menerima bahana ke atas tindakan Peguam Negara menamatkan prosiding jenayah terhadap 12 orang tertuduh yang menghadapi dakwaan menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam Setiausaha A...
Ltte Parti Putra Akan Cabar Kuasa Budi Bicara Peguam Negara

Ltte Parti Putra Akan Cabar Kuasa Budi Bicara Peguam Negara

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 217 hits
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa Kompleks Damai Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia dijangka akan mencabar kuasa budi...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly